omniture

Arab Saudi Hulur Bantuan buat China Perangi Coronavirus Baharu

King Salman Humanitarian Aid and Relief Centre
2020-02-19 00:00 1506

RIYADH, Arab Saudi, 19 Februari 2020 /PRNewswire/ -- Kerajaan Arab Saudi telah menyatakan sokongan penuhnya untuk memerangi Coronavirus (COVID-19) menerusi enam kontrak bersama bagi menyediakan bantuan perubatan di China. King Salman Humanitarian Aid and Relief Centre (KSrelief) telah ditugaskan untuk memberi bantuan ini dengan semangat kerjasama kemanusiaan bersama China.

Kontrak ini dimulakan oleh King Salman Humanitarian Aid and Relief Centre (KSrelief). Inisiatif ini telah diselaraskan dengan Kedutaan Republik Rakyat China di Kerajaan berkenaan.

Projek ini menjangkakan bahawa 1,159 peralatan perubatan akan disediakan termasuk mesin ultrabunyi, ventilator tak invasif, defibrilator, monitor pesakit, pam infusi, pam suntikan dan terapi penggantian buah pinggang yang berterusan. Topeng perlindungan perubatan dan sut pengasingan akan turut disediakan.

"Inisiatif ini mencerminkan hubungan bersejarah yang mendalam dan kukuh antara Arab Saudi serta China," kata Tuan Yang Terutama, Dr. Abdullah Al Rabeeah. "Kerajaan ini berusaha untuk memerangi krisis yang dihadapi oleh negara-negara dan komuniti-komuniti. Ia sentiasa menyasarkan untuk menyokong kestabilan dan pembangunan mampan di seluruh dunia."

Mengalu-alukan inisiatif ini, Duta Cina ke Kerajaan Arab Saudi, Tuan Yang Terutama Chen Weiqing berkata: "Penghantaran ini akan menjadi sokongan yang besar kepada para doktor dan penduduk bandar Wuhan serta kawasan-kawasan lain. Ia memperlihatkan sentimen baik penduduk dan kerajaan Arab Saudi terhadap China dan juga penduduknya."

Duta berkenaan terus mengatakan bahawa perpaduan ialah cara yang terbaik untuk menghadapi cabaran penyakit.

Pada 10 Februari 2020, Penjaga Dua Kota Suci, Yang Amat Mulia Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud mengarahkan KSrelief untuk melakukan apa sahaja bagi membantu pihak berkuasa Cina dan memberi sokongan segera. Inisiatif ini terus mendemonstrasikan komitmen Arab Saudi bagi menyediakan bantuan kemanusiaan dan perubatan yang segera di saat paling diperlukan.

Untuk pertanyaan media dan maklumat lanjut, sila hubungi
The International Communication and Media Centre
media@ksrelief.org; Tel/WhatsApp: +966 59 127 1130
https://ksrelief.org

Source: King Salman Humanitarian Aid and Relief Centre
Keywords: Health Care/Hospital Infectious Disease Control Contracts Public Interest