omniture

YPO Umum Enam Penerima Anugerah Global bagi Global Impact Award

YPO
2020-01-29 01:04 165

NEW YORK, 29 Januari 2020 /PRNewswire/ -- Hari ini, YPO, komuniti kepimpinan global dengan seramai lebih daripada 28,000 ketua eksekutif dalam 135 buah negara, mengumumkan enam penerima anugerah global bagi Global Impact Award.

YPO Global Impact Award ialah penghormatan tertinggi oleh YPO kepada ahli-ahli yang mengiktiraf impak mereka di luar YPO, meraikan impak Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) yang mampan dan boleh diskala.

Penerima anugerah serantau dipilih dari setiap 14 wilayah YPO; daripada 14 wilayah tersebut, enam telah dinamakan sebagai penerima anugerah global GIA.

Penerima YPO Global Impact Award 2020 akan diumumkan secara langsung di atas pentas di YPO EDGE, sidang kemuncak kepimpinan pemikiran tahunan YPO di San Diego, California, Amerika Syarikat, 5-6 Mac.

"Dengan peluasan program YPO Global Impact Award kami, kami mengiktiraf kesan luar biasa yang diberikan oleh ahli-ahli kami kepada komuniti global kami dan meraikan perjalanan hebat mereka bagi mencetuskan perbezaan sebenar melalui organisasi-organisasi dan usaha-usaha kedermawanan yang diterajui oleh mereka," kata Pascal Gerken, Kursi program YPO Global Impact Award dan Pengerusi YPO 2018-2019.

Enam Penerima Anugerah Global bagi Global Impact Award:

Rodrigo Baggio (Amerika Latin)
Rodrigo Baggio ialah Pengasas dan Presiden Recode, pertubuhan bukan untuk keuntungan yang pertama untuk memperkasa golongan belia yang mengalami kerentanan sosial melalui teknologi di Amerika Latin. Recode mencipta dan menyebarkan latihan keusahawanan dan penggunaan alatan digital bagi menyokong fasilitator dalam masyarakat berpendapatan rendah dan golongan belianya untuk memprogramkan semula realiti kehidupan mereka.

Yann Borgstedt (Eropah)
Yann Borgstedt ialah Pengasas The Womanity Foundationsebuah pertubuhan Switzerland di persimpangan antara kedermawanan usaha niaga dan pelaburan sosial yang dikhususkan untuk mempercepatkan kesaksamaan jantina melalui projek-projek yang inovatif. Womanity percaya akan sebuah dunia yang mana lelaki dan wanita dapat menikmati hak-hak dan peluang-peluang yang sama rata. Sejak tahun 2005, hasil usaha Womanity telah mencapai 27.6 juta orang.

Willy Foote (Timur Laut A.S.)
Willy Foote ialah Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Root Capital, sebuah pertubuhan bukan untuk keuntungan yang melabur dalam pertumbuhan perusahaan pertanian agar mereka dapat mengubah masyarakat luar bandar. Root Capital menyediakan perniagaan kecil-kecilan dan perniagaan yang sedang berkembang di Afrika, Amerika Latin dan Asia Tenggara dengan modal serta latihan yang diperlukan oleh mereka untuk berkembang maju.

Sunil Lalvani (Timur Tengah/Afrika Utara)
Sunil Lalvani ialah Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Project Maji, yang menyediakan akses air bersih yang berterusan kepada masyarakat luar bandar di seluruh sub-Sahara Afrika melalui teknologi pengepaman solar. Project Maji mengubah model bukan untuk keuntungan dengan beroperasi sebagai perniagaan sosial yang mampan dan bukannya sebagai badan amal tradisional.

Patricia Nzolantima (Afrika)
Patricia Nzolantima ialah pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Bizzoly Holdings, yang membantu golongan wanita memanfaatkan potensi penuh mereka, membebaskan diri mereka dan menggunakan kepimpinan mereka untuk membawa perubahan positif. Selain daripada tugas berkenaan, beliau turut menubuhkan Working Ladies WIA Hub, pemecut wanita pertama di Republik Demokratik Congo.

Buddy Teaster (Tenggara A.S. dan Caribbean)
Buddy Teaster ialah Ketua Pegawai Eksekutif Soles4Souls, yang menukar kasut dan pakaian kepada peluang, dengan menjadikannya boleh dimanfaatkan dengan baik ― menyediakan bantuan, mencipta peluang pekerjaan dan memperkasa orang ramai untuk memecahkan kitaran kemiskinan. Sejak tahun 2006, Soles4Souls telah dapat mengelakkan lebih 35 juta pasang kasut dan 12 juta helai pakaian daripada dibuang dan mengedarkannya ke 127 buah negara dan kesemua 50 negeri AS.

Latar Belakang YPO:
YPO ialah komuniti kepimpinan global yang terdiri daripada lebih 28,000 ketua eksekutif dalam 135 buah negara yang didorong oleh kepercayaan bahawa dunia memerlukan pemimpin yang lebih baik. Setiap ahli kami telah mencapai kejayaan kepimpinan yang penting pada usia muda. Apabila digabungkan, mereka memimpin perniagaan dan organisasi yang menyumbang pendapatan tahunan sebanyak USD 9 trilion. Ahli-ahli YPO menginspirasikan dan menyokong satu sama lain melalui pembelajaran rakan sebaya dan pengalaman luar biasa dalam komuniti inklusif dengan perkongsian terbuka dan kepercayaan. Untuk maklumat lanjut, kunjungi ypo.org.

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/1065220/YPO_Logo.jpg

Source: YPO
Keywords: Workforce Management/Human Resources Awards Corporate Social Responsibility Not for profit Personnel announcements Public Interest