omniture

ZTE Bakal Pamer Peranti 5G Baharu di MWC2020

ZTE Corporation
2020-02-07 04:56 312

SHENZHEN, China, 7 Februari 2020 /PRNewswire/ -- ZTE Corporation (0763.HK / 000063.SZ), penyedia antarabangsa yang utama bagi penyelesaian teknologi telekomunikasi, perusahaan dan pengguna untuk Internet mudah alih, hari ini secara rasminya mengumumkan bahawa siri peranti terminal 5G baharu termasuk Telefon Pintar 5G generasi baharu ZTE Axon, produk MBB 5G yang pelbagai seperti 5G CPE, 5G Module akan didemonstrasikan di Kongres Dunia Mudah Alih 2020. Di samping itu, ZTE akan turut memperkenalkan produk ZTE Blade terkini, selain teknologi-teknologi utama dalam industri yang lain, yang akan memberi pengguna dengan pandangan hidup yang lebih pintar dan terhubung dalam era 5G.

ZTE melancarkan telefon pintar unggulan 5G pertamanya ZTE Axon 10 Pro di MWC2019 dan menyempurnakan penggunaan komersial dan penghantaran kumpulan bagi telefon pintar unggulan 5G pertamanya di lebih 10 buah negara di serata dunia pada tahun 2019, yang turut diiktiraf sebagai telefon pintar 5G pertama yang disediakan di Eropah Utara, Timur Tengah dan China. Selain itu, ZTE bekerjasama dengan lebih daripada 20 pengendali di seluruh dunia menerusi kerjasama peranti terminal 5G.

Pada tahun 2020, ZTE akan memperkenalkan hampir 10 telefon bimbit 5G di seluruh dunia dan melancarkan sejumlah 15 atau lebih peranti terminal 5G. Di China, ZTE akan memberi tumpuan pada produk-produk 5G, menerusi berbilang produk merangkumi RMB 1,000 hingga RMB 3,000 akan disediakan pada tahun 2020.

Dengan tema "Ke Arah Kejayaan Perniagaan 5G", ZTE akan komited untuk menunjukkan pencapaian luar biasanya dalam inovasi 5G dan penyelesaian 5G hujung-ke-hujung dari dua dimensi iaitu "Amalan Perangkaian 5G" dan "Penerokaan Perniagaan 5G". Mulai 24 Februari hingga 27 Februari, sila sertai ZTE di Kongres Dunia Mudah Alih 2020 di 3F30, Dewan 3, FIRA GRAN VIA.

Setakat ini, ZTE telah memperoleh 35 kontrak 5G komersial dalam pasaran-pasaran utama, seperti Eropah, Asia Pasifik, Timur Tengah dan Afrika (MEA). ZTE memperuntukkan 10 peratus pendapatan tahunannya kepada penyelidikan dan pembangunan dan mengambil peranan kepimpinan dalam organisasi-organisasi penetap standard antarabangsa.

Untuk pertanyaan media:

Margrete Ma
+86-755-26775189 / 13641437743
Emel: ma.gaili@zte.com.cn

Source: ZTE Corporation
Related Stocks:
HongKong:0763 OTC:ZTCOY Shenzhen:000063
Related Links:
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment New products/services Trade show news