omniture

Arjun A. Sethi Dinamakan Ketua Asia Pasifik Baharu Kearney

Kearney
2020-01-30 09:33 309

SINGAPURA, 30 Januari 2020 /PRNewswire/ -- Kearney, sebuah firma perunding pengurusan global yang terkemuka, telah menamakan Arjun A. Sethi sebagai Kursi Serantau (dipilih) & Ketua Asia Pasifik baharu berkuat kuasa pada 1 Mei 2020. Arjun akan menyelia strategi perniagaan dan operasi perniagaan Kearney di seluruh Australia dan New Zealand, Rantau Besar China, India, Jepun dan Asia Tenggara.

"Amalan Asia Pasifik kami telah berkembang maju sejak beberapa tahun kebelakangan ini—dan menjadi sumber kepada beberapa tugas transformasi kami yang paling penting dan inovatif sebagai sebuah firma," kata Alex Liu, Rakan Pengurusan dan Pengerusi di Kearney. "Kepimpinan dan kepakaran Arjun dalam bidang digital dan analitik global akan mempercepatkan peluasan pelanggan yang signifikan yang kami bayangkan di seluruh rantau ini."

Arjun akan menggantikan Saurine Doshi, yang telah berkhidmat dalam jawatan ini selama enam tahun dan akan mengikut giliran memegang jawatan baharu bagi memimpin perkhidmatan global dan amalan inovasi firma ini. Sepanjang enam tahun yang lalu, Kearney membuat kemajuan penting di Asia Pasifik, mengembangkan perniagaannya dalam setiap pasaran dan mengukuhkan kedudukannya sebagai rakan kongsi operasi dan transformasi strategik yang utama di rantau ini.

Pelantikan Arjun menandakan kembalinya beliau ke Asia di mana beliau memulakan kerjaya perundingan beliau pada Mac 2000 sebagai perunding di pejabat New Delhi Kearney. Pada tahun 2005, Arjun berpindah ke New York di mana beliau menjadi rakan kongsi dan kemudiannya dilantik sebagai Ketua Global dan Benua Amerika untuk Amalan Transformasi Digital.

"Saya teruja untuk menggalas jawatan ini bagi memimpin perniagaan kami di rantau yang begitu pelbagai dan dinamik," kata Arjun. "Asia ialah sumber utama untuk ekonomi global dan dekad baharu ini akan membawakan lebih banyak perubahan dan peluang untuk mengalami pertumbuhan buat pelanggan kami di rantau ini dan seluruh dunia. Kearney membawakan gabungan kepakaran yang unik serta empati untuk membantu syarikat-syarikat menavigasi persekitaran perniagaan yang semakin berkembang ini."

Arjun berkelulusan MBA daripada Indian Institute of Management di Calcutta dan sarjana muda dalam bidang kejuruteraan daripada Motilal Nehru National Institute of Technology di Allahabad, India. Beliau telah dipilih sebagai salah seorang daripada 25 perunding utama di seluruh dunia oleh majalah Consulting untuk "kecemerlangan dalam kepimpinan" dan atas kerja-kerja yang dilakukan oleh beliau dalam menubuhkan dan mengembangkan Amalan Transformasi Digital Kearney, makmal pengalaman digital firma tersebut dan ekosistem rakan-rakan gabungannya yang bertenaga dalam digital.

Arjun telah mula beralih kepada jawatan serantau berkuat kuasa pada 1 Januari 2020. Beliau merupakan ahli Jawatankuasa Operasi Kearney dan akan mengekalkan peranan beliau sebagai Naib Kursi Amalan Transformasi Digital.

Latar Belakang Kearney 

Sebagai perkongsian perundingan global di lebih 40 buah negara, kakitangan kami membentuk kami menjadi perkongsian yang berjaya seperti sekarang. Kami merupakan individu-individu yang memperoleh kegembiraan daripada mereka yang bekerjasama dengan kami sebagaimana tugasan itu sendiri. Didorong untuk menjadi perbezaan antara idea yang besar dan menjadikannya suatu kenyataan, kami membantu pelanggan kami mencapai kejayaan.

Untuk maklumat lanjut, kunjungi kearney.com.

 

Source: Kearney
Keywords: Advertising Workforce Management/Human Resources Personnel announcements