omniture

IEEE Perkenal TechRxiv™, Pelayan Pracetak Baharu untuk Kajian Tidak Diterbitkan

IEEE
2020-01-29 22:00 114

PISCATAWAY, New Jersey, 29 Januari 2020 /PRNewswire/ -- IEEE, organisasi profesional teknikal yang terbesar di dunia yang dikhususkan untuk memajukan teknologi demi manfaat umat manusia, mengumumkan pelancaran TechRxiv.org, pelayan pracetak untuk komuniti teknologi global. TechRxiv.org ialah hab berbilang disiplin bersifat kolaboratif yang akan memudahkan penyebaran terbuka dapatan saintifik dalam bidang kejuruteraan elektrik, sains komputer dan teknologi-teknologi yang berkaitan. Ini merupakan tawaran yang terkini dalam program penerbitan IEEE yang semakin berkembang, yang menyediakan pengarang dengan alatan tambahan bagi meningkatkan penyelidikan mereka, sebagai sokongan kepada sains terbuka.

TechRxiv.org ialah repositori percuma yang menyediakan para penyelidik pelbagai bidang dengan peluang untuk berkongsi keputusan awal daripada hasil kerja mereka sebelum melalui proses perwasitan rasmi dan penerbitan. IEEE terus menyediakan peluang untuk berkongsi keputusan awal dan memberi respons kepada ulasan serta cadangan penambahbaikan, sebelum melalui proses perwasitan rasmi dan penerbitan kepada para penyelidik.

"IEEE komited terhadap sains terbuka dan TechRxiv.org membolehkan penyelidik-penyelidik daripada pelbagai bidang penemuan dengan peluang untuk berkongsi keputusan serta data awal bersama rakan-rakan saintis dan ahli teknologi mereka sebelum melalui proses perwasitan rasmi dan penerbitan. Berdasarkan input daripada pengarang kami, ahli dan komuniti kejuruteraan umumnya, kami membangunkan pelayan pracetak yang boleh diakses secara terbuka yang mengkhusus dalam bidang kejuruteraan dan teknologi untuk audiens seluruh dunia," kata Tapan K. Sarkar, Naib Presiden, Penerbitan, IEEE. 

TechRxiv.org akan membantu memacu kadar penemuan saintifik dan penyebaran maklumat dengan menyediakan komunikasi teknikal awal yang boleh diakses secara bebas dan dipetik sepenuhnya, setiap satu dengan pengecam objek digital (DOI) unik mereka yang tersendiri. Aktiviti pracetak memberi peluang untuk kolaborasi dan membentuk kajian berterusan dengan maklum balas tidak rasmi daripada penyelidik-penyelidik lain. Selain itu, penyerahan artikel-artikel sebelum melalui proses perwasitan rasmi dan penerbitan dapat membantu menunjukkan teknik terdahulu dalam penemuan penyelidikan.

Mengikuti garis panduan yang sesuai, kertas kajian dalam skop yang dihantar ke TechRxiv.org masih boleh diserahkan secara rasmi ke persidangan atau jurnal untuk melalui proses perwasitan rasmi dan penerbitan, sama ada penerbitan IEEE atau penerbitan daripada penerbit lain.

Bagi memastikan agar TechRxiv.org dapat memenuhi keperluan komuniti teknikal, IEEE bekerjasama erat dengan lembaga penasihat pakar bidang khusus merentas pelbagai bidang yang luas daripada universiti-universiti serta organisasi-organisasi penyelidikan yang ternama termasuk University of Maryland, University of Rochester, University of Texas di Dallas, Northeastern University, University of South Alabama dan Raytheon Corporation. Semua penyerahan kepada TechRxiv.org ditapis sebelum diterima oleh panel pakar dan walaupun tidak melalui proses perwasitan, kertas kajian berkenaan disemak untuk perbuatan plagiat dan kandungan yang tidak sesuai.

IEEE menggalakkan semua penyelidik yang bekerja dalam bidang kejuruteraan elektrik, sains komputer dan teknologi-teknologi yang berkaitan untuk menghantar penyelidikan mereka yang tidak diterbitkan ke www.techrxiv.org.

Pautan Berkaitan:

https://www.techrxiv.org
http://www.ieee.org
https://ieeexplore.ieee.org 

Latar Belakang IEEE 

IEEE ialah organisasi profesional teknikal yang terbesar di dunia yang dikhususkan untuk memajukan teknologi demi manfaat umat manusia. Melalui penerbitan dengan petikan yang tinggi, persidangan, piawaian teknologi dan aktiviti profesional serta pendidikan, IEEE merupakan suara yang dipercayai dalam pelbagai bidang bermula daripada sistem aeroangkasa, komputer dan telekomunikasi kepada kejuruteraan bioperubatan, kuasa elektrik dan juga elektronik pengguna. 

Latar Belakang Perpustakaan Digital IEEE Xplore

IEEE Xplore menyediakan akses kepada lebih lima juta dokumen teks-lengkap daripada beberapa penerbitan yang paling kerap dipetik di dunia dalam bidang kejuruteraan elektrik, sains komputer serta elektronik. Ia termasuk kandungan daripada lebih 180 jurnal dan majalah IEEE, lebih 1,800 persidangan tahunan, lebih 3,900 piawaian teknologi aktif, 3,600 eBuku dan beratus-ratus kursus ePembelajaran.

Hubungan media:

Francine Tardo
+1 732 465 5865
f.tardo@ieee.org

Monika Stickel
+1 732 562 6027
m.stickel@ieee.org 

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/1017741/IEEE_Advanced_Technology_Logo_Logo.jpg

Source: IEEE
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Publishing/Information Service New products/services STEM (Science,Technology,Engineering,Mathematics)