omniture

AACSB Umum Kelas Pemimpin Berpengaruh 2020

AACSB International
2020-01-28 22:00 147

Cabaran Pemimpin Berpengaruh tahunan kali kelima mengiktiraf 25 siswazah sekolah perniagaan yang cemerlang 

TAMPA, Florida, 28 Januari 2020 /PRNewswire/ -- AACSB International (AACSB)—perikatan pendidikan perniagaan yang terbesar di dunia—hari ini mengumumkan Kelas Pemimpin Berpengaruh 2020, sekumpulan 25 alumni sekolah perniagaan yang mana hasil kerja mereka yang menginspirasikan menjadi model untuk generasi pemimpin perniagaan akan datang.

Sebagai satu inisiatif tahunan, cabaran Pemimpin Berpengaruh ini mengiktiraf siswazah-siswazah terkenal daripada sekolah-sekolah yang ditauliahkan oleh AACSB. Penerima anugerah tahun ini termasuk seorang datuk bandar, seorang pencipta, seorang ilmuwan dan seorang pakar jenama – menunjukkan pelbagai laluan kerjaya yang disokong oleh pendidikan perniagaan.

"Menjadi keutamaan kami untuk meluaskan kisah-kisah siswazah sekolah perniagaan yang berkhidmat sebagai daya penggerak untuk kebaikan di dunia," kata Tom Robinson, presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif AACSB. "Penerima anugerah Pemimpin Berpengaruh 2020, dipersiapkan dengan baik oleh sekolah-sekolah perniagaan yang ditauliahkan oleh AACSB, menerajui industri-industri dan komuniti mereka dengan semangat dan dedikasi. Pencapaian mereka, dan inspirasi yang diberikan oleh mereka kepada pemimpin perniagaan masa depan, akan diraikan dan AACSB berbesar hati untuk mengiktiraf setiap penerima anugerah tersebut."

Kini memasuki tahun kelimanya, cabaran Pemimpin Berpengaruh telah mengiktiraf lebih daripada 200 siswazah sekolah perniagaan kerana mencetuskan kesan yang berkekalan dalam perniagaan dan masyarakat. Semua penerima anugerah ini telah memperoleh ijazah sarjana muda, ijazah sarjana atau ijazah kedoktoran menerusi salah satu daripada 850 sekolah perniagaan yang ditauliahkan oleh AACSB di dunia.

Setiap Pemimpin Berpengaruh dicalonkan oleh 'alma mater' individu tersebut. Menggunakan kisah-kisah yang beraneka dan menginspirasikan, sekolah-sekolah perniagaan ini menunjukkan sejauh mana penerima-penerima anugerah berkenaan memimpin dan menginovasi dalam industri-industri mereka, menyumbang kepada komuniti mereka dan menginspirasikan pemimpin perniagaan masa depan. Kelas tahun ini mewakili sekolah-sekolah perniagaan yang ditauliahkan oleh AACSB di 13 buah negara dan para penerima anugerah telah memberi kesan kepada lebih daripada sedozen industri termasuk teknologi, media, hospitaliti dan penjagaan kesihatan. Kisah-kisah unik setiap penerima anugerah dan bagaimana mereka mencetuskan impak bermakna yang berkekalan di dunia, disediakan di aacsb.edu/influential-leaders.

Latar Belakang AACSB International
Ditubuhkan pada tahun 1916, AACSB International (AACSB) ialah perikatan pendidikan perniagaan yang terbesar di dunia, menghubungkan pendidik, pelajar dan perniagaan untuk mencipta generasi pemimpin hebat yang akan datang. Dengan kehadiran di lebih 100 buah negara dan wilayah, AACSB memupuk penglibatan, mempercepatkan inovasi dan meluaskan kesan dalam pendidikan perniagaan. Ketahui bagaimana AACSB mengubah pendidikan perniagaan demi masyarakat yang lebih baik di aacsb.edu.

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/492010/AACSB_International_Logo.jpg

 

Source: AACSB International
Related Links:
Keywords: Education Higher Education Awards Not for profit Public Interest