omniture

Presiden Senegal Macky Sall dan Presiden Kehormat Antarabangsa bagi Agama-agama untuk Keamanan Biskop Munib A. Younan dipilih sebagai Penerima Sunhak Peace Prize 2020

The Sunhak Peace Prize Committee
2020-02-08 06:25 381

SEOUL, Korea Selatan, 8 Februari 2020  /PRNewswire/ -- Jawatankuasa Sunhak Peace Prize mengadakan Upacara Penyampaian Anugerah Sunhak Peace Prize 2020 bagi memperingati ulang tahun keseratus pengasasnya pada 5 Februari, 10 pagi, di KINTEX, Ilsan, Republik Korea.

Sunhak Peace Prize 2020 dianugerahkan kepada Presiden Macky Sall dari Republik Senegal dan Biskop Munib A. Younan, Presiden Kehormat Antarabangsa bagi Agama-agama untuk Keamanan. Sempena ulang tahun keseratus pengasas Rev. Sun Myung Moon, Centenary Award Founders khas disampaikan kepada bekas Setiausaha Agung PBB Ban Ki-moon.  

Presiden Sall diiktiraf kerana berjaya memendekkan tempoh perkhidmatan presiden daripada tujuh tahun menjadi lima tahun dan memulihkan semula ekonomi melalui dasar-dasar yang telus, seraya menyebarkan demokrasi yang matang ke negara-negara jiran di benua Afrika yang mana pemerintahan diktator jangka panjang dan kemiskinan masih berleluasa.

Pengerusi Hong menganugerahkan tanda peringatan kepada Presiden Kehormat Antarabangsa bagi Agama-agama untuk Keamanan Biskop Younan.
Pengerusi Hong menganugerahkan tanda peringatan kepada Presiden Kehormat Antarabangsa bagi Agama-agama untuk Keamanan Biskop Younan.

Biskop Younan mendapat pengiktirafan atas usaha beliau selama 40 tahun untuk menggalakkan keharmonian antara agama Judaisme, Kristian, dan Islam di Timur Tengah dan khususnya untuk menyelesaikan konflik Israel-Palestin.

Pengasas Dr. Hak Ja Han Moon menganugerahkan Centenary Award Founder kepada bekas Setiausaha Agung PBB Ban Ki-moon. Centenary Award diberikan buat julung kalinya bagi memperingati ulang tahun keseratus Dr. Sun Myung Moon.
Pengasas Dr. Hak Ja Han Moon menganugerahkan Centenary Award Founder kepada bekas Setiausaha Agung PBB Ban Ki-moon. Centenary Award diberikan buat julung kalinya bagi memperingati ulang tahun keseratus Dr. Sun Myung Moon.

Bekas Setiausaha Agung PBB Ban memimpin PBB ke arah mencapai dunia yang lestari dengan dedikasi yang tidak goyah dalam menghadapi cabaran serta krisis global yang belum pernah terjadi sebelum ini, termasuk krisis ekonomi global, perubahan iklim, isu keganasan dan pelarian.

Dalam ucapan penerimaan beliau, Presiden Sall menekankan bahawa keamanan memerlukan komponen-komponen sosial daripada pertumbuhan ekonomi inklusif yang menyumbang kepada pembasmian kemiskinan dan pengurangan ketaksamaan. Beliau menegaskan keazaman beliau untuk memimpin bagi menamatkan konflik di benua Afrika dan mencapai pembangunan sosial serta ekonomi.

Biskop Younan menyeru pemimpin-pemimpin agama untuk "melaungkan suara mereka demi mencapai keamanan berasaskan keadilan dan untuk bersuara dengan berani terhadap gelombang kebencian dan penindasan" dan berkata, "saya akan terus berusaha untuk mencapai keamanan berasaskan keadilan sehingga ke akhir hayat saya."

Bekas Setiausaha Agung PBB Ban mengatakan bahawa "masih terdapat lebih 700 juta orang tidur dalam keadaan lapar" dan penerimaan hadiah ini memberikan beliau "komitmen tambahan yang lebih banyak, motivasi yang meningkat bahawa saya perlu melakukan banyak lagi kerana masih terdapat ramai orang yang merindui keamanan, kemakmuran dan agar hak-hak asasi mereka dihormati dan dilindungi."

Upacara ini dihadiri oleh lebih 5,000 orang termasuk bekas ketua negara dan ketua negara semasa serta wakil daripada pelbagai pertubuhan kerajaan, akademik, perindustrian, media dan keagamaan di seluruh dunia.

Sunhak Peace Prize dianugerahkan kepada individu-individu dan organisasi-organisasi yang banyak menyumbang kepada keamanan generasi-generasi akan datang dan pembangunan insan.

HUBUNGI: Gayeon Roh, +82-2-3278-5158, sunhakprize@naver.com

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200207/2714281-1-a?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200207/2714281-1-b?lang=0

Source: The Sunhak Peace Prize Committee
Keywords: Publishing/Information Service Awards Not for profit Public Interest