omniture

Selepas kunjungan bersejarah ke Auschwitz, Liga Dunia Islam beri penghormatan kepada mangsa-mangsa Srebrenica

Muslim World League
2020-02-11 20:01 92

POTOČARI, Bosnia-Herzegovina, 11 Februari 2020 /PRNewswire/ -- Setiausaha Agung Liga Dunia Islam memberi penghormatan kepada mangsa-mangsa penghapusan etnik di Srebrenica pada hari Ahad lalu, memanfaatkan kunjungi beliau baru-baru ini ke Auschwitz untuk meningkatkan kesedaran tentang ancaman kepada golongan minoriti di seluruh dunia.


Menerusi lawatan ke Bosnia-Herzegovina, Dr. Mohammed Al-Issa berkunjung ke Pusat Memorial di Potočari. Kunjungan ke pusat memorial tersebut dibuat hanya dua minggu selepas penyertaan beliau dalam upacara peringatan ulang tahun ke-75 pembebasan Auschwitz, yang menjadikan beliau sebagai pemimpin Islam paling kanan seumpamanya yang mengunjungi kem berkenaan.

"Kunjungan hari ini oleh Liga Dunia Islam menyampaikan satu pesanan penting: Kami tidak akan membenarkan berulangnya kejadian yang berlaku di Srebrenica kepada sesiapa sahaja, di mana-mana jua di dunia ini," kata Dr. Al-Issa, yang dikenali secara meluas sebagai pemimpin global yang menggalakkan Islam sederhana dan perkongsian antara agama.

"Tempat ini merupakan tapak kesedihan, tetapi juga merupakan penyelesaian buat dunia Islam. Ia mengingatkan kita apa yang boleh terjadi akibat kuasa kebencian sekiranya orang yang baik dan mereka yang berkuasa tidak berbuat apa-apa untuk menghentikan perbuatan mereka," kata Dr. Al-Issa. "Kita bertanggungjawab untuk melindungi memori dan kebenaran tentang penghapusan etnik di Srebrenica dan kekejaman besar-besaran terhadap penduduk Bosnia pada tahun 1990-an, bukan sahaja dalam kalangan umat Islam di seluruh dunia, tetapi juga ke atas semua umat manusia."

Al-Issa disambut di Pusat Memorial oleh Presiden Lembaga Pemandu Šefket Hafizović, Pengarah Emir Suljagić dan wakil-wakil mangsa, saksi dan ahli keluarga mereka yang terkorban dalam jenayah penghapusan etnik tersebut.

"Pusat Memorial Srebrenica ialah sebuah institusi yang membuka pintu kepada semua orang yang mengakui jenayah penghapusan etnik, ingin menyokong secara proaktif program-program pendidikan kami dan penyebaran kebenaran tentang penghapusan etnik dan bersedia untuk bekerjasama dengan kami bagi mencegah jenayah penghapusan etnik daripada berlaku lagi," kata Hafizović.

"Dr. Al-Issa dan Liga Dunia Islam telah menjadi pemimpin-pemimpin untuk bersuara bagi pihak mangsa-mangsa penghapusan etnik. Beliau telah mengangkat usaha penting ini agar ia menjadi tumpuan utama dalam dialog antara agama, di rantau ini, mahupun di mana-mana sahaja dunia."

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/1088292/Muslim_World_League_pays_tribute.jpg 
Logo - https://mma.prnewswire.com/media/837598/Muslim_World_League__Logo.jpg

Source: Muslim World League
Keywords: Religion Public Interest