omniture

Asia's 50 Best Restaurants Umum Cho Hee-sook Sebagai Cef Wanita Terbaik Asia 2020

Asia's 50 Best Restaurants 2020
2020-02-20 09:30 1478

SEOUL, Korea Selatan, 20 Februari 2020 /PRNewswire/ -- Cho Hee-sook, cef-pemilik Hansikgonggan di Seoul, telah dinamakan sebagai Cef Wanita Terbaik Asia bagi tahun 2020. Cef Cho akan menerima anugerah beliau dalam sebuah upacara penganugerahan untuk Asia's 50 Best Restaurants 2020, ditaja oleh S.Pellegrino & Acqua Panna, pada hari Selasa 24 Mac di Wilayah Saga, Jepun.

 

Cho Hee-sook, chef-owner of Hansikgonggan in Seoul, has been named Asia’s Best Female Chef for 2020. The Best Female Chef Award – which features as part of Asia’s 50 Best Restaurants, The World’s 50 Best Restaurants and Latin America’s 50 Best Restaurants – celebrates and rewards successful women who have risen to the top of the gastronomic world.
Cho Hee-sook, chef-owner of Hansikgonggan in Seoul, has been named Asia’s Best Female Chef for 2020. The Best Female Chef Award – which features as part of Asia’s 50 Best Restaurants, The World’s 50 Best Restaurants and Latin America’s 50 Best Restaurants – celebrates and rewards successful women who have risen to the top of the gastronomic world.

 

Anugerah ini membentuk sebahagian daripada misi organisasi 50 Best untuk memberi penghormatan kepada suri teladan yang telah mencetuskan impak positif kepada bidang restoran Asia. William Drew, Pengarah Kandungan di Asia's 50 Best Restaurants, berkata: "Anugerah Cef Wanita Terbaik meraikan cef-cef wanita yang mana dedikasi, kemahiran dan daya kreativiti menetapkan piawaian baharu dalam kecemerlangan gastronomi. Cho Hee-sook merupakan contoh semangat anugerah ini menerusi komitmen sepanjang hayat beliau untuk memajukan hidangan masakan Korea melalui latihan, pendidikan dan pementoran."

Cef Cho telah meluangkan sebahagian besar kerjaya beliau dengan berkongsi pengetahuan mendalam tentang masakan Korea bersama cef-cef muda, memastikan agar tradisi dan resipi kulinari unik negara beliau diwariskan kepada generasi-generasi masa depan.

Cho membina kemahiran kulinari beliau di dapur hotel-hotel premium Seoul sebelum dilantik sebagai cef eksekutif di kedutaan Korea Selatan di Washington DC, AS. Sekembalinya ke tanah air pada tahun 2006, Cho memberi tumpuan pada penyelidikan kulinari, meneroka bahan-bahan tempatan dan memupuk bakat muda. Beliau menginspirasikan ramai pelajar gastronomi sebagai seorang profesor di Woosong University dan merupakan seorang penyelidik makanan Arumjigi Foundation, sebuah pertubuhan bukan berasaskan keuntungan yang ditubuhkan untuk mendukung dan mempertahankan budaya Korea.

Pada tahun 2019, kerjaya Cho beralih ke arah baharu apabila beliau menjadi cef-pemilik Hansikgonggan, sebuah restoran Korea berbintang Michelin yang mesra, mengkhusus dalam hidangan masakan diraja. Di samping memberi penghormatan kepada teknik-teknik memasak Korea tradisional, Cho telah menafsir semula resipi-resipi bersejarah melalui bahan-bahan moden, unsur-unsur hidangan mewah dan hiasan makanan yang bergaya. Hansikgonggan menggambarkan visi kreatif Cef Cho untuk memajukan hidangan masakan kebangsaan beliau ke hadapan.

Ketika menerima anugerah berprestij tersebut, Cho berkata: "Pernah membimbing ramai cef muda sepanjang kerjaya saya, saya berharap agar anugerah ini dapat menjadi satu inspirasi buat cef-cef wanita Asia yang lain untuk mengejar impian mereka, bercita-cita tinggi dan berkongsi pengetahuan mereka bersama orang lain."

Pemegang-pemegang gelaran Cef Wanita Terbaik Asia sebelum ini termasuk Duangporn 'Bo' Songvisava dari Thailand (2013), Lanshu Chen dari Taiwan (2014), Vicky Lau dari Hong Kong (2015), Margarita Forés dari Filipina (2016), May Chow dari Hong Kong (2017) serta Bongkoch 'Bee' Satongun (2018) dan Garima Arora (2019), kedua-duanya berpangkalan di Thailand. 

Untuk butiran lanjut mengenai proses pengundian Asia's 50 Best Restaurants, kunjungi: https://www.theworlds50best.com/asia/en/voting/the-voting-system

 

 

Hubungi: 
CatchOn, A Finn Partners Company
asias50best@finnpartners.com  
+852-2566-8988

Source: Asia's 50 Best Restaurants 2020
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Art Entertainment Restaurants Retail Supermarkets Travel Awards Survey, Polls & Research Women-related news