omniture

Pengasas Bersama & Ketua Pegawai Eksekutif Braze, Bill Magnuson sertai Lembaga Pengarah Rokt

Rokt
2020-02-14 10:04 133

Magnuson membawa pengalaman teknikal mendalam kepada perniagaan e-dagang yang berkembang pesat ini

NEW YORK, 14 Februari 2020 /PRNewswire/ -- Rokt, peneraju bertaraf global dalam teknologi pemasaran e-dagang, hari ini mengumumkan bahawa Bill Magnuson, Pengasas, Ketua Pegawai Eksekutif dan bekas Ketua Pegawai Teknologi Braze telah menyertai Lembaga Pengarah. Magnuson membawa pengalaman teknikal yang mendalam kepada perniagaan e-dagang yang berkembang pesat ini, disertai oleh Steve Krenzer (daripada Groupon) yang dilantik baru-baru ini, bersama-sama Bruce Buchanan (Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengerusi), Tom Cowan (daripada TDM Growth Partners), John Ho (daripada Janchor Partners), Tushar Roy (daripada Square Peg Capital) dan Tek Heng (Setiausaha Syarikat) dalam lembaga ini. 

Magnuson, yang bersama-sama menubuhkan Braze (dahulunya Appboy) pada tahun 2011, telah meluangkan masa sejak lapan tahun yang lalu membina Braze menjadi platform penglibatan pelanggan komprehensif yang memperkasa pengalaman antara pengguna dan jenama dengan menyampaikan berbilion-bilion pesanan setiap hari. Dengan pelanggan-pelanggan termasuk Canva, Disney, HBO dan Overstock, Braze telah mengumpul pendanaan sebanyak lebih $175 juta dan mengembangkan perniagaannya menjadi 500 kakitangan di seluruh dunia. Memandangkan Rokt berada pada trajektori pertumbuhan yang serupa, pengalaman Magnuson akan memberi panduan hebat kepada Lembaga Rokt selain pasukan penyelidikan & pembangunan, produk dan teknikal.

"Pada masa kini, Rokt berada pada peringkat pertumbuhan yang mana pengalaman saya bersama Braze akan memberi maklumat yang banyak dan saya berharap agar dapat memberi sokongan tatkala mereka berkembang maju secara global, menjadikan e-dagang sepintar mungkin untuk semua jenama mahupun pengguna," kata Magnuson. "Saya tidak sabar-sabar untuk bekerjasama dengan Lembaga Pengarah Rokt yang mengagumkan untuk membina masa depan secerah yang mungkin."

Rokt, yang baru- baru ini menutup US$48 juta dalam pusingan pelaburan Siri C mereka, telah mengubah e-dagang dalam lebih 11 buah negara dengan mengenal pasti bahawa apabila pelanggan membeli secara dalam talian sebagai pengguna atau bagi pihak sesebuah perniagaan, mereka semakin mengharapkan pengalaman yang lebih diperibadikan dan relevan. Teknologi proprietari Rokt, pembelajaran mesin dan AI menjadikan e-dagang lebih pintar, lebih pantas dan lebih baik. Dengan menyerlahkan potensi tersembunyi dalam setiap Transaction Moment™, Rokt membolehkan pelanggan untuk kekal mendahului dalam persaingan mereka dan membawa pengalaman pelanggan yang lebih relevan. Kini, Rokt menyelesaikan cabaran e-dagang yang rumit untuk pelanggan-pelanggan global termasuk Live Nation, Staples, Groupon, GoDaddy, Expedia dan Wells Fargo. 

"Saya berbesar hati mengalu-alukan Bill Magnuson ke dalam Lembaga Pengarah Rokt," kata Ketua Pegawai Eksekutif Rokt, Bruce Buchanan. "Bill membawa pengetahuan yang luas dalam teknologi bertumpu pelanggan dan akan menjadi aset yang tidak ternilai tatkala kami terus berkembang dan memperdalamkan kepakaran teknikal kami dalam e-dagang. Bill menyertai kami semasa tempoh pertumbuhan yang amat mengujakan buat perniagaan ini. Ketika kami menutup suku tahun terbesar kami yang mencatat rekod dengan pendapatan sebanyak $38J dan mengharapkan tahun 2020 yang memberi impak, kami berasa gembira dengan adanya panduan strategik Bill dalam seluruh teknologi kami dan rancangan pengembangan perniagaan kami, ketika kami berkembang maju ke hadapan."

Untuk maklumat lanjut mengenai Rokt, sila kunjungi rokt.com.

LATAR BELAKANG ROKT

Rokt menjadikan e-dagang lebih pintar, lebih pantas dan lebih baik. Apabila pelanggan membeli secara dalam talian, mereka semakin mengharapkan pengalaman yang lebih diperibadikan dan relevan. Rokt menggunakan data dan proses membuat keputusan waktu sebenar bagi membawakan tindakan terbaik yang seterusnya buat setiap individu dalam setiap Transaction Moment™.

Ditubuhkan di Sydney, Rokt kini beroperasi di AS, Kanada, UK, Perancis, Jerman, Australia, New Zealand, Singapura, Belanda, Sepanyol dan Jepun. 

Pelanggan-pelanggan kami termasuk Live Nation, Staples, Groupon, GoDaddy, Expedia, Wells Fargo, Vistaprint dan HelloFresh. 

Rokt menyerlahkan potensi tersembunyi dalam setiap Transaction Moment™. 

Ketahui lebih lanjut di rokt.com

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/570354/Rokt_Logo.jpg

 

Source: Rokt
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Electronic Commerce Personnel announcements