omniture

NEOM Terima Pakai Teknologi Kubah Solar Perintis untuk Projek Penyahgaraman Mampan

NEOM
2020-01-30 22:10 131

Pendekatan "pintar" kepada penyahgaraman memanfaatkan kuasa solar untuk pengekstrakan air, mengurangkan kos pengeluaran dan mengurangkan pelepasan air garam dengan ketara 

Teknologi pertama seumpamanya ini adalah neutral karbon 100% dan akan membentuk masa depan penyahgaraman air di NEOM, Arab Saudi dan dunia 

Projek perintis tonjolkan peranan NEOM sebagai pendorong kemajuan manusia dan pendekatan baharunya terhadap pemuliharaan alam sekitar 

RIYADH, Arab Saudi, 30 Januari 2020 /PRNewswire/ -- NEOM mengumumkan pada hari Rabu bahawa ia akan menerima pakai teknologi solar perintis bagi menghasilkan air mesra alam yang berkos rendah, mengukuhkan reputasi NEOM sebagai hab baru muncul untuk inovasi dan pemuliharaan.

 

NEOM Adopts Pioneering Solar Dome Technology for Sustainable Desalination Project
NEOM Adopts Pioneering Solar Dome Technology for Sustainable Desalination Project

 

Syarikat ini telah menandatangani perjanjian dengan Solar Water Plc. yang berpangkalan di U.K. untuk membina loji penyahgaraman "kubah solar" yang pertama seumpamanya di NEOM, yang terletak di barat laut Arab Saudi. Projek perintis ini berjanji untuk merevolusikan proses penyahgaraman air, bagi membantu menyelesaikan salah satu masalah yang paling mendesak di dunia – akses kepada air tawar.

Kerja-kerja untuk "kubah solar" yang pertama akan bermula pada Februari ini dan dijangka siap pada penghujung tahun 2020.

Dengan anggaran $0.34/m3, kos menghasilkan air melalui teknologi "kubah solar" akan menjadi jauh lebih rendah berbanding loji penyahgaraman yang menggunakan kaedah osmosis berbalik. Teknologi ini juga akan mengurangkan dengan ketara kesan terhadap alam sekitar dengan menghasilkan air garam yang lebih pekat, iaitu hasil sampingan yang berkemungkinan berbahaya daripada proses pengekstrakan air.

Mengulas mengenai projek ini, T.Y.T. Abdulrahman Al-Fadli, Menteri Alam Sekitar, Air dan Pertanian Arab Saudi berkata: "Penerimaan NEOM terhadap projek perintis ini menyokong matlamat kemampanan Arab Saudi, sebagaimana yang digariskan dalam Strategi Air Kebangsaan 2030 negara dan benar-benar sejajar dengan matlamat pembangunan mampan yang ditetapkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu."

Nadhmi Al-Nasr, Ketua Pegawai Eksekutif NEOM, menambah: "Akses mudah kepada air laut yang banyak dan sumber tenaga yang boleh diperbaharui sepenuhnya bermakna NEOM berkedudukan sempurna untuk menghasilkan air tawar yang berkos rendah dan mampan melalui penyahgaraman solar. Jenis teknologi ini merupakan peringatan yang penting kepada komitmen kami untuk menyokong inovasi, memperjuangkan pemuliharaan alam sekitar dan membawakan kebolehan hidup yang luar biasa. Menjalin kerjasama dengan Kementerian Alam Sekitar, Air dan Pertanian, kami dapat meluaskan pelaksanaan teknologi ini di luar NEOM."

Pendekatan perintis Solar Water, yang dibangunkan di Cranfield University U.K., menonjolkan penggunaan pertama, pada skala besar, teknologi Kuasa Solar Penumpu (CSP) dalam penyahgaraman air laut. Proses ini menyaksikan air laut dipam ke dalam "kubah solar" hidrologi yang diperbuat daripada kaca dan keluli, sebelum ia dipanaskan, disejat dan akhirnya dititiskan sebagai air tawar.

Proses penyahgaraman "kubah solar", yang juga dapat beroperasi pada waktu malam lantaran tenaga solar tersimpan yang dijana sepanjang hari, akan dapat mengurangkan jumlah air garam yang terhasil semasa proses pengekstrakan air. Biasanya, kepekatan garam yang tinggi dalam air garam menjadikannya lebih sukar dan mahal untuk memprosesnya. Proses kubah solar dapat membantu mencegah sebarang kebinasaan kepada hidupan laut memandangkan tiada air garam yang dibuang ke laut.

Dengan lebih satu bilion orang di seluruh dunia yang kekurangan akses kepada air bersih setiap hari, projek penyahgaraman solar NEOM akan bertindak sebagai kes ujian untuk negara-negara lain yang mengalami kekurangan air yang bergelut untuk menghasilkan sumber air tawar yang selamat dan mampan kepada alam sekitar.

Gavin van Tonder, Ketua Bahagian Air di NEOM, berkata: "Kami benar-benar teruja dengan prospek untuk membawa teknologi air yang cangih dan pemikiran industri yang baharu kepada NEOM. Dengan menggunakan teknik penyahgaraman kubah solar, kami dapat membina utiliti air yang amat berkesan dan cekap yang berorientasi masa depan dan bertanggungjawab terhadap alam sekitar."

David Reavley, Ketua Pegawai Eksekutif Solar Water Plc, mengulas: "Pada masa kini, beribu-ribu loji penyahgaraman di seluruh dunia amat bergantung pada pembakaran bahan api fosil untuk mengekstrak air, lalu meracuni lautan kita dalam proses berkenaan dengan air garam yang berlebihan. Teknologi penyahgaraman kami yang mengubah industri adalah 100% neutral karbon dan mampan sepenuhnya. Dengan NEOM, kami telah menemui rakan kongsi yang mempunyai visi yang teguh tentang rupa Masa Depan Baharu yang harmoni dengan alam semula jadi."

NEOM, projek utama bagi rancangan pempelbagaian pasca-minyak Arab Saudi, dibina di kawasan berkeluasan 26,500 km persegi di barat laut Arab Saudi. Ia menawarkan peluang pelaburan yang unik dalam sektor ekonomi dan pembangunan hartanah.

Latar Belakang NEOM 

NEOM ialah pendorong kemajuan manusia dan suatu visi yang akan memberi gambaran tentang rupa Masa Depan Baharu. Ia merupakan sebuah wilayah di barat laut Arab Saudi di Laut Merah yang dibina dengan teliti sebagai sebuah makmal kehidupan – tempat di mana keusahawanan akan menentukan hala tuju untuk Masa Depan Baharu ini. Ia akan menjadi sebuah destinasi dan pusat buat orang ramai yang mempunyai impian yang besar dan ingin menjadi sebahagian daripada usaha untuk membina model baharu bagi kebolehan hidup yang luar biasa, mencipta perniagaan yang berkembang maju dan mencipta semula pemuliharaan alam sekitar.

NEOM akan menjadi pusat dan tempat kerja kepada lebih sejuta penduduk dari seluruh dunia. Ia akan mempunyai bandar raya dan bandar, pelabuhan dan zon perusahaan, pusat penyelidikan, tempat sukan dan hiburan serta destinasi pelancong.

Sebagai hab untuk inovasi, para usahawan, pemimpin perniagaan dan syarikat akan datang untuk mengkaji, menginkubasi dan mengkomersialkan teknologi serta perusahaan baharu dengan cara yang rintis. Penduduk NEOM akan mewujudkan etos antarabangsa dan menerima budaya penerokaan, pengambilan risiko dan kepelbagaian - semuanya disokong oleh undang-undang progresif yang serasi dengan norma antarabangsa dan kondusif kepada pertumbuhan ekonomi.

www.neom.com 

Latar Belakang Solar Water Plc 

Solar Water Plc ialah penyedia teknologi perintis yang inovatif untuk menghasilkan air tawar dengan cara neutral karbon dan benar-benar mampan, memanfaatkan kuasa penumpu cahaya matahari. Teknologi kami akan membantu membalikkan perubahan iklim memandangkan ia dapat menggantikan beberapa teknologi tidak cekap karbon tradisional dan akan membantu pembangunan kawasan tadahan karbon. Pada Januari 2018, Solar Water Plc menerima Anugerah Rawatan Air Rushlight berprestij dalam sebuah upacara yang diadakan di Royal Geographical Society, London. Anugerah ini merupakan pengiktirafan kepada projek sebagai yang pertama di dunia untuk infrastruktur-hidro neutral karbon.

www.solarwaterplc.com 

Imej: https://mma.prnewswire.com/media/1083625/NEOM_Solar_Dome.jpg

 

Source: NEOM
Related Links:
Keywords: Agriculture Alternative Energies Computer/Electronics Environmental Products & Services Oil/Energy Utilities Water Utilities Environmental Issues New products/services