omniture

Shanghai Electric bakal Pamer Inovasi Tenaga Baharu di Expo 2020 Dubai

Shanghai Electric
2020-02-11 21:37 348

SHANGHAI, 11 Februari 2020 /PRNewswire/ -- Shanghai Electric Group ("Shanghai Electric" atau "Syarikat") mengumumkan bahawa ia bakal menyertai Expo 2020 Dubai sebagai rakan kongsi rasmi China Pavilion, yang dijadualkan bermula pada 20 Oktober.

Shanghai Electric is to join the Expo 2020 Dubai as the official partner of the China Pavilion
Shanghai Electric is to join the Expo 2020 Dubai as the official partner of the China Pavilion

 

"Kami berbangga kerana dapat menjadi sebahagian daripada Expo 2020 Dubai. Ini merupakan kali keempat buat Shanghai Electric untuk menyertai Ekspo Dunia ini. Sesuai benar dinamakan sebagai 'The Light of China', China Pavilion dan Shanghai Electric akan berganding bahu untuk menunjukkan teknologi dan penyelesaian kuasa yang terkini di dunia yang bersedia untuk menerangi masa depan penjanaan dan penggunaan tenaga. Ia juga merupakan satu langkah penting buat Syarikat tatkala kami terus mengukuhkan imej jenama global kami," kata Cik Sun, Timbalan Pengarah Jabatan Budaya Korporat Shanghai Electric. 

Pada masa kini, Shanghai Electric memiliki pelbagai projek mega di kawasan Jalur dan Jalan termasuk projek Kuasa Solar Tertumpu (CSP) 950MW dan kuasa solar PV di Dubai. Sebaik sahaja siap, projek ini dijangka menyediakan tenaga bersih kepada lebih 270,000 buah keluarga di bandar tersebut, lalu mengurangkan emisi gas karbon dioksida bandar berkenaan sebanyak 1.6 juta tan setiap tahun.

Zhang Shenfeng, Timbalan Pengarah, Majlis China untuk Promosi Perdagangan Antarabangsa, berkata bahawa projek 950MW merupakan suatu usaha penting dalam Inisiatif Jalur dan Jalan dan beliau gembira dapat melihat Shanghai Electric menyertai Ekspo berkenaan sebagai wakil syarikat-syarikat milik Negara China.

China Pavilion di Expo 2020 Dubai akan menempati kawasan seluas 4,636 meter persegi dan akan diwujudkan bagi melambangkan harapan serta masa depan yang cerah. Para pengunjung akan berpeluang untuk melihat sepintas lalu inovasi yang termaju dalam IT, pengangkutan, 5G dan Kecerdasan Buatan yang kini dibangunkan di China.

Latar Belakang Shanghai Electric 

Shanghai Electric Group Company Limited (SEHK: 2727, SSE: 601727) terlibat terutamanya dalam reka bentuk, pembuatan dan penjualan peralatan kuasa dan peralatan perindustrian. Ia memberi tumpuan pada perniagaan tenaga baharu termasuk pembuatan dan penjualan turbin angin serta komponen selain peralatan kuasa nuklear; perniagaan tenaga bersih, termasuk pembuatan dan penjualan peralatan kuasa haba, penghantaran kuasa dan peralatan pengagihan; peralatan perindustrian, termasuk pengeluaran dan penjualan lif serta motor; dan industri perkhidmatan moden, termasuk perjanjian kontrak bagi projek-projek pembinaan kuasa haba dan projek-projek penghantaran dan pengagihan kuasa, selain perniagaan-perniagaan lain.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200210/2715465-1-a?lang=0
Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20200210/2715465-1-LOGO?lang=0

Source: Shanghai Electric
Keywords: Oil/Energy Utilities Trade show news Future Events