omniture

Wemade Tree Lancar Promosi Ganjaran Klay untuk Platform Rantaian Blok 'WEMIX'

Wemade Tree
2020-01-24 12:25 183
  • Mendorong perniagaan rantaian blok secara bersungguh-sungguh dengan memperkenalkan 'WEMIX', platform rantaian blok yang dibangunkan secara dalaman
  • Prapendaftaran untuk permainan mudah alih akan datang 'Cryptornado for WEMIX '
  • Menawarkan hadiah 200,000 KLAY, 4,000,000 WEMIX, item NFT, emas dan token permainan

SEOUL, Korea Selatan, 24 Januari 2020 /PRNewswire/ -- Wemade Tree, sebuah syarikat subsidiari Wemade Co., Ltd., sebagai cabang perkhidmatan permainan mudah alih rantaian blok unggulannya, mengadakan promosi bagi meraikan pelancaran platform rantaian bloknya yang dikenali sebagai 'WEMIX'.

WEMIX Launching Promotion
WEMIX Launching Promotion

Promosi berkenaan, yang melibatkan dua pusingan kempen, akan diadakan mulai 21 Januari hingga 28 Februari. Setiap pusingan menawarkan 3 misi yang boleh disertai oleh sesiapa sahaja yang mempunyai akaun WEMIX.

Pengguna boleh membeli kotak hadiah dengan token WEMIX yang diberi secara percuma setiap 3 jam selepas mendaftar akaun daripada platform WEMIX. Dengan membuka kotak hadiah tersebut, mereka boleh mendapat karakter abjad yang ditawarkan secara rawak dan juga token permainan.

Dengan ganjaran tersebut, pengguna boleh mengambil bahagian dalam tiga misi: permainan bingo, yang mana mereka mengumpul dan melengkapkan frasa; 'PLAY! WEMIX NETWORK', token permainan yang mengumpul misi; dan prapendaftaran untuk 'Cryptornado for WEMIX'.

Pengguna-pengguna yang menyempurnakan misi ini layak menerima hadiah 200,000 KLAY. KLAY ialah mata wang kripto yang dikeluarkan oleh Klaytn, yang mana Wemade Tree ialah anggota Majlis Tadbir Urusnya. Klaytn ialah platform rantaian blok yang dibangunkan oleh Ground X, subsidiari platform mudah alih yang terkemuka di Korea Selatan, Kakao, yang mempunyai lebih 50 juta pengguna bulanan.

Wemade Tree juga bersiap sedia untuk pelancaran 'Cryptornado for WEMIX' menerusi kempen prapendaftaran. Ia merupakan idle RPG mudah alih berasaskan rantaian blok yang dibangunkan secara dalaman. Pengguna-pengguna yang membuat prapendaftaran akan diberi ganjaran dengan 4,000,000 WEMIX, item NFT, emas dan token permainan (TORNADO) pada tarikh pelancaran rasmi.

'Cryptornado for WEMIX' akan diikuti oleh 'Chuanqi H5 for WEMIX', permainan yang dikuasakan oleh Legend of Mir IP yang terkenal dan kemudiannya oleh permainan lain yang berjaya termasuk 'Windrunner for WEMIX', 'CandyPang for WEMIX', 'Everytown for WEMIX', 'My Secret Bistro for WEMIX', 'Touch Fighter for WEMIX' dan 'Chuanqi mobile for WEMIX'. Permainan ini menambah sehingga 600 juta muat turun secara keseluruhan.

WEMIX telah menerima pakai pengesahan Google untuk merendahkan halangan kemasukan buat pengguna, manakala permainan rantaian blok sedia ada memerlukan pengguna untuk melalui proses daftar-masuk yang rumit.

Maklumat lanjut untuk promosi pelancaran WEMIX dan prapendaftaran untuk RPG kripto akan datang disediakan di laman sesawang WEMIX Wallet (https://wallet.wemixnetwork.com/).

Untuk pertanyaan media:

Pasukan Perkhidmatan Wemade Tree
contact_wt@wemade.com 
+82.2.3709.2449

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200121/2697846-1-b?lang=0
Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20200121/2697846-1-a?lang=0

Source: Wemade Tree
Keywords: Computer/Electronics New products/services Blockchain