omniture

Microsoft umum ia akan capai negatif karbon menjelang 2030

Microsoft Corp.
2020-01-17 20:57 121

REDMOND, Washington, 17 Januari 2020 /PRNewswire/ -- Pada hari Khamis, Microsoft Corp. mengumumkan satu matlamat bercita-cita tinggi serta rancangan baharu untuk mengurangkan dan akhirnya menyingkirkan jejak karbonnya. Menjelang tahun 2030 Microsoft akan menjadi negatif karbon dan menjelang tahun 2050 Microsoft akan menghapuskan dari alam sekitar semua karbon telah yang dikeluarkan oleh syarikat sama ada secara langsung mahupun melalui penggunaan elektrik sejak ditubuhkan pada tahun 1975.

Dalam sebuah acara di kampus Redmond, Ketua Pegawai Eksekutif Microsoft Satya Nadella, Presiden Brad Smith, Ketua Pegawai Kewangan Amy Hood dan Ketua Pegawai Alam Sekitar Lucas Joppa mengumumkan matlamat baharu dan rancangan yang terperinci oleh syarikat untuk menjadi negatif karbon.

"Meskipun dunia perlu mencapai sifar bersih, mereka yang mampu untuk bergerak lebih pantas dan melangkah lebih jauh harus melakukannya. Atas sebab inilah, hari ini kami mengumumkan satu matlamat bercita-cita tinggi dan rancangan baharu untuk mengurangkan dan akhirnya menyingkirkan jejak karbon Microsoft," kata Presiden Microsoft Brad Smith. "Menjelang tahun 2030 Microsoft akan menjadi negatif karbon manakala menjelang tahun 2050, Microsoft akan menghapuskan dari alam sekitar semua karbon yang telah dikeluarkan oleh syarikat sama ada secara langsung atau melalui penggunaan elektrik sejak ditubuhkan pada tahun 1975."

Blog Microsoft Rasmi mempunyai maklumat lanjut ini dengan matlamat berani dan rancangan terperinci syarikat untuk menyingkirkan jejak karbonnya: https://blogs.microsoft.com/?p=52558785.

Syarikat ini mengumumkan satu program agresif untuk mengurangkan emisi karbon sebanyak lebih daripada separuh menjelang tahun 2030, baik untuk emisi langsung kami dan seluruh bekalan kami dan rantaian nilai. Ini termasuk mengurangkan emisi langsung kami sendiri dan emisi berkaitan dengan tenaga yang digunakan oleh kami untuk menghampiri sifar pada pertengahan dekad ini. Ia turut mengumumkan satu inisiatif baharu untuk menggunakan teknologi Microsoft bagi membantu pembekal dan pelanggan kami di seluruh dunia mengurangkan jejak karbon mereka dan dana inovasi iklim baharu sebanyak $1 bilion bagi mempercepatkan pembangunan global terhadap teknologi pengurangan, pemerangkapan dan penyingkiran karbon. Bermula pada tahun hadapan, syarikat akan turut menjadikan pengurangan karbon sebagai aspek jelas dalam proses perolehan kami untuk rantaian bekalan kami. Laporan Kelestarian Alam Sekitar tahunan baharu akan memperincikan perjalanan kesan dan pengurangan karbon Microsoft. Akhir sekali, syarikat akan menggunakan suara dan advokasinya bagi menyokong dasar awam yang akan mempercepatkan peluang-peluang pengurangan dan penyingkiran karbon.

Maklumat lanjut boleh didapati di laman mikro Microsoft: https://news.microsoft.com/climate.

Microsoft (Nasdaq "MSFT" @microsoft) mendayakan transformasi digital untuk era awan pintar dan pinggir pintar. Matlamatnya adalah untuk memperkasa setiap individu dan setiap organisasi di seluruh dunia bagi mencapai lebih banyak kejayaan.

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/24227/microsoft_corp_logo226_9217jpg.jpg  

Source: Microsoft Corp.
Related Stocks:
NASDAQ:MSFT
Related Links:
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Environmental Products & Services Green Technology Multimedia/Online/Internet Corporate Social Responsibility Environmental Issues