omniture

TUMI Lamar Pelakon Daniel Henney Untuk Siri Filem Global

TUMI
2020-02-24 22:00 570

Perfecting The Journey – The Series

Daniel Henney mengenai Lakonan

NEW YORK, 24 Februari 2020 /PRNewswire/ -- TUMI, jenama perjalanan dan gaya hidup antarabangsa yang terkemuka, hari ini melancarkan bahagian pertama, dibintangi oleh bintang filem dan televisyen Daniel Henney, dalam siri akan datang yang berjudul Perfecting The Journey – The Series.

Perfecting The Journey - The Series, Daniel Henney on Acting
Perfecting The Journey - The Series, Daniel Henney on Acting

Sebagai sebahagian daripada pengejaran berterusan oleh TUMI ke arah kesempurnaan melalui inovasi, jenama ini mengambil inspirasi daripada bidang-bidang di luar kepakarannya. Setiap episod yang mengesankan daripada Perfecting The Journey – The Series meneliti idea yang unik dan tepat pada waktunya yang berkaitan dengan dorongan yang tidak berkesudahan ke arah penyempurnaan hasil kerja yang khusus. Bagi Daniel Henney, mencapai "adegan sempurna" merupakan matlamat utamanya selaku seorang pelakon.

Bahagian daripada siri ini, diarahkan oleh Jon Clements, menawarkan pandangan dari dalam proses kreatif Daniel Henney apabila membuat persiapan untuk suatu adegan, bermula daripada kajian watak kepada detik beliau melangkah ke hadapan kamera. Kita dapat mempelajari cabaran yang dihadapi oleh beliau, bagaimana beliau berusaha ke arah mencapai matlamat beliau dan mengenai keajaiban yang mustahil diulangi yang perlu terjadi bagi merangkumkan suatu adegan yang menjadi legenda. Sebagaimana yang dijelaskan oleh beliau, mustahil untuk menyempurnakan sebuah lakonan – namun itulah yang mendorong beliau untuk terus mengejarnya.

Proses penambahbaikan yang berterusan inilah yang akhirnya membentuk dan mengubah budaya secara keseluruhannya. Kesempurnaan, hanya menjadi suatu gagasan – yang penting ialah perjalanan ke arahnya.

"Saya suka beg galas TUMI saya. Ia tahan lasak, berdaya tahan dan kaya sumber," kata Daniel Henney. "Terdapat poket untuk semuanya dan saya tidak perlu bimbang mengakibatkannya terlalu bercalar atau terkoyak hingga terbuka. Saya telah memiliki beg TUMI sejak beberapa tahun yang lalu dan saya masih boleh menggunakannya kerana ia sungguh kuat. Dan begitulah yang saya ingin melihat diri saya, sebagai seorang individu dan pelakon—seorang yang dapat melalui apa sahaja, seorang yang kuat dan berdaya tahan."

Kempen ini membawakan Harrison Collection yang baru direka semula, diilhamkan oleh gaya moden yang abadi. Koleksi minimalis yang ringkas ini membawakan fungsian utama dengan rupa bentuk yang kemas menerusi kain nilon yang ringan termasuk Roll Top Backpack, Warren Backpack, Bradner Backpack dan Gregory Sling. Daniel menonjolkan bagaimana Harrison Collection membolehkan beliau untuk menyempurnakan perjalanan beliau tatkala beliau mengembara ke seluruh dunia bagi mengejar minat beliau.

"Kami melihat Daniel sebagai seorang warga global sebenar yang sentiasa berusaha untuk menyempurnakan perjalanan beliau," kata Victor Sanz, Pengarah Kreatif TUMI. "Dengan mengetahui minat yang kami kongsikan bersama terhadap hasil kerja kami memudahkannya untuk berhubung dengan beliau pada tahap yang lebih mendalam. Saya teruja untuk berkongsi episod pertama daripada siri baharu yang hebat ini dan tidak sabar-sabar untuk berkongsi lebih banyak lagi yang akan datang."

Filem ini akan ditayangkan di seluruh dunia merentas saluran sosial jenama ini termasuk Instagram, Facebook, Twitter dan YouTube, OOH serta Digital.

Latar Belakang TUMI
Sejak tahun 1975, TUMI telah mencipta keperluan perniagaan dan perjalanan bertaraf dunia, direka untuk menaik taraf, memudahkan dan memperindahkan semua aspek kehidupan ketika bergerak. Menggabungkan fungsian sempurna dengan semangat kepintaran, kami komited untuk memperkasa perjalanan sebagai rakan kongsi sepanjang hayat untuk penggerak dan pencipta dalam usaha mengejar minat mereka. Jenama ini dijual di seluruh dunia di lebih 75 buah negara dengan kira-kira 2,000 tempat jualan. Untuk maklumat lanjut mengenai TUMI, kunjungi www.TUMI.com

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/1093251/Perfecting_The_Journey_The_Series.jpg

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/214382/tumi_logo.jpg

Source: TUMI
Related Links:
Keywords: Entertainment Fashion Film & Motion Picture Retail Travel