omniture

AlphaCredit© meterai perjanjian kumpul sehingga USD$125 juta daripada kumpulan pelabur dipimpin oleh Latin America Fund SoftBank

AlphaCredit
2020-01-27 23:06 108

MIAMI, 27 Januari 2020 /PRNewswire/ -- AlphaCredit©, sebuah platform Teknologi Kewangan (FinTech) bertumpu Amerika Latin yang mengkhusus dalam pinjaman pengguna dan penyelesaian kewangan untuk PKS, telah menandatangan perjanjian pusingan ekuiti bernilai sehingga USD$125 juta yang dipimpin oleh Latin America Fund SoftBank, salah satu pelabur teknologi yang utama di dunia. Infusi ekuiti tersebut akan membolehkan AlphaCredit© untuk mengukuhkan kedudukannya sebagai salah satu platform teknologi kewangan yang utama di Amerika Latin, meneruskan pengembangannya dan memanfaatkan kelebihan kompetitif model perniagaannya yang terbukti dan menguntungkan. Urus niaga tersebut tertakluk kepada, antara syarat-syarat penutupuan biasa yang tertentu, kelulusan daripada pihak berkuasa persaingan Mexico (COFECE) dan juga pihak ketiga yang tertentu.

"Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Latin America Fund SoftBank dan pelabur-pelabur lain yang mengambil bahagian dalam pusingan ini kerana meletakkan kepercayaan mereka kepada kami dan juga model perniagaan inovatif kami. Teknologi canggih dan sokongan kewangan yang kukuh telah membolehkan kami berkembang pesat sekali gus menggalakkan pembangunan ekonomi lebih ramai orang yang mempunyai akses terhad kepada kredit," ujar Augusto Álvarez, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Bersama AlphaCredit©.

"Melalui pelaburan ekuiti ini kami akan terus menyediakan pinjaman yang pantas, mudah dan fleksibel kepada individu-individu dan perniagaan kecil-kecilan, membantu mereka meningkatkan kualiti hidup mereka dan menggalakkan pertumbuhan ekonomi," disebutkan oleh José Luis Orozco, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Bersama AlphaCredit©.

"AlphaCredit© menyediakan kemudahan kredit yang pantas dan murah kepada individu-individu dan syarikat-syarikat kecil-kecilan melalui sistem potongan diprogramkan, yang mempunyai kadar mungkir rendah, seraya memberikan kadar faedah yang rendah. Pendekatan mereka adalah lebih baik daripada semua orang yang berada dalam ekosistem mereka dan mengapa kami amat teruja untuk menyokong usahawan-usahawan hebat ini yang mengubah landskap di Mexico dan Columbia," ulas Paulo Passoni, Rakan Pengurusan Pelaburan di SoftBank Group International. 

AlphaCredit© mempunyai pengalaman selama lebih lapan tahun dalam memberi pinjaman kepada pasaran Mexico dan Columbia, dengan lebih $1 bilion USD pinjaman diberikan kepada pelanggannya yang kekal kurang mendapat perkhidmatan oleh bank-bank tradisional atau tidak mendapat akses kepada bentuk-bentuk pembiayaan yang lain. Melalui platform-platformnya: AXS Access, Check!, Alcanza Capital dan Bontu, AlphaCredit© terus menawarkan penyelesaian peminjaman buatan khas kepada pengguna dan juga PKS.

Dana-dana modal usaha niaga antarabangsa utama yang lain berserta sekumpulan pelabur sedia adanya menyertai Softbank dalam pusingan Siri B ini, menyumbang pengalaman mereka kepada pembangunan sektor FinTech di Amerika Latin.

José Luis Orozco, Pengasas Bersama AlphaCredit© menyebut: "Kami komited terhadap rangkuman kewangan melalui inovasi dan pembangunan teknologi. Kami membawakan yang terbaik dari dua aspek ini bagi menyediakan akses cekap kepada penyelesaian kredit dan kewangan untuk sektor-sektor yang kurang mendapat perkhidmatan oleh perbankan tradisional."

Latar Belakang AlphaCredit©
AlphaCredit© ialah platform utama dan salah satu platform kewangan didayakan teknologi yang berkembang paling pantas di Amerika Latin, menyediakan pinjaman pengguna dan penyelesaian kewangan kepada pengguna serta PKS di Mexico dan Colombia melalui penyelesaian yang inovatif dan teknologi canggih.

Catatan Khas Berhubung Kenyataan Pandang Ke Hadapan
Siaran akhbar ini mengandungi kenyataan pandang ke hadapan. Keputusan sebenar mungkin berbeza dengan ketara daripada yang ditunjukkan dalam kenyataan pandang ke hadapan. Perhubungan ini tidak boleh menjadi satu tawaran untuk menjual atau permintaan tawaran untuk membeli sekuriti.

Source: AlphaCredit
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Contracts Financial Technology