omniture

UST Global Rasmikan Infinity Lab Pertama di Asia Tenggara dan Pusat Penghantaran Baharu di Pulau Pinang, Malaysia

UST Global
2020-01-23 17:54 127

- Menyampaikan Keputusan Rintis pada Kepantasan dan Skala melalui Penyelesaian Masalah dipacu Inovasi

PULAU PINANG, Malaysia, 23 Januari 2020 /PRNewswire/ -- UST Global, sebuah syarikat penyelesaian transformasi digital yang terkemuka, hari ini mengumumkan pelancaran Infinity Lab pertamanya di Asia Tenggara dan Pusat Penghantaran ketiganya di Pulau Pinang, Malaysia. Pejabat baharu ini terletak secara strategik di kampus Mini-Circuits dan merupakan pejabat kedua UST Global di Pulau Pinang.

Infinity LabsTM ialah jaringan makmal inovasi UST Global, meliputi pelbagai negara termasuk AS, UK, India dan kini di Malaysia. Makmal Pulau Pinang ini memberi tumpuan pada penyelesaian masalah dipacu inovasi untuk menyokong transformasi digital diterajui perniagaan yang memberi keputusan rintis dari segi kelajuan dan skala. Infinity Labs- Pulau Pinang menyediakan batu loncatan yang menarik dan persekitaran kolaboratif kepada kakitangan, pelanggan, dunia akademik dan ekosistem rakan kongsi.

Melalui inisiatif ini, pakar-pakar teknologi dan jurutera-jurutera Malaysia kini berpeluang untuk menyelesaikan masalah perniagaan yang kritikal untuk pelanggan Fortune 500 dan Global 2000 UST Global dengan memanfaatkan keupayaan lebih 30 Inovasi Digital Infinity Labs merentas domain-domain seperti Kecerdasan Buatan, Pembelajaran Mesin, Realiti Imbuhan/Realiti Bercampur (AR/MR), Pengautomatan Proses Robotik, Internet Pelbagai Benda, Rantaian Blok, Keselamatan Siber, Analitik Termaju dan Kejuruteraan Data Raya.

UST Global telah melakukan percikan keluar beberapa produk dan platform tertumpu sebagai syarikat-syarikat baharu termasuk CyberProofSmartOpsQubzPneuron dan C2C (Concept to Camera).

Perasmian berkenaan telah disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat, En. Chow Kon Yeow, Ketua Menteri Pulau PinangDato Ng Wan Peng, Ketua Pegawai Operasi, MDec; Krishna Sudheendra Ketua Pegawai Eksekutif, UST Global; Alexander Varghese, Ketua Pegawai Operasi, UST Global; Kim Chin Kuang, Pengerusi, Malaysia GBS Focus Group; dan Amar Chhajer, Ketua Negara, UST Global Malaysia.

Mengulas mengenai peristiwa berkenaan, Dato Ng Wan Peng, Ketua Pegawai Operasi –Malaysia Digital Economi Cooperation (MDec) berkata, "Proposisi Malaysia sebagai hab penyelidikan dan pembangunan (R&D) untuk teknologi dan perkhidmatan digital akan mempercepatkan kekuatan dan usaha Malaysia untuk membangunkan warga Malaysia yang berkemahiran digital, perniagaan berkuasa digital dan terus menarik pelaburan digital ke dalam negara. Dengan menyaksikan pelancaran Infinity Labs UST Global di Pulau Pinang hari ini, ia melambangkan satu pencapaian penting untuk ekonomi digital negara dan mengesahkan daya tarikan Malaysia sebagai tumpuan Digital ASEAN untuk syarikat-syarikat multinasional yang tercari-cari destinasi pelaburan strategik dalam wilayah ini. Buat UST Global, saya ingin mengatakan bahawa anda telah membuat pilihan yang betul dan yakinlah bahawa MDEC akan terus bekerjasama dengan anda sebagai rakan kongsi strategik bagi memastikan UST Global terus berkembang dan menyumbang dengan signifikan kepada ekonomi digital Malaysia."

Bercakap tentang peristiwa berkenaan, Krishna Sudheendra, Ketua Pegawai Eksekutif, UST Global, berkata, "Kami teruja dengan potensi inovasi dan idea yang akan timbul di pusat baharu di Malaysia ini. Makmal inovasi milik UST Global - Infinity Labs akan membawakan penyelesaian bertumpu pelanggan menjadi kenyataan melalui teknologi rintis. Malaysia mempunyai ekosistem dinamik dengan sumber-sumber bertaraf dunia di Pulau Pinang, lalu menjadikannya pusat yang sempurna untuk meluaskan kerja-kerja kami dan mencipta teknologi serta penyelesaian yang terkini."

"Infinity Lab melambangkan lembaran baharu dalam perjalanan UST Global di Malaysia dan Asia Tenggara, memandangkan ia membawakan yang terbaik daripada UST Global, Dunia Akademik dan ekosistem syarikat baharu bersama-sama dalam Infinity Lab bagi membetulkan masalah perniagaan yang rumit menggunakan teknologi dan Inovasi bertaraf dunia yang terkini," kata Amar Chhajer, Ketua Negara, UST Global Malaysia.

Pembukaan pusat penghantaran baharu ini akan meningkatkan kebolehan UST Global untuk menyokong komitmen syarikat terhadap ekosistem inovasi yang semakin berkembang di Asia Tenggara dan membina momentum untuk rancangan pertumbuhannya di rantau berkenaan. Peningkatan kehadiran UST Global di Malaysia mengukuhkan komitmennya untuk 'Mengubah Kehidupan' dan merancang khususnya bagi memanfaatkan bakat tempatan Malaysia selain memberi peluang-peluang kepada siswazah Universiti dan pakar-pakar IT yang berminat untuk memanfaatkan kemahiran teknologi mereka.

UST Global beribu pejabat di AS dan mempunyai lebih daripada 23,000 kakitangan di seluruh dunia. Memulakan operasinya di Malaysia pada tahun 2006 dan pusat pertamanya di Pulau Pinang pada tahun 2011, UST Global Malaysia berkembang menjadi salah satu lokasi pusat penghantaran yang terbesar di dunia.

Latar Belakang UST Global 

UST Global ialah syarikat penyelesaian teknologi digital terkemuka yang menyediakan perkhidmatan pengkomputeran dan digital maju kepada perusahaan swasta dan awam yang besar di seluruh dunia. Pelanggan-pelanggannya termasuk syarikat-syarikat Fortune 500 dalam perbankan dan perkhidmatan kewangan, insurans, penjagaan kesihatan, jualan runcit, pembuatan, penghantaran, teknologi, semikonduktor dan telekomunikasi. UST Global percaya dalam membina perkongsian perniagaan dalam tempoh jangka panjang dan strategik melalui model penglibatan global bertumpu pelanggan yang menggabungkan pakar dan sumber tempatan dengan kos, skala dan kelebihan kualiti operasi global. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi: www.ust-global.com

Hubungan Media, UST Global: 
Tinu Cherian Abraham
+1(949)415-9857

Neha Misri 
Media.relations@ust-global.com

Madhurima Deb
+60164618475
madhurima.deb@ust-global.com  

Logo: http://mma.prnewswire.com/media/540539/UST_Global_Logo.jpg 

 

Source: UST Global
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Consumer Electronics Internet Technology Outsourcing Businesses New products/services