omniture

MBA Eksekutif Baharu di MCI

MCI Management Center Innsbruck
2020-02-24 12:00 644

- Bermula musim luruh 2020 | Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan | Program berkualiti-tinggi untuk eksekutif antarabangsa | Kefleksibelan masa dan tempat melalui Pembelajaran Mudah Alih, kefleksibelan kandungan melalui "Elektif"

INNSBRUCK, Austria, 24 Februari 2020 /PRNewswire/ -- Program MBA Eksekutif berbahasa Inggeris yang baharu disasarkan pada eksekutif dan pengurus masa depan dengan perspektif global. Program pendidikan lanjutan ini dibezakan oleh orientasi antarabangsanya yang tersendiri dan didaktik inovatif, selain gabungan pintar modul-modul dalam talian dan berasaskan kelas yang membolehkan program ijazah ini diwujudkan sebahagian besarnya tidak terikat kepada masa dan tempat. Dengan MBA ini, memantapkan kerjaya dengan pendidikan lanjutan dapat menjadi suatu kenyataan buat eksekutif-eksekutif daripada pelbagai industri dan bangsa. Tambahan pula, kursus elektif digabungkan ke dalam kurikulum ini, yang boleh diambil di universiti-universiti terkenal di Eropah dan serata dunia. Elektif tambahan ini membolehkan kurikulum diwujudkan secara fleksibel dari segi kandungan dan disesuaikan mengikut keperluan individu pelajar tersebut. MBA Eksekutif baharu ini ditawarkan di MCI, yang memperoleh akreditasi AACSB antarabangsa. Program ini akan bermula pada Oktober 2020 dan permohonan dialu-alukan.

MCI_MBA_Autumn_2020
MCI_MBA_Autumn_2020

Eksekutif MBA yang baru dibangunkan ini adalah berdasarkan kepakaran MCI selama lebih 20 tahun dalam pendidikan dan latihan eksekutif. Pelajar-pelajar yang bekerja inginkan program MBA yang menggalakkan perkembangan kerjaya dan dapat mempersiapkan mereka untuk menghadapi cabaran antarabangsa dalam persekitaran yang dinamik dan cepat berubah. Mereka memerlukan format didaktik yang sesuai untuk eksekutif-eksekutif yang mana aktiviti-aktiviti profesionalnya tidak terhad kepada satu lokasi. Pasukan pembangunan MCI kini membawakan MBA Eksekutif baharu, yang memberi tumpuan pada kepimpinan dan transformasi digital. Dibahagikan kepada empat semester, terdiri daripada 13 modul teras dan kumpulan elektif di universiti-universiti rakan kongsi antarabangsa, program berkenaan memberi tumpuan pada pemikiran keusahawanan dan bertindak dalam konteks antarabangsa serta transformasi digital.

Hasil daripada format Mudah Alih atau Pembelajaran Teradun yang inovatif, pelajar-pelajar berpeluang untuk mengambil bahagian dalam kebanyakan kursus tanpa mengira lokasi mereka. Fasa-fasa dalam talian tak segerak membolehkan pelajar-pelajar untuk belajar mengikut keselesaan mereka sendiri. Melalui pemindahan segera pengetahuan mereka kepada amalan profesional masing-masing, pelajar-pelajar turut mencapai kejayaan pelaksanaan semasa tempoh pengajian mereka. Mereka juga mendapat manfaat daripada perangkaian antara satu sama lain, yang membolehkan pertukaran dibuat di luar sempadan syarikat dan negara, seraya menjadi sumber yang penting bagi mengurus perubahan.

Program MBA Eksekutif disasarkan pada usahawan, pengurus dan pembuat keputusan yang mempunyai beberapa tahun pengalaman pengurusan. Dengan prasyarat kemasukannya ialah tamat pengajian ijazah, MBA menyasarkan, dari satu segi, para siswazah daripada bidang ekonomi yang ingin memperdalam dan mengkhusus pengetahuan mereka, manakala dari satu segi yang lain, para siswazah daripada bidang-bidang bukan ekonomi yang berharap dapat melayakkan diri untuk tugasan pengurusan antarabangsa.

Maklumat lanjut: 
www.mci.edu/executive-mba 

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/1093677/MCI_MBA_Autumn_2020.jpg

Hubungan Akhbar: 
Ulrike Fuchs
Tel.: +43-(0)512-2070-1527
ulrike.fuchs@mci.edu

 

Source: MCI Management Center Innsbruck
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Education Entertainment Higher Education Multimedia/Online/Internet Workforce Management/Human Resources New products/services