omniture

Great Wall Motor tampil julung kali di Auto Expo India, majukan strategi globalisasinya

Great Wall Motor
2020-02-07 04:50 375

NEW DELHI, 7 Februari 2020 /PRNewswire/ -- Pada 5 Februari, Auto Expo kali ke-15 dibuka Delhi, India. Bertumpu sekitar tema bagaimana Great Wall Motor (601633.SS/02333.HK), pengeluar SUV dan pikap yang terkenal di dunia, menerajui dunia melalui kecerdasan, pembuat kereta ini menampilkan buat julung kalinya jenama-jenama Haval serta Great Wall EV di acara tersebut, memaparkan barisan produk yang mantap dan teknologi-teknologi utama daripada syarikat berkenaan kepada pengguna India. Kehadiran Great Wall di ekspo ini menandakan penembusan rasmi pembuat auto berkenaan ke dalam pasaran India.

Great Wall Motor tampil julung kali di Auto Expo India, majukan strategi globalisasinya
Great Wall Motor tampil julung kali di Auto Expo India, majukan strategi globalisasinya

Haval, peneraju global yang berpangkalan di China dalam segmen SUV, bukan sahaja mempersembahkan kemunculan pertama dunia Concept H dan pengenalan sulung India bagi Wawasan 2025, namun turut mempamerkan empat SUV pintar lagi mewah iaitu F7, F7x, F5 dan H9, kesemuanya telah meraih reputasi yang mantap dalam pasaran-pasaran dunia. Great Wall EV, yang beroperasi sebagai jenama kenderaan elektrik bebas di bawah Great Wall Motor, menonjolkan dua produk unggulannya iaitu EV R1 dan EV iQ.

Menurut strateginya untuk pasaran India, Great Wall Motor merancang untuk mengukuhkan kehadirannya yang meliputi bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D), pengeluaran, bekalan dan jualan di negara berkenaan.

Great Wall Motor merancang untuk menaik taraf pusat R&Dnya di Bangalore dengan tumpuan untuk mencipta kenderaan pintar dan selamat buat pengguna India di samping terus meningkatkan pelaburan dalam penyelidikan dan pembangunan tempatan. Dari segi pengeluaran, syarikat berkenaan akan mempercepatkan pemerolehan kilang Talegaon GM India, sebagai langkah untuk membina kilang kenderaan proses-penuh ke-10 di peringkat dunia dan menyetempatkan lagi pengeluaran. Selain itu, Great Wall Holdings Group akan melabur dalam pengeluaran bateri auto di India dengan membina sistem rantaian bekalan yang lengkap. Jenama Haval akan melancarkan rangkaian penuh SUV di negara berkenaan, manakala Great Wall EV akan memperkenalkan pelbagai model untuk mengembara dan kegunaan persendirian. Di samping menjual produk-produk di India, Great Wall Motor akan turut mengeksport kenderaan yang dibuat di kilang-kilang yang berpangkalan di India ke negara-negara lain.

Pengembangan keseluruhan dalam pasaran India bukan sahaja akan membantu Great Wall Motor untuk memajukan lagi strategi globalnya, malah turut meningkatkan daya saingnya dalam industri automobil global pada masa depan.

Source: Great Wall Motor
Related Stocks:
HongKong:2333 OTC:GWLLY Shanghai:601633
Keywords: Auto Transportation Corporate Expansion Trade show news