- Habanos, S.A. mengekalkan kepimpinan global cerut premiumnya dalam pasaran-pasaran ia beroperasi
HAVANA, Cuba, 24 Februari 2020 /PRNewswire/ -- Corporación Habanos, S.A., yang memasarkan secara eksklusif 27 jenama Habanos di seluruh dunia, kesemuanya dihasilkan "Totalmente a mano" - Buatan Tangan Sepenuhnya, menyiarkan keputusan kewangannya bagi tahun fiskal 2019 semasa mempersembahkan Festival Habanos XXII, yang mana ia mencapai nilai pusing ganti sebanyak 531 juta dolar, dengan pertumbuhan sebanyak 2% pada kadar tukaran tetap dibandingkan dengan tahun sebelumnya.
Untuk melihat Hebahan Berita Multimedia, sila klik:
http://www.multivu.com/players/uk/8695951-habanos-growth-of-531-million-turnover/
"Pasaran ini menunjukkan prestasi yang amat memuaskan, mengekalkan kedudukan kami dalam pasaran-pasaran matang serta mengukuhkan kedudukan dan jualan kami, khususnya dalam pasaran-pasaran baru muncul seperti Benua China dan Timur Tengah, yang menjadi semakin penting untuk Habanos," kata Inocente Núñez dan Luis Sánchez-Harguindey Pardo de Vera, Presiden Bersama Habanos, S.A., "Selepas 25 tahun, Habanos, S.A. masih beroperasi di lebih 140 buah negara. Eksport terus berkembang, yang mana, hasilnya menjadi amat penting kepada negara tersebut."
Berdasarkan senarai kedudukan mengikut negara, 5 pasaran utama untuk Habanos, S.A. dari segi jumlah jualan ialah Sepanyol, China, Perancis, Jerman dan Cuba. Mengikut rantau, Eropah kekal sebagai pasaran utama untuk Habanos, dengan 53% jualan (mengikut jumlah), diikuti dengan Amerika (18%), Afrika dan Timur Tengah (15%) dan Asia Pasifik (14%).
Leopoldo Cintra González, Naib Presiden Komersial dan José María López Inchaurbe, Naib Presiden Pembangunan Habanos, S.A., percaya bahawa "Tahun 2019 sekali lagi menjadi tahun yang berjaya dari segi pengkomersialan, hasil daripada pelbagai inisiatif inovatif yang telah kami jalankan, yang menyumbang dengan tegas kepada kedudukan berterusan kami sebagai peneraju yang tidak dapat dipertikaikan lagi bagi tembakau premium di seluruh dunia."
Sidang akhbar ini turut mendedahkan beberapa produk baharu yang akan dipersembahkan semasa festival ini dan tahun ini ia akan menyambut ulang tahun ke-30 rangkaian francais, La Casa del Habano. Tahun ini, Festival ini, yang akan menerima hadirin dari lebih 60 buah negara, akan memainkan peranan istimewa untuk jenama Montecristo, yang menyambut ulang tahun ke-85 dan jenama Romeo y Julieta, sempena ulang tahun ke-145nya. Tambahan pula, Bolívar akan turut mempersembahkan Bolívar Belicosos Finos Reserva Cosecha 2016.
Edisi Terhad bagi tahun 2020 akan turut diperkenalkan di Festival ini: Partagás Legado. Selain itu, bersempena ulang tahun ke-175 jenama Partagás, humidor istimewa, Partagás Tropicales, akan dipersembahkan, yang mana hanya 450 unit akan dihasilkan.
*(P.A.O.) Apelasi Asal Terpelihara
Video - https://mma.prnewswire.com/media/1093728/Habanos.mp4
Foto - https://mma.prnewswire.com/media/1093627/Vitola_Bolivar_Belicosos_Finos_Reserva_Cosecha_2016.jpg
Hubungi:
BCW:
press.habanos@yr.com
Izaskun Martinez, Tel: +34-670-09-40-74
Carla Lladó, Tel: +34-669-54-69-09