omniture

FC Barcelona & Chiliz Ganding Bahu dalam Perikatan Rantaian Blok Global Baharu

Chiliz
2020-02-15 01:28 326

Perkongsian Akan Tingkatkan Penglibatan Antara Kelab & Kumpulan Peminat Globalnya Melalui Token Peminat Barça ($BAR) di Aplikasi Mudah Alih Undian Peminat & Ganjaran Chiliz Socios.com

BARCELONA, Sepanyol, 14 Februari 2020 /PRNewswire/ -- FC Barcelona telah menandatangani satu perjanjian perkongsian global yang baharu bersama platform penglibatan peminat berasaskan rantaian blok yang terkemuka di dunia untuk sukan & hiburan Chiliz. Perjanjian tersebut, yang merupakan sebahagian daripada strategi digital dan komersial baharu Barça, akan membantu Kelab tersebut berada lebih hampir dengan kumpulan peminat globalnya melalui Token Peminat Barça ($BAR), aset digital yang membolehkan penyokong mengambil bahagian dalam tinjauan dan kaji selidik pada aplikasi mudah alih undian peminat & ganjaran Chiliz Socios.com.

 

Josep Pont (kiri), Ahli Lembaga Pengarah & Ketua Kawasan Komersial FC Barcelona, bersama Alexandre Dreyfus (kanan), Ketua Pegawai Eksekutif Chiliz & Socios.com di majlis penandatanganan perjanjian rasmi di Camp Nou, Barcelona.
Josep Pont (kiri), Ahli Lembaga Pengarah & Ketua Kawasan Komersial FC Barcelona, bersama Alexandre Dreyfus (kanan), Ketua Pegawai Eksekutif Chiliz & Socios.com di majlis penandatanganan perjanjian rasmi di Camp Nou, Barcelona.

 

Peminat-peminat Barça di seluruh dunia akan diberi ganjaran untuk setiap tindakan yang diambil di Socios.com, mendaki kedudukan pada papan mata dan menerima mata ganjaran yang boleh ditukar dengan barangan eksklusif dan pengalaman sekali seumur hidup yang unik. Pemegang-pemegang Token Peminat $BAR juga boleh menantikan ciri-ciri lain di Socios.com, termasuk Sembang, dagangan Token Peminat, permainan dan cabaran komuniti.

Perjanjian ini merupakan perkongsian rantaian blok pertama yang ditandatangani oleh kelab ini dan merupakan sebahagian daripada strategi pengembangan global FC Barcelona. Perkongsian baharu ini meningkatkan komitmen Kelab untuk mencari saluran dan format digital baharu untuk menghubungkan dan mewujudkan penglibatan bersama audiens global mereka.

Kenyataan oleh Josep Pont, Ahli Lembaga FC Barcelona dan Ketua Kawasan Komersial

"Kami berbangga untuk mengalu-alukan Chiliz ke dalam keluarga Barça sebagai rakan kongsi global baharu. Perjanjian ini akan memberi kami peluang untuk mewujudkan pengaktifan pemasaran dan perkongsian yang inovatif dengan tumpuan jelas terhadap bidang digital untuk membawa Kelab ini lebih hampir dengan peminat kami di seluruh dunia. Perjanjian ini turut membentuk sebahagian daripada matlamat FC Barcelona untuk bergabung dengan jenama-jenama terkemuka yang dapat membantu kami mengukuhkan strategi komersial dan digital baharu kami, menerusi pembangunan aliran baharu bagi tujuan penjanaan sumber-sumber yang dapat membantu kami menjadi penanda aras di padang mahupun di luar padang."

Kenyataan oleh Alexandre Drefyus, Ketua Pegawai Eksekutif & Pengasas Socios.com & Chiliz

"Kami amat teruja untuk mengalu-alukan FC Barcelona ke Socios.com, malah lebih teruja untuk mula berhubung dengan kumpulan peminat besar mereka di seluruh dunia. Dengan lebih 300 juta peminat di seluruh dunia, peminat Barça mencakupi banyak negara dan budaya. Kelab ini pastinya merupakan kelab bola sepak yang paling terkenal dan paling disokong di dunia dan kami tidak sabar-sabar untuk melihat peminat mereka mula mempengaruhi keputusan Kelab. Menambah peminat FC Barcelona ke dalam komuniti global Socios.com membawa kami selangkah lebih hampir dengan matlamat penerimaan arus perdana rantaian blok kami. Setiap kali peminat memuat turun aplikasi, kami memperoleh pendidikan selanjutnya dan setiap kali peminat membeli Token Peminat, kami dapat mengukuhkan keadaan penggunaan teknologi yang inovatif ini."

Token Peminat Barça boleh didapati pada suku kedua tahun 2020. Sebanyak 40 juta token akan disediakan dengan setiap $BAR berharga €2 di tempat jualan awal.

Peminat akan berpeluang untuk membeli Token Peminat Barça apabila Fan Token Offering (FTO™) FC Barcelona dibuka. Agar dapat membeli Token Peminat Barça, peminat harus menggunakan Chiliz ($CHZ), mata wang digital Socios.com. Peminat boleh membeli $CHZ di aplikasi Socios.com, atau mereka boleh membuat pemindahan daripada dompet digital. Token Peminat juga boleh dibeli di Chiliz.net - bursa kripto pertama di dunia untuk sukan & hiburan. $CHZ disenaraikan dalam banyak bursa mata wang kripto yang terbesar di dunia.

Peminat-peminat juga berpeluang untuk mengumpul Token Peminat $CHZ dan $BAR percuma secara berkala melalui Token Hunt, ciri Realiti Imbuhan (AR) dalam-aplikasi Socios.com.

Catatan untuk editor:

Latar Belakang Chiliz 

Chiliz ($CHZ) ialah mata wang digital untuk platform sukan dan hiburan. Untuk maklumat lanjut sila lihat https://www.chiliz.com

Latar Belakang Socios.com 

Socios.com membantu kelab-kelab bola sepak mencapai transformasi digital melalui teknologi rantaian blok. Socios.com dikuasakan oleh token Chiliz ($CHZ). Untuk maklumat lanjut sila lihat https://www.socios.com

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/1089874/Chiliz_FC_Barcelona.jpg
Logo - https://mma.prnewswire.com/media/1089875/Chiliz_FC_Barcelona_Logo.jpg

 

 

Source: Chiliz
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Entertainment Mobile Entertainment Sports Sports Equipment & Accessories Telecommunications Joint ventures Blockchain Financial Technology