omniture

Dataiku Dinamakan Peneraju Dalam Magic Quadrant Untuk Platform Sains Data Dan Pembelajaran Mesin Gartner 2020

Dataiku Inc.
2020-02-19 00:39 1485

Penempatan menunjukkan tahun keempat berturut-turut pemasukan Dataiku dalam laporan dan tahun pertama dalam kuadran Peneraju

NEW YORK, 18 Februari 2020 /PRNewswire/ -- Hari ini Dataiku, salah satu platform AI Perusahaan yang paling canggih di dunia, dinamakan sebagai Peneraju dalam Magic Quadrant untuk Platform Sains Data dan Pembelajaran Mesin Gartner 2020 (Gartner 2020 Magic Quadrant for Data Science and Machine-Learning Platforms). Dataiku memuji penempatannya lantaran kesempurnaan visi dan kebolehan pelaksanaannya. Ini melambangkan tahun keempat berturut-turut pemasukan Dataiku dalam laporan ini dan tahun pertama dalam kuadran Peneraju.


Pendemokrasian data melalui kolaborasi merentas dan antara orang ramai yang mempunyai set kemahiran berbeza menjadi teras Dataiku sejak penubuhannya. Sepanjang tahun 2019, Dataiku membolehkan organisasi-organisasi membawakan lebih kebolehskalaan dan keanjalan kepada visi ini dengan ciri-ciri yang lebih mantap sekitar AI kotak putih dan pematuhan kawal selia.

"Di Dataiku, kami sering melihat apa yang akan terjadi seterusnya dan bagaimana kami dapat membantu organisasi-organisasi bukan hanya bermula dengan AI Perusahaan, tetapi membina strategi yang mampan, bertanggungjawab dan fleksibel yang akan berfungsi tahun ini dan lebih 10 tahun akan datang, tanpa mengira apa yang berlaku seterusnya dalam bidang AI. Kami percaya bahawa penamaan sebagai Peneraju oleh Gartner mengesahkan pendekatan ini," kata Florian Douetteau, Ketua Pegawai Eksekutif Dataiku. "Pada tahun 2020, kami berharap dapat membantu lebih banyak syarikat membina laluan mereka ke arah AI Perusahaan, mengubah data menjadi aset organisasi dengan penyelesaian kolaboratif hujung-ke-hujung yang benar-benar dan satu-satunya dalam pasaran."

Hari ini, lebih daripada 300 pelanggan daripada sektor jualan runcit, e-dagang, penjagaan kesihatan, kewangan, pengangkutan, sektor awam, pembuatan, farmaseutikal dan banyak lagi menggunakan Dataiku untuk meluaskan secara besar-besaran usaha AI. Pada Disember 2019, susulan pelancaran Dataiku 6, syarikat berkenaan mengumumkan bahawa CapitalG - modal usaha niaga pertumbuhan tahap-lewat dibiayai oleh Alphabet Inc. - menyertai Dataiku sebagai pelabur dan ia telah mencapai status unikorn, bernilai $1.4 bilion. Kini, Dataiku menggaji lebih daripada 400 kakitangan di seluruh dunia antara pejabat-pejabat di New York, Paris, London, Munich, Sydney dan Singapura.

Ketahui lebih lanjut mengenai Dataiku dan dapatkan salinan percuma Magic Quadrant untuk Platform Sains Data dan Pembelajaran Mesin Gartner 2020 di sini, atau kunjungi Dataiku di Sidang Kemuncak Data & Analitik Gartner 2020, 17-18 Februari di Sydney, 9-11 Mac di London dan 23-26 Mac di Grapevine, Texas.

Gartner, Magic Quadrant untuk Platform Sains Data dan Pembelajaran Mesin, Peter Krensky, Pieter den Hamer, Erick Brethenoux, Jim Hare, Carlie Idoine, Alexander Linden, Svetlana Sicular, Farhan Choudhary, 11 Februari 2020. Sebelum ini laporan berkenaan bertajuk Magic Quadrant untuk Platform Sains Data (Magic Quadrant for Data Science Platforms). 

Penafian: Gartner tidak mengendors mana-mana vendor, produk atau perkhidmatan yang digambarkan dalam penerbitan penyelidikannya, dan tidak memberi nasihat kepada pengguna teknologi untuk memilih hanya vendor dengan penarafan tertinggi atau designasi lain. Penerbitan penyelidikan Gartner terdiri daripada pendapat organisasi penyelidikan Gartner dan tidak boleh dianggap sebagai pernyataan fakta. Gartner menafikan semua jaminan, dinyatakan atau tersirat, berhubung penyelidikan ini, termasuk apa-apa jaminan kebolehdagangan atau kesesuaian untuk tujuan tertentu.

Latar Belakang Sidang Kemuncak Data & Analitik Gartner: Pemimpin-pemimpin data dan analitik mendorong transformasi digital, mencipta peluang pengewangan, meningkatkan pengalaman pelanggan dan membentuk semula industri-industri. Sidang Kemuncak Data & Analitik Gartner menyediakan alatan untuk membina asas-asas pengurusan data, perisikan perniagaan (BI) dan analitik; memanfaatkan teknologi inovatif seperti kecerdasan buatan (AI), rantaian blok dan Internet Pelbagai Benda (IoT); serta mempercepatkan peralihan ke arah budaya didorong data bagi menerajui jalan menuju hasil perniagaan yang lebih baik.

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/1091205/Gartner_PRESS_RELEASE_IMAGE.jpg 
Logo - https://mma.prnewswire.com/media/831360/Dataiku_Inc_Logo.jpg

 

 

 

Source: Dataiku Inc.
Related Links:
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Survey, Polls & Research Data Analytics Future Events