omniture

Ries Strategy Positioning Consulting Lantik Pengerusi Chinanya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Global

Ries Strategy Positioning Consulting
2020-01-23 16:14 293

SHANGHAI, 23 Januari 2020 /PRNewswire/ -- Ries Strategy Positioning Consulting hari ini mengumumkan bahawa Pengerusi Chinanya, Simon Zhang telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Global. Pelantikan ini akan membantu Ries Strategy Positioning Consulting menyatukan kemajuannya dalam pelbagai pasaran, mengukuhkan kolaborasi jaringan globalnya dan membantu perusahaan untuk membina jenama-jenama global mereka dengan lebih baik.

Simon Zhang secara rasminya dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Global dalam mesyuarat rakan kongsi global Ries baru-baru ini di Shanghai. Mesyuarat tersebut memberi tumpuan untuk membantu syarikat-syarikat Cina menavigasi melalui persaingan global dan ia melibatkan rakan-rakan kongsi dari Amerika Utara, Amerika Selatan, Eropah, Timur Tengah dan juga Asia. Di mesyuarat tersebut juga, pasukan kepimpinan global Ries telah ditubuhkan, dengan ahli-ahlinya termasuk Pengerusi Bersama Global Al Ries dan Laura Ries, Ketua Pegawai Eksekutif Global Simon Zhang dan Rakan Kongsi Global yang berpangkalan di Eropah Michael Brandtner.

Syarikat Ries ditubuhkan di Amerika Syarikat pada tahun 1963 oleh Al Ries, pengasas teori peletakan kedudukan, yang telah dipuji sebagai konsep yang paling berpengaruh dalam bidang pemasaran di Amerika Syarikat. Pada tahun 2007, Al Ries, bersama-sama Peter Drucker, Warren Buffett, Jack Welch dan Steve Jobs, dinamakan sebagai salah seorang daripada "10 Pakar Perniagaan Utama". Sepanjang 50 tahun yang lalu, Ries Strategy Positioning Consulting telah memanfaatkan teori peletakan untuk membantu membina pelbagai jenama global dan serantau yang terkemuka.

Al Ries dan Laura Ries memuji-muji sumbangan Simon Zhang bagi mempromosikan teori peletakan kedudukan. Simon Zhang telah mencadangkan strategi kategori bagi menambah baik sistem teori ini dan ia telah memacu inovasi dan pertumbuhan korporat dengan berkesan. Al Ries mengatakan bahawa "China memainkan peranan dominan antara pasaran-pasaran global pada abad ke-21 dan ia turut menerima peluang-peluang yang belum pernah berlaku sebelum ini untuk pembangunan global. Amalan yang membuahkan hasil daripada teori peletakan kedudukan dalam perusahaan Cina menunjukkan bahawa ia menyerlahkan potensi yang amat besar dalam pasaran-pasaran global. Kami percaya bahawa di bawah kepimpinan Simon, Ries Strategy Positioning Consulting akan membantu mencipta jenama-jenama global yang lebih berjaya."

Simon Zhang, Ketua Pegawai Eksekutif Global dan Pengerusi China Ries Strategy Positioning Consulting
Simon Zhang, Ketua Pegawai Eksekutif Global dan Pengerusi China Ries Strategy Positioning Consulting

Simon Zhang menyertai Ries Strategy Positioning Consulting pada tahun 2007 dan telah mengambil inisiatif untuk membina pasukan China. Hanya dalam tempoh 12 tahun, pasukan China yang dipimpin oleh Simon Zhang telah membantu membina banyak jenama Cina yang merupakan peneraju di China, malah di dunia. Ini termasuk Kweichow Moutai, pembuat minuman beralkohol berkualiti tinggi yang terbesar di dunia; Wong Lo Kat, jenama teh herba yang terbesar di dunia; ROBAM, jenama hud dapur yang terbesar di dunia; Cha Cha, jenama biji bunga matahari yang terbesar di dunia; dan Great Wall Haval, jenama SUV yang terbesar di China. Kisah-kisah kejayaan ini telah mengukuhkan kepimpinan Ries Strategy Positioning Consulting dalam kedudukan strategik China dan industri perundingan.

Simon Zhang berkata, "Ini merupakan satu penghormatan yang besar apabila mendapat kepercayaan En. Al Ries, bapa peletakan kedudukan, Cik Laura Ries dan rakan-rakan kongsi global yang lain. Saya percaya bahawa pada abad ke-21, persaingan global dan pembinaan jenama merupakan dua trend yang paling penting. Oleh itu, kami akan meningkatkan usaha bagi menyokong syarikat-syarikat global untuk membina jenama-jenama global mereka dan menggalakkan inovasi kategori. Kami akan menjadikan Amerika Syarikat dan China sebagai medan perjuangan yang utama, dengan India, Brazil, Jerman dan Rusia sebagai pasaran-pasaran utama. Kami akan meluaskan lagi jaringan perkhidmatan global kami untuk memastikan agar teori peletakan kedudukan kami dilaksanakan dan diaplikasikan dengan lebih baik dalam pasaran-pasaran global."

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200121/2697833-1?lang=0

Source: Ries Strategy Positioning Consulting
Keywords: Advertising Personnel announcements