omniture

Ketua Negara, Menteri Kerajaan Dari Lebih 35 Negara Akan Berhimpun sempena Sidang Kemuncak Antarabangsa bagi Pendidikan Seimbang dan Inklusif di Djibouti

The Education Relief Foundation
2020-01-24 20:21 151

BANDAR RAYA DJIBOUTI, Djibouti, 24 Januari 2020 /PRNewswire/ -- Lebih 35 kerajaan dari negara-negara Afrika, Asia, Timur Tengah, Pasifik, Amerika Latin dan Caribbean akan diwakili secara rasmi di III ForumBIE 2030 – Sidang Kemuncak Antarabangsa bagi Pendidikan Seimbang dan Inklusif – di Djibouti pada 27-29 Januari 2020.

Untuk melihat Hebahan Berita Multimedia, sila klik: https://www.multivu.com/players/uk/8682651-summit-balanced-inclusive-education-djibouti/.

Delegasi-delegasi yang dipimpin oleh Ketua-ketua Negara dan Menteri-menteri Kerajaan akan mengambil bahagian bersama-sama wakil-wakil peringkat atasan daripada organisasi-organisasi antara kerajaan, masyarakat awam serta dunia akademik di sidang kemuncak antarabangsa yang utama ini.

Semasa berlangsungnya acara selama tiga hari ini, delegasi-delegasi ini akan:

  1. Mengesahkan dan menandatangan bagi mewujudkan Deklarasi Sejagat bagi Pendidikan Seimbang dan Inklusif (UDBIE); dan
  2. Mengesahkan dan menandatangan bagi mewujudkan platform dan mekanisme kerjasama teknikal dan kewangan bagi menyokong pelaksanaan komitmen yang dibuat dalam UDBIE.

Perhimpunan negara-negara dari Selatan Global ini mengambil kepimpinan bagi memperbaharui pendidikan, mempersiapkan masyarakat dan komuniti untuk menghadapi cabaran dan peluang dalam pembangunan mampan, merangkumkan aspirasi yang dikongsi oleh banyak pihak dalam komuniti antarabangsa. Berhimpun dengan memahami terdapatnya keperluan segera untuk mewujudkan model baharu yang saksama bagi pembangunan sosial dan ekonomi dibina melalui pendidikan, III ForumBIE 2030 – Sidang Kemuncak Antarabangsa bagi Pendidikan Seimbang dan Inklusif – menerima idea-idea baharu dan menjamin bahawa laluan baharu dapat ditemui.

Deklarasi Sejagat ini mengikuti semangat persetujuan antarabangsa yang terdahulu berhubung pendidikan. Ia menggabungkan idea-idea berkenaan, menghubungkannya dengan konsep-konsep baharu dan menempatkannya dalam struktur holistik, fleksibel dan berfungsi yang terletak pada empat tonggak utama dalam Pendidikan Seimbang dan Inklusif (BIE): Intrapengkulturan, Transdisciplinarity, Dialektisisme dan Kontekstualiti.

Education Relief Foundation (ERF) ialah sebuah pertubuhan bukan berasaskan keuntungan dan bukan kerajaan yang berpangkalan di Geneva yang bermatlamat untuk membangunkan, mempromosikan dan menerapkan pendidikan yang seimbang dan inklusif melalui pembangunan dasar, pembinaan keupayaan dan penglibatan masyarakat awam, antara aktiviti-aktiviti lain.

ForumBIE 2030 yang pertama telahpun diadakan di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Geneva, Switzerland pada bulan Disember 2017. Pada bulan November 2018, II ForumBIE 2030 di Bandar Raya Mexico menyaksikan pelancaran Panduan Global bagi Etika, Prinsip, Dasar dan Amalan dalam Pendidikan Seimbang dan Inklusif serta penandatanganan awal Seruan Antarabangsa untuk Pendidikan Seimbang dan Inklusif – dokumen yang menyeru persiapan Deklarasi Sejagat bagi Pendidikan Seimbang dan Inklusif.

Setakat ini, Seruan Antarabangsa untuk Pendidikan Seimbang dan Inklusif telah mengumpulkan 41 tandatangan, mewakili 671 entiti kerajaan, akademik dan masyarakat awam dari 110 buah negara.

 

Signing of agreement between President of ERF Manssour Bin Mussallam and the Minister of National Education and Vocational Training of the Republic of Djibouti HE Moustapha Mohamed Mahamoud
Signing of agreement between President of ERF Manssour Bin Mussallam and the Minister of National Education and Vocational Training of the Republic of Djibouti HE Moustapha Mohamed Mahamoud

 

ERF and UDBIE flags displayed at the Mont Blanc bridge in Genera to commemorate the holding of the International Summit on Balanced and Inclusive Education in Djibouti
ERF and UDBIE flags displayed at the Mont Blanc bridge in Genera to commemorate the holding of the International Summit on Balanced and Inclusive Education in Djibouti

 

 

Untuk maklumat lanjut, hubungi:
Etienne Lacombe-Kishibe, Ketua Media dan Komunikasi
E: e.kishibe@educationrelief.org | P: 0041 22 920 0859 | M: 0041 79 864 2692

Source: The Education Relief Foundation
Keywords: Education Higher Education Publishing/Information Service Broadcast feed announcements MultiVu Photo Not for profit Trade show news