omniture

Dron MMC digunakan dalam perjuangan menentang wabak coronavirus baharu

MicroMultiCopter Aero Technology Co., Ltd.
2020-02-11 08:12 572

BEIJING, 11 Februari 2020  /PRNewswire/ -- Permulaan tahun 2020 adalah sesuatu yang istimewa buat kebanyakan warga Cina - ekoran wabak mengejut coronavirus yang mula berlaku di Wuhan, China, semua bandar berganding bahu untuk berjuang dengan berusaha sehabis daya. Shenzhen MicroMultiCopter (MMC) dengan pantas melancarkan penyelesaian pencegahan UAV dan melaburkan sebuah pasukan perkhidmatan melibatkan lebih 200 orang yang bergegas ke barisan hadapan menerusi lebih 100 dron yang digunakan dalam banyak bandar seperti Shanghai, Guangzhou, Zhaoqing dan kawasan-kawasan lain untuk turut serta dalam perjuangan tersebut, yang mana risiko penularan dalam kalangan kakitangan barisan hadapan telah banyak berkurangan.

I. Penyiaran udara
Daripada meronda secara buatan, dron berupaya melakukan rondaan 360° bagi memantau keadaan darat melalui kamera zum 40x. Orang ramai dan mereka yang tidak memakai topeng muka di tempat awam ditemui dan dipecahkan oleh komander melalui megafon dalam dron. Penyiaran harian oleh dron dilaksanakan dalam komuniti-komuniti berbeza.

Dron MMC dengan megafon melakukan penyiaran udara
Dron MMC dengan megafon melakukan penyiaran udara

II. Penyemburan penyahjangkit
Bermula dengan stesen, pasar raya kepada pekarangan kecil yang memerlukan perkhidmatan, dron MMC digunakan untuk menyembur penyahjangkit di tempat awam. Dibandingkan dengan cara biasa, penggunaan dron dapat mengelakkan sentuhan langsung terutamanya di tempat-tempat yang memerlukan penyahjangkitan tetap.

III. Penderiaan haba udara
Dron dengan kamera haba akan mengesan setiap orang secara automatik melalui inframerah berketepatan tinggi yang digunakan secara meluas di kawasan yang sesak bagi membantu pengurusan dan pemindahan di lapangan.

Dron MMC tunggu sedia untuk melaksanakan misi
Dron MMC tunggu sedia untuk melaksanakan misi

IV. Kawalan lalu lintas
Sejak 1 Februari, pasukan MMC telah bekerjasama dengan polis trafik bagi memantau aliran lalu lintas. Dengan liputan yang lebih besar daripada kamera tetap, dron MMC banyak membantu komander mencari penyelesaian dengan pantas.

Dron MMC dalam pemantauan trafik
Dron MMC dalam pemantauan trafik

"Berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya yang mana kami perlu memandu untuk membuat rondaan dan mengumpul maklumat, kini kami dapat memperoleh kesemuanya menggunakan dron," seorang polis trafik tempatan memberi pujian dengan ibu jarinya di halakan ke atas.

"Pada mulanya, dron kami digunakan hanya dalam penyiaran udara dan ia digunakan dengan lebih mendalam menerusi penggunaan di barisan hadapan memandangkan situasi menjadi lebih serius, fungsi-fungsi selanjutnya diperlukan agar kami dapat membentuk pasukan penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam talian dan melaksanakan penyelesaian berkenaan dengan segera," kata Lu Zhihui, pengerusi MMC.

Sebagai sebuah syarikat dengan rantaian bekalan lengkap UAV perindustrian, MMC bukan sahaja menyediakan penyelesaian yang lengkap, tetapi juga bahagian penting UAV dan kerjasama OEM/ODM. MMC komited untuk meningkatkan tahap pengautomatan agar orang ramai dapat bertugas dengan lebih selamat, dengan kos lebih rendah dan kecekapan lebih tinggi.

Rantaian bekalan perindustrian MMC
Rantaian bekalan perindustrian MMC

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200209/2715232-1-a?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200209/2715232-1-b?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200209/2715232-1-c?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200209/2715232-1-d?lang=0

Source: MicroMultiCopter Aero Technology Co., Ltd.
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Electronic Components Health Care/Hospital Corporate Social Responsibility