omniture

Global Partnership Against Novel Coronavirus Pneumonia (NCP) Alliance Umum Pembentukan dengan Pengesahan Diraja

Sun Seven Stars
2020-02-11 20:05 138

Pertubuhan Kemanusiaan Ditubuhkan oleh Para Dermawan Antarabangsa yang Terkenal dan Golongan Profesional Perubatan Berikan Bantuan dan Penyelesaian Pantas kepada Wabak Seluruh Dunia  

NEW YORK dan BEIJING, 11 Februari 2020 /PRNewswire/ -- Sun Seven Stars -- Global Partnership Against Coronavirus Alliance (GPACA), sebuah pertubuhan kemanusiaan yang baru ditubuhkan, berusaha untuk membawakan penyelesaian perubatan yang pantas, penjagaan pencegahan, cadangan dasar dan kesedaran awam bagi menangani wabak Novel Coronavirus Pneumonia (NCP) 2019.

Ahli-ahli lembaga pengasas GPACA melibatkan Dr. Bruno Wu, Pengerusi Sun Seven Stars Investment Group dan Ideanomics, Jay Park, Presiden Suponic Group, Tuan Yang Terutama Al Gurhair, Pengerusi Essa Al Ghurair dan Dr. Vincenzo Costigliola, Pengasas serta Presiden Persatuan Perubatan Eropah. Peluasan lembaga yang selanjutnya dijangkakan tidak lama lagi.

Objektif utama GPACA adalah untuk meringankan penderitaan seluruh dunia yang dibawa oleh wabak NCP. Tiga objektif utama GPACA adalah seperti yang berikut: (1) Mencari dan mengkaji penawar dan penyelesaian untuk melindungi daripada mutasi selanjutnya dan penularan virus; (2) Melancarkan kempen pendidikan global, menggunakan media konvensional dan media sosial, bagi menggalakkan fakta dan maklumat yang disahkan bagi mengurangkan panik sosial serta histeria; dan (3) Mencegah penularan wabak yang berterusan dan membantu penyelarasan dan penubuhan dasar-dasar pencegahan awam untuk negara-negara berisiko dengan tumpuan segera diberikan kepada Afrika, China, India dan Asia Tenggara.

GPACA akan turut berusaha untuk memberi kemudahan dengan membantu pembentukan tadbir urus antarabangsa dan protokol NCP. GPACA akan membantu rakan-rakan kongsi persendirian dan awam untuk mengurangkan dan mempercepatkan protokol-protokol birokrasi kerajaan dan hospital bagi memastikan penyampaian rawatan yang cepat, termasuk vaksin.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Sultan Abdullah, Yang di-Pertuan Agong Malaysia, telah memperkenankan GPACA dengan kenyataan berikut: "Dr. Bruno Wu dan pasukan GPACA telah menunjukkan kepimpinan luar biasa mereka untuk usaha kedermawanan yang paling penting, melangkah ke hadapan bagi menghadapi secara langsung novel coronavirus pneumonia dengan membawa bersama-sama pakatan multinasional yang mampu untuk menangani masalah yang dihadapi oleh kita pada hari ini melangkaui perjuangan hebat yang sedang berlaku di China. Usaha ini akan membantu membina kesediaan kami untuk menghadapi cabaran kesihatan virus pada masa akan datang."

GPACA bakal membuat pengumuman baharu yang penting dalam masa terdekat.

Latar Belakang GPACA
Global Partnership Against Coronavirus Alliance (GPACA), sebuah pertubuhan kemanusiaan yang baru ditubuhkan, berusaha untuk membawakan penyelesaian perubatan yang pantas, penjagaan pencegahan, cadangan dasar dan kesedaran awam bagi menangani wabak Novel Coronavirus Pneumonia (NCP) 2019. Ahli-ahli lembaga pengasas GPACA melibatkan Dr. Bruno Wu, Pengerusi Sun Seven Stars Investment Group, Jay Park, Presiden Suponic Group, Tuan Yang Terutama Al Gurhair, Pengerusi Essa Al Ghurair dan Dr. Vincenzo Costigliola, Pengasas serta Presiden Persatuan Perubatan Eropah.

Maklumat Perhubungan
GPACA
d/a 55 Broadway, Aras 19
New York, NY 10006
Hubungan Media: Tony Sklar
Tel: +1 (917) 664-6307
contact@gpaca.com

 

Source: Sun Seven Stars
Keywords: Health Care/Hospital Infectious Disease Control Medical/Pharmaceuticals Publishing/Information Service Public Safety