omniture

Systech Manfaatkan Barisan Penyirian Pertama untuk Takeda Pharmaceutical International AG Penuhi Peraturan Rusia Baharu

Systech International
2020-01-29 01:18 109

PRINCETON, New Jersey, 29 Januari 2020 /PRNewswire/ -- Systech, peneraju teknologi bertaraf global bagi perlindungan jenama dan pengesahan produk digital, hari ini mengumumkan bahawa ia berjaya menaik taraf barisan penyirian untuk Takeda bagi memenuhi peraturan penyirian Rusia yang baharu. 1 Oktober 2019 merupakan tarikh akhir yang pertama untuk sistem pelabelan farmaseutikal (sistem penyirian dan pengesanan kriptografi) Persekutuan Rusia. Pakej-pakej ubat-ubatan menyasarkan kumpulan nosologi berkos tinggi dengan 7 produk diperlukan untuk disirikan mengikut garis panduan teknikal khusus-Rusia ini. Selaras dengan peraturan Rusia yang baharu, mewajibkan beberapa barisan penyirian Takeda mematuhi tarikh akhir 1 Oktober berkenaan.

Satu cabaran utama sekitar peraturan penyirian Rusia ialah keperluan pelabelan produk-produk ubat baharu yang menetapkan penggunaan pengekodan kriptografi. Ini mengubah secara dramatik keperluan teknikal untuk pencetakan pengecam dan konfigurasi sistem maklumat penyirian Takeda. Perubahan ini juga memerlukan semakan kesemua visi barisan pempakejan dan keperluan pencetakan bagi memastikan ia dapat mencetak dan menentusahkan kod bar dengan matriks data kod kripto baharu. Ini dapat dicapai dalam tempoh masa yang agak singkat lantaran tumpuan Takeda yang kukuh terhadap pempiawaian keperluan pencetak dan visi.

Takeda ialah pelanggan yang lama dan bekerjasama erat dengan Systech untuk menaik taraf barisan penyiriannya bagi memenuhi tarikh akhir 1 Oktober. Takeda mempunyai sejumlah 25 barisan penyirian Systech dalam lima buah negara yang terkesan oleh peraturan baharu ini.

"Ini merupakan jadual yang agresif untuk dipenuhi oleh Systech dan kami mula bekerjasama dengan Takeda pada awal tahun 2019 bagi menilai keperluan setiap barisan," kata David DeJean, naib presiden kanan pengurusan dan strategi produk di Systech. "Kami telah menempuh banyak halangan sepanjang perjalanan, namun Takeda kini merupakan peneraju yang jelas dalam mengeluarkan kumpulan kod kripto komersial yang pertama dan memastikannya dilaporkan sepanjang rantaian bekalan yang lengkap kepada pangkalan data kerajaan Rusia (CRPT)."

"Ia merupakan bukti jangkauan global dan kepakaran penyirian Systech untuk membolehkan sejumlah besar barisan penyirian yang tersebar di seluruh dunia dinaik taraf dan dikeluarkan dalam tempoh masa ini," ulas Michael Ritter, ketua penyirian dan pendayaan digital di Takeda.

Latar Belakang Systech

Systech menyediakan penyelesaian pengesahan dan kebolehkesanan produk digital bagi memerangi pemalsuan, mencegah pemesongan dan memenuhi pematuhan kawal selia. Dibina berdasarkan berdekad-dekad pengalaman sebagai pelopor dalam penyirian farmaseutikal, suit perlindungan jenama komprehensif kami memberi pemahaman pada waktu nyata, data produk yang boleh diambil tindakan, ketersambungan digital dan fungsian penglibatan pengguna yang diperlukan untuk memerangi ancaman rantaian bekalan. Jenama-jenama global dalam industri-industri bergantung kepada kami untuk memastikan produk mereka asli, selamat dan terhubung—bermula dengan pembuatan hinggalah sampai ke tangan pengguna. Kami bersama-sama merevolusikan perlindungan jenama! Untuk maklumat lanjut, kunjungi https://www.systechone.com.

Hubungan Media:
Jefferson Barr, Naib Presiden Pemasaran
+1 609-235-8446 
Jefferson.barr@systechone.com

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/461585/Systech_Logo.jpg  

Source: Systech International
Keywords: Computer/Electronics Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals