omniture

Absen Lancar Siri LED Venus di ISE 2020

Absen
2020-02-18 20:54 1829

SHENZHEN, China, 18 Februari 2020  /PRNewswire/ -- Pengeluar LED global yang terkemuka Absen mengumumkan pelancaran penyelesaian kembara super ringan baharu untuk penyusun pentas sewaan pada hari pembukaan ISE (11-14 Februari 2020).

Siri Venus (VN) ialah satu paparan LED inovatif yang direka khas untuk konsert dan festival lantaran kebolehannya untuk mencipta skrin bersaiz besar dengan pantas. Produk ini menampilkan reka bentuk 'modul-pada-kerangka' bersepadu yang amat unik. Dengan menyingkirkan sub-kerangka (kerangka kabinet), Venus adalah 27% lebih ringan berbanding penyelesaian pesaing. Bahkan, dengan berat 27.5 kg/meter persegi, ia merupakan penyelesaian paparan kembara bersepadu yang paling ringan dalam pasaran, yang membolehkan pasukan kreatif untuk mengurangkan berat, menjimatkan kos dan membina dinding LED yang malah lebih besar berbanding sebelum ini – sehingga 20 meter tinggi.

Siri VN juga direka untuk menjimatkan masa pekerja yang berharga. Dalam sebuah industri apabila terdapatnya peningkatan tekanan diberikan pada penyusun pentas sewaan dari segi masa pemasangan, Venus menjadikannya jauh lebih cepat untuk dipasang hasil daripada saiz kabinetnya yang besar (1500 x 1000) dan sistem pengunci yang pantas. Ia juga lebih mudah disenggara dan dinaik taraf memandangkan modul ini boleh ditukarkan dengan cepat tanpa perlu memisahkan struktur bingkai.

Siri VN akan disediakan menerusi dua saiz standard: 1,500mm (L) x 1,000mm (T) dan 500mm x 1,000mm, bagi memberikan pilihan tersuai sepenuhnya. Ia akan disediakan dalam versi pic piksel 3.9mm, 4.8mm dan 8.3mm, meningkatkan sehingga 5000 nit kecerahan. Siri VN juga membolehkan pilihan melengkung cekung dan cembung untuk reka bentuk dinding video yang amat kreatif; dengan variasi mendatar yang boleh dilaraskan dengan bebas antara -10 hingga +10 darjah, membolehkan penentududukan tetap pada -10°, -5°, 0°, +5° dan +10°.

Semua panel LED Venus dilengkapi dengan paip gentian karbon berserta salutan antigelinciran khas bagi menjamin keselamatan untuk pemanjat, dengan cangkuk keselamatan tambahan agar pemasang rig dapat menjamin keselamatan diri mereka pada setiap langkah dalam proses pembinaan tersebut. Sistem pengunci mudah daripada VN dengan pemegang bersaiz besar adalah mudah digunakan meskipun dengan memakai sarung tangan tebal, dengan penanda kunci/buka kunci berkod warna dan auto-kunci vertikal demi pengalaman pengguna yang lebih baik. Produk ini boleh digantung, disusun dan diangkut dengan mudah, hasil daripada sistem doli 5-dalam-satu. Perembat angin turut disediakan dan mampu menahan angin ribut sehingga tahap 8.

 

Source: Absen
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Electronic Components Entertainment Trade show news