omniture

MGID Jadikan Hanya Pengiklanan Natif Boleh Dilihat 100% Dikenakan Bayaran

MGID
2020-02-12 21:47 84

NEW DELHI, 12 Februari 2020 /PRNewswire/ -- MGID, perintis bertaraf global bagi pengiklanan natif, mengumumkan bahawa ia hanya akan mengenakan bayaran kepada pembeli untuk peletakan pengiklanan natif boleh dilihat 100%, selain widget cadangan kandungan, menggunakan Garis Panduan Pengukuran Impresi Iklan Boleh Dilihat Media Ratings Council (MRC) sebagai kriteria kebolehlihatannya.

Garis panduan kebolehlihatan "bertujuan untuk memberi panduan bagi pengukuran impresi boleh dilihat yang memberi tambahan kepada Garis Panduan Pengukuran IAB sedia ada untuk pengiklanan paparan dan pengiklanan video digital." Dengan bantuan piawaian industri ini, MGID dapat menawarkan pelanggannya dengan harga kebolehlihatan mengikut format iklan natif, termasuk cadangan kandungan.

Menurut MRC, impresi iklan boleh dikelaskan sebagai boleh dilihat apabila 50% daripada piksel iklan kekal dalam ruang yang boleh dilihat pada tetingkap pelayar atau pada tab pelayar dalam-fokus. Tempoh masa iklan dalam ruang boleh dilihat pada pelayar juga digunakan untuk menetapkan kebolehlihatan suatu impresi. MGID telahpun mematuhi sepenuhnya piawaian MRC, maka ia akan mengambil langkah tambahan bagi menawarkan pelanggannya dengan jaminan kebolehlihatan iklan natif 100% menurut piawaian MRC.

Sergii Denysenko, Ketua Pegawai Eksekutif di MGID Global, mengulas: "Kami berusaha untuk menawarkan cadangan dan pengiklanan kandungan natif yang berkualiti tinggi dan hal ini disokong oleh model pengebilan kebolehlihatan 100% kami. Bagi pembeli media, kami memastikan bahawa mereka hanya membayar untuk iklan yang telah dilihat, dan bukannya impresi atau klik yang tidak disengajakan. Selain itu, impresi lebih sedikit yang dihitung akan menghasilkan tawaran yang lebih tinggi untuk penerbit, lalu menjadikan CPM yang lebih tinggi; seraya ia menjadi situasi yang saling menguntungkan buat ekosistem natif."

Latar Belakang MGID:  

MGID ialah perintis bagi penyelesaian pengiklanan dan pemasaran natif, menawarkan jenama, agensi dan penerbit dengan rangkaian dipacu prestasi untuk pembelian, penjualan dan pengurusan pengiklanan natif pada waktu sebenar. Telah melancarkan teknologi widget pintarnya untuk halaman mudah alih dipercepatkan, rangkaian global memenangi anugerah MGID menawarkan perkhidmatan kepada beribu-ribu penerbit dengan berbilion-bilion cadangan kandungan setiap hari. Teknologi inovatif syarikat, pasukan bertumpu khidmat pelanggan dan falsafah dipacu prestasi menyumbang kepada penyampaian tekal pengalaman pengguna akhir yang berkualiti dan amat relevan. Ini menghasilkan trafik, penglibatan dan pendapatan yang dipertingkat untuk pengiklan dan rakan kongsi penerbitannya. Ditubuhkan pada tahun 2007, ibu pejabat MGID terletak di Los Angeles, dengan pejabat-pejabat tambahan terletak di Eropah dan APAC.

Untuk maklumat lanjut kunjungi www.MGID.com.

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/772886/MGID_Logo.jpg

 

Source: MGID
Related Links:
Keywords: Advertising Computer/Electronics Entertainment Mobile Entertainment Multimedia/Online/Internet Retail Social Media New products/services