omniture

Mozilla Cadangkan "Kebangkitan" sebagai Perkataan untuk 2020, Gesa Pengguna Internet Sedar Akan Realiti Internet

Mozilla
2020-01-22 08:02 312

Pertubuhan bukan untung gariskan tiga strategi untuk EMG; perkayakan Firefox Lite dengan ciri Perjalanan baharu  

TAIPEI, 22 Januari 2020 /PRNewswire/ -- Web merupakan tempat yang kucar kacir pada tahun 2019. Mozilla, selaku penyokong jangka panjang kesejahteraan internet, mendedahkan strateginya untuk pasaran EMG pada tahun 2020 dan berkata bahawa ia berharap agar perkataan untuk Internet pada tahun 2020 ialah "kebangkitan" ("awakening"), menyeru orang awam untuk meningkatkan kesedaran mereka dan terus berwaspada terhadap risiko privasi dan isu keselamatan dalam era yang mana kepentingan komersial diutamakan dan data raya banyak dieksploitasi dalam talian. Mozilla turut mengumumkan strategi tiga serampang sekitar pembangunan bakat, pembangunan produk dan advokasi kesejahteraan internet dalam usaha untuk menggamit perhatian industri, pihak kerajaan dan dunia akademik terhadap isu Ekonomi Pengawasan.

Firefox Lite now a comprehensive mobile browsing platform, added with new Travel feature.
Firefox Lite now a comprehensive mobile browsing platform, added with new Travel feature.

Sepanjang tahun lalu, Mozilla terus menginovasi dan berusaha ke arah mencipta internet yang lebih baik. Pada tahun 2019, Mozilla melancarkan Firefox Monitor, satu perkhidmatan yang membolehkan orang ramai untuk memberi respons pantas terhadap ketirisan data; menawarkan Firefox Lockwise, yang menyegerakkan kata laluan merentas peranti dan menjadikan pengurusan kata laluan lebih mudah; dan menambah Laporan Perlindungan kepada Firefox untuk terus menunaikan janjinya bagi melindungi privasi dan keselamatan pengguna. Demi menunaikan janjinya untuk menggalakkan pembangunan ekosistem teknologi suara yang lebih pelbagai dan inovatif, Mozilla turut melancarkan kumpulan pertama set data berbilang bahasa -- Common Voice -- pada tahun 2019 bagi memperkasa penyelidik dan syarikat baharu. Selain daripada pembangunan produk dan perkhidmatan, Pejabat Taipei Mozilla mengeluarkan Laporan Kesihatan Internet Taiwan yang pertama seumpamanya tahun lalu, yang mendedahkan tiga bahaya kesejahteraan internet yang melanda persekitaran dalam talian di Taiwan. Syarikat berkenaan turut menganjurkan Firefox Charity Run, yang pertama bagi acara sedemikian dalam operasi Mozilla seluruh dunia. Dengan hampir 3,000 peserta, acara berkenaan berjaya menarik perhatian orang ramai tentang kepentingan kesejahteraan internet.

Sejak pelancarannya pada tahun 2018, Firefox Lite, pelayar mudah alih pertama yang dibangunkan oleh pasukan Taipei, telah diterima baik di Asia Tenggara. Pada penghujung tahun 2019, pelayar berkenaan berubah menjadi platform pelayaran mudah alih berbilang fungsi dan kini disediakan dalam 30 buah negara. Hari ini, Firefox Lite diperkukuhkan lagi dengan ciri Perjalanan serba baharu yang membantu menjadikan perancangan perjalanan lebih mudah dan lebih cekap dengan pelayaran sehenti.

Stan Leong, Naib Presiden & Pengurus Besar Pasaran-pasaran Baru Muncul, Mozilla, berkata, "Melangkah ke hadapan pada tahun 2020, EMG Mozilla menumpukan usaha kami terhadap tiga tonggak strategik – advokasi kesihatan internet, pembangunan bakat dan pembangunan produk."

"Kami berhasrat untuk membuka pengambilan tempatan, memupuk pemikiran inovatif dan membantu bakat tempat berhubung dengan dunia. Dari segi pembangunan produk, melihatkan kemudaratan ekonomi pengawasan yang semakin mendalam terhadap keselamatan dan privasi dalam talian, kami meninjau peluang-peluang inovasi produk bagi menangani isu-isu Penemuan Kandungan dan Maklumat Palsu, Sistem Identiti dan Kolokasi Data (Data Commons), dengan harapan untuk menemui peluang dan teknologi yang benar-benar memperkasa pengguna dan membolehkan semua orang untuk mendapat manfaat daripada apa yang dapat ditawarkan oleh dunia digital," tambah beliau.

Membuka Rancangan Pengambilan, Menjajarkan Sumber Pembangunan Produk EMG, Memacu Inovasi untuk Menangani Ekonomi Pengawasan

Di samping mengambil bakat tempatan, Mozilla akan memperkenalkan Dev Tech Speaker Program yang menyediakan platform kepada semua penyumbang Mozilla, Firefox dan Open Web bagi bertukar-tukar idea dan menonjolkan kehadiran mereka di seluruh dunia.

Berhubung pembangunan produk, Mozilla mengenal pasti isu-isu besar di bawah "ekonomi pengawasan" (atau "kapitalisme pengawasan"): keselamatan dan privasi, web terpencar, AI, penemuan kandungan dan maklumat palsu, sistem identiti dan kolokasi data, yang menjejaskan kehidupan dalam talian orang ramai. Menurut laporan Iposos-Forum Ekonomi Dunia 2019[1], hanya 36% responden mempercayai pelbagai jenis organisasi dari segi bagaimana mereka mengendalikan data peribadi. Mozilla sedang mengusahakan tiga bidang utama – penemuan kandungan dan maklumat palsu, sistem identiti dan kolokasi data – serta menjalankan kajian pengguna dan pembangunan produk dengan harapan agar dapat melindungi privasi dan keselamatan dalam talian orang ramai selain kesejahteraan internet.

Firefox Lite kini merupakan platform pelayaran mudah alih komprehensif, ditambah dengan ciri Perjalanan baharu

Firefox Lite  telah mendapat banyak pujian daripada pengguna sejak pelancarannya. Berpegang teguh kepada semangat inovasi, Mozilla melancarkan kemas kini terkini untuk pelayar tersebut pada bulan Disember, mengubahnya menjadi platform pelayaran mudah alih berbilang fungsi. Pengguna boleh membandingkan harga merentas pelbagai laman dengan Smart Shopping Search, bermain lebih daripada 100 permainan percuma yang popular tanpa memasang aplikasi permainan dan kekal mendapat perkembangan terkini menerusi berita-berita yang popular masa kini.

Selain daripada ciri-ciri tambahan yang baharu, Firefox Lite terus membawakan kepantasan dan keselamatan yang mengagumkan. Dengan hanya bersaiz 6MB dan menerusi Turbo Mode terbina dalam untuk meningkatkan kepantasan pelayar, Firefox Lite memberi pengalaman dalam talian yang luar biasa pantas. Dengan Perlindungan Penjejakan Dipertingkat dalam Pelayaran Persendirian, ia dapat melindungi pengguna daripada kuki penjejakan pihak ketiga. Firefox Lite kini tersedia dalam 30 pasaran, telah memperluaskan kehadirannya bagi meliputi lebih banyak negara dalam EMG seperti Nigeria, Kenya dan Afrika Selatan.

Ciri Perjalanan, penambahan terkini dalam Firefox Lite, bekerjasama dengan firma-firma termasuk Wikimedia,KKday dan Booking.com untuk menawarkan pengalaman pelayaran sehenti. Pengguna boleh mencari destinasi dan serta merta mendapat cadangan perjalanan serta panduan dan harga hotel. Pengembaraan seterusnya hanyalah dengan beberapa ketik pada jari. Pengguna juga boleh menambah destinasi dan panduan yang relevan ke dalam senarai impian mereka, bagi menjadikan perancangan perjalanan lebih mudah dan lebih pantas.

Muat turun Firefox Lite yang terkini

Penafian:  Sesetengah ciri mungkin tidak disediakan dalam beberapa pasaran dan tertakluk kepada perubahan tanpa notis.

1: Laporan Iposos-Forum Ekonomi Dunia 2019: https://reurl.cc/M7Kmdm. 

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200120/2696770-1?lang=0

Source: Mozilla
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics High Tech Security Telecommunications New products/services