omniture

Sidang Kemuncak Antarabangsa bagi Pendidikan Seimbang dan Inklusif di Djibouti Labuh Tirai Dengan Penubuhan Pertubuhan Kerjasama Pendidikan Baharu

The Education Relief Foundation
2020-01-29 23:38 167

BANDAR RAYA DJIBOUTI, Djibouti, 29 Januari 2020 /PRNewswire/ -- Pada Majlis Penutupan III ForumBIE 2030, 38 kerajaan, pertubuhan masyarakat awam dan entiti akademik menjadi yang pertama menandatangani Deklarasi Sejagat bagi Pendidikan Seimbang dan Inklusif (UDBIE). Di samping itu, menerusi objektif untuk mencapai aspirasi dan komitmen yang terkandung dalam UDBIE, 30 penandatangan, termasuk kerajaan dan pertubuhan masyarakat awam, bersetuju untuk menubuhkan Pertubuhan Kerjasama Pendidikan (OEC), sebuah pertubuhan antarabangsa yang baharu daripada Selatan Global yang mencipta platform dan mekanisme kerjasama serta sokongan teknikal dan kewangan berasaskan solidariti untuk pembaharuan pendidikan.

Untuk melihat Hebahan Berita Multimedia, sila klik: https://www.multivu.com/players/uk/8683651-new-organisation-educational-cooperation/

OEC, yang mana Perhimpunan Agungnya akan berfungsi berasaskan demokrasi iaitu satu negara, satu undi, memastikan kebertanggungjawapan Negara-negara Anggotanya yang akan mendapat manfaat daripada sokongannya, akan turut mengambil kira masyarakat awam dan pertubuhan-pertubuhan akademik sebagai Ahli-ahli Bersekutu dengan hak-hak yang terhad.

OEC akan ditubuhkan dengan subsidiari kewangan milik penuh, bertanggungjawab terhadap Perhimpunan Agung, berupaya menjana dana secara beretika dan berterusan sebagai sokongan untuk pembaharuan pendidikan. Subsidiari ini, tertumpu secara berstruktur pada pelaburan dalam projek-projek yang bertanggungjawab secara sosial dan ekologi dalam negara-negara anggotanya, akhirnya akan membiayai sepenuhnya operasi pertubuhan berkenaan dan menyediakan dana kepada OEC bagi menyokong sistem pendidikan Negara-negara Anggota dengan pembiayaan berasaskan solidariti.

OEC diwujudkan dengan struktur yang rasional dan diselaraskan, mengikuti strategi intervensi sistematik yang cekap dan meletakkan pendidikan untuk dimanfaatkan oleh komuniti, masyarakat dan pembangunan negara sebagaimana yang diperlukan oleh komitmen yang dibuat dalam UDBIE.

Setiausaha Agung pertama OEC telahpun dilantik dengan tugas untuk menubuhkan dan mempengerusikan Jawatankuasa Persediaan yang akan meletakkan persediaan asas untuk OEC sehingga Piagam Konstitutif Pertubuhan berkenaan mula berkuat kuasa, setelah mendapat pengesahannya oleh minimum 10 penandatangan Negara pengasas. Penguatkuasaan Piagam Konstitutif akan mencetuskan persidangan Perhimpunan Agung yang pertama.

Semua penandatangan UDBIE menerima empat tonggak utama dalam pendidikan yang seimbang dan inklusif: Intrapembudayaan, Perentasan Bidang, Dialektisisme dan Kontekstualiti. Mereka komited untuk mengaplikasikan prinsip-prinsip ini dalam sistem pendidikan mereka, dengan sokongan rentas sektor OEC, berdasarkan keperluan kontekstual populasi mereka, keutamaan negara mereka dan keperluan global pembangunan yang mampan.

Education Relief Foundation (ERF) ialah sebuah pertubuhan bukan berasaskan keuntungan dan bukan kerajaan yang berpangkalan di Geneva yang bermatlamat untuk membangunkan, mempromosikan dan menerapkan pendidikan yang seimbang dan inklusif melalui pembangunan dasar, pembinaan keupayaan dan penglibatan masyarakat awam, antara aktiviti-aktiviti lain.

Siri persidangan ForumBIE 2030 bermula apabila I ForumBIE 2030 diadakan di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Geneva, Switzerland pada bulan Disember 2017. Pada bulan November 2018, II ForumBIE 2030 di Bandar Raya Mexico menyaksikan pelancaran Panduan Global bagi Etika, Prinsip, Dasar dan Amalan dalam Pendidikan Seimbang dan Inklusif dan juga penandatanganan awal Seruan Antarabangsa untuk Pendidikan Seimbang dan Inklusif – dokumen yang menyeru persiapan Deklarasi Sejagat bagi Pendidikan Seimbang dan Inklusif.

generated by system

Newly-elected OEC Secretary General Manssour Bin Mussallam congratulated by Djibouti Prime Minister Abdoulkader Kamil Mohamed at the close of the III ForumBIE 2030, held in Djibouti.
Newly-elected OEC Secretary General Manssour Bin Mussallam congratulated by Djibouti Prime Minister Abdoulkader Kamil Mohamed at the close of the III ForumBIE 2030, held in Djibouti.

Untuk maklumat lanjut, hubungi:
Etienne Lacombe-Kishibe, Ketua Bahagian Media dan Komunikasi
E: e.kishibe@educationrelief.org | P: 0041 22 920 0859 | M: 0041 79 864 2692

Source: The Education Relief Foundation
Keywords: Education Higher Education Broadcast feed announcements Corporate Social Responsibility Not for profit Socially Responsible Investing Trade show news