omniture

Keputusan Mahkamah Kehakiman Persekutuan Jerman Mengesahkan Bahawa Wuxi Hisky Medical Telah Melanggar Bahagian Paten Echosens Jerman: Hisky FibroTouch Didapati Tidak Sah di Jerman

Echosens
2020-02-19 20:36 1638

PARIS, 19 Februari 2020 /PRNewswire/ -- Echosens mengumumkan hari ini bahawa syarikat telah menerima keputusan yang menggalakkan daripada Mahkamah Kehakiman Persekutuan Jerman (Bundesgerichtshof) di Karlsruhe yang sangat dihormati di peringkat antarabangsa dalam kes pelanggaran paten yang difailkan oleh Echosens terhadap syarikat China iaitu Wuxi Hisky Medical Technologies Co., Ltd sejak Nov. 2015.   

FibroScan® devices
FibroScan® devices

Mahkamah Kehakiman Persekutuan telah menolak permintaan syarikat China Wuxi Hisky pada 4 Feb, 2020 untuk menyemak Mahkamah Serantau Tinggi Düsseldorf yang mengesahkan pada 1 Mac, 2018, keputusan pertama hakim yang menyatakan pada 20 April, 2017 bahawa Hisky telah melanggar bahagian paten EP 1 169 636 B1 Jerman Echosens.

Oleh kerana Mahkamah Persekutuan Jerman telah memutuskan bahawa pelanggaran produk Hisky, semua kegunaan pemasaran, jualan dan komersial Hisky / FibroTouch didapati menyalahi undang-undang di Jerman.

"Kami telah merintis Elastografi Transien Dikawal Getaran untuk penilaian hati dan kami banyak membuat pelaburan dalam teknologi inovatif kami dengan lebih satu pertiga daripada kakitangan kami bekerja dalam R&D (Penyelidikan & Pembangunan). Teknologi Echosens adalah unik dan disokong oleh lebih 2,500 kajian klinikal dan kami dengan itu tidak boleh membenarkan pesaing memalsukan pencapaian teknologi yang sangat unik kami atau melanggar paten kami" ujar Laurent Sandrin, pengasas dan Ketua Pegawai Teknologi Echosens.

"Kami berbesar hati mahkamah telah mengesahkan bahawa Hisky melanggar paten Echosens. Sebagai peneraju dalam diagnosis kesihatan Hati bukan invasif, Echosens komited untuk melindungi harta inteleknya dalam meneruskan misinya untuk meluaskan dan meningkatkan penilaian dan diagnostik kesihatan hati di seluruh dunia" tegas Dominique Legros, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Echosens.

Mengenai Echosens

Echosens ialah pembekal peranti perubatan bukan invasif #1 di dunia yang memberi pengkhususan kepada penilaian penyakit hati kronik. Echosens telah mengubah amalan diagnosis hati secara ketara dengan FibroScan®, peranti unik yang menggunakan VCTE™ yang dipaten dan disahkan untuk penilaian kekakuan hati dan CAP™ untuk pengkuantitian steatosis.

Peranti FibroScan® diiktiraf di seluruh dunia sebagai rujukan untuk diagnosis hati bukan invasif dengan lebih daripada 2,500 penerbitan perubatan dan 40 cadangan garis panduan

Dengan rangkaian edaran yang meluas di peringkat antarabangsa termasuk Perancis (Paris), Amerika Syarikat (Waltham) dan China (Shanghai, Shenzhen dan Beijing), Echosens telah memasarkan FibroScan®  di lebih 80 buah negara.

http://www.echosens.com

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/1090145/Echosens_Logo.jpg  
Logo - https://mma.prnewswire.com/media/1090146/FibroScan_Logo.jpg  
Photo - https://mma.prnewswire.com/media/1090147/Mini_Compact.jpg

 

 


 

 

Source: Echosens
Related Links:
Keywords: Health Care/Hospital Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals Legal issues Patent Law