omniture

Farmcrowdy Peroleh Pemproses Daging, Best Foods L&P Ltd

Bersedia Lancar Hab Daging Runcit seluruh Nigeria pada Suku Kedua 2020
Farmcrowdy
2020-02-19 15:48 1452

LAGOS, Nigeria, 19 Februari 2020 /PRNewswire/ -- Hari ini, Farmcrowdy mengumumkan pemerolehan Best Foods (L&P) Limited bagi menawarkan penyelesaian pengeluaran dan pemprosesan ternakan yang lebih luas kepada pasaran. Farmcrowdy kini memiliki kepentingan majoriti dalam Best Foods (L&P) yang menyediakan ternakan yang sihat dan hasil pertanian tanaman tempatan pada harga yang berpatutan. Ia merupakan salah satu pemproses daging yang terbesar di Nigeria dengan kapasiti untuk memproses 120 - 200 ekor lembu jantan setiap hari.

The Chairman, Best Foods L&P Limited, Mr. Emmanuel Ijewere and Founder and CEO of Farmcrowdy, Onyeka Akumah signing the acquisition deal at the Farmcrowdy office in Lagos, Nigeria.
The Chairman, Best Foods L&P Limited, Mr. Emmanuel Ijewere and Founder and CEO of Farmcrowdy, Onyeka Akumah signing the acquisition deal at the Farmcrowdy office in Lagos, Nigeria.

Menerusi pemerolehan ini, Farmcrowdy akan terus mengembangkan rantaian nilai dagingnya dengan pengeluaran dan pemprosesan ternakan yang lebih baik bagi memenuhi piawaian antarabangsa. Farmcrowdy juga akan menjadi sumber pilihan bagi daging proses di seluruh Nigeria bermula dengan Lagos. Syarikat ini akan menawarkan perkhidmatan kepada lebih 50 pasaran daging di seluruh Selatan-Barat Nigeria, mengurus lebih 100 titik akhir pengguna.

Menurut Onyeka Akumah, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Farmcrowdy, platform AgTech bersedia untuk menembusi pasaran jualan runcit daging menerusi pelancaran Hab Daging Farmcrowdy pada suku kedua tahun 2020 bagi menyediakan akses kepada daging yang berkualiti melalui teknologi, dikeluarkan dan didagangkan oleh Farmcrowdy.

"Best Foods menawarkan peluang menarik untuk Farmcrowdy meningkatkan perkhidmatannya dalam pengeluaran, pemprosesan dan bekalan ternakan," jelas Kenneth Obiajulu, Pengarah Urusan Farmcrowdy. "Pemerolehan ini menyokong strategi Farmcrowdy untuk menerajui pasaran dan memenuhi kehendak yang diperlukan bagi meningkatkan bekalan kami iaitu 45 ekor lembu setiap hari bagi tujuan penggunaan."

Emmanuel Ijewere, Pengasas Best Foods, berkata, "Urus niaga bersama Farmcrowdy ini merupakan satu perkembangan yang dialu-alukan buat kami memandangkan ia menyediakan peluang pertumbuhan yang utama buat kedua-dua perniagaan. Kami berasa teruja dengan banyak kemungkinan yang dibawakannya." Ijewere akan menyertai Farmcrowdy sebagai ahli lembaga penasihat.

Latar Belakang Farmcrowdy

Farmcrowdy  ialah platform pertanian digital yang pertama di Nigeria yang menghubungkan peladang kecil-kecilan dengan teknik-teknik perladangan pintar, input ladang yang berkualiti dan akses kepada pasaran unggul bagi memperoleh margin keuntungan yang memuaskan berbanding keuntungan yang diperoleh daripada perdagangan di tempat mereka.

Latar Belakang Best Foods

Best Foods ialah sebuah kumpulan perniagaan tani yang mempunyai lebih 16 tahun pengalaman yang memberi tumpuan pada pemprosesan ternakan melalui Best Food Livestock and Poultry, perladangan melalui Best Food Fresh Farms dan pemasaran hasil pertanian melalui Naijapride, pemborongnya dan Best Foods dairy and multi-concepts, penjual runcitnya. Ia ditubuhkan bagi menyediakan ternakan yang sihat dan hasil pertanian tanaman tempatan kepada pengguna pada harga yang berpatutan. Best Foods juga merupakan salah satu rakan kongsi awal Nigeria bersama Shoprite, salah satu francais peruncitan makanan yang terbesar di Afrika, ke Nigeria.

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/1091149/Farmcrowdy_Best_Foods_Acquisition_Signing.jpg

 

 

Source: Farmcrowdy
Keywords: Agriculture Computer/Electronics Entertainment Environmental Products & Services Food/Beverages Green Technology Mobile Entertainment Retail Supermarkets Telecommunications Acquisitions, mergers, takeovers Conservation/Recycling Environmental Issues New products/services Personnel announcements STEM (Science,Technology,Engineering,Mathematics)