omniture

Huawei Bina Asas Kukuh untuk Dunia Pintar 2030 dengan Ketersambungan, Pengkomputeran, Platform dan Ekosistem Baharu

Penstriman Langsung Global Pertama Persidangan Transformasi Digital Perindustrian
Huawei
2020-02-26 09:03 307

SHENZHEN, China, 26 Februari 2020 /PRNewswire/ -- Kongres Dunia Mudah Alih (MWC) Barcelona 2020 telah dibatalkan ekoran wabak coronavirus, namun hari ini, Huawei mengadakan Persidangan Transformasi Digital Perindustrian globalnya. Ia telah diadakan melalui penstriman langsung yang menghubungkan tetamu-tetamu dari seluruh dunia termasuk UK, Switzerland, AS, Jerman dan Itali dengan tema "Hi, Intelligent World" ("Selamat datang, Dunia Pintar"). Persidangan ini memberi previu lima trend dunia pintar 10 tahun dari sekarang dan mencadangkan asas yang dibina berasaskan jenis ketersambungan, pengkomputeran, platform dan ekosistem baharu. Ini akan membolehkan pembangunan pintar untuk pelbagai industri termasuk pembangunan bandar, pembuatan, tenaga, kewangan, pengangkutan dan seterusnya. ASEAN Economic Community, Shenzhen Airport Group dan pelanggan-pelanggan lain turut berkongsi pandangan dan pengalaman mereka mengenai transformasi digital.

Pada masa depan, maklumat yang mengalir dengan ICT baharu, seperti 5G, AI dan IoT akan membantu kita membina asas tempat asal semua perkara. Ringkasnya, dunia tahun 2030 akan menjadi dunia pintar. Berdiri di titik permulaan dekad baharu, Huawei percaya dunia pintar 2030 akan mempunyai lima ciri:

  1. di peringkat kerajaan, kerajaan digital berorientasikan individu akan dibina untuk beradaptasi dengan mata pencarian orang ramai secara lebih baik;
  2. di peringkat ekonomi, robot pintar akan menjadi bahagian penting dalam tenaga buruh masa depan;
  3. di peringkat sosial, teknologi digital akan membantu menyamaratakan perkongsian dan taburan wajar pendidikan, penjagaan kesihatan dan sumber awam yang lain, lalu mencapai kesaksamaan digital;
  4. dari sudut pandangan budaya, rakyat akan dibebaskan daripada kerja fizikal yang berat serta kerja berulang yang menjemukan dan tumpuan mereka secara semula jadinya akan beralih daripada nilai kebendaan kepada nilai mental; dan
  5. dari sudut pandangan alam sekitar, penggunaan pelbagai teknologi digital, akan membantu kita memantau dan mengawal emisi karbon dengan lebih berkesan dan hasilnya, membantu melindungi bumi.
Ma Yue, Naib Presiden Huawei Enterprise Business Group
Ma Yue, Naib Presiden Huawei Enterprise Business Group

Ma Yue, Naib Presiden Huawei Enterprise Business Group, mengulas: "Dekad seterusnya akan menyaksikan pembangunan pesat ICT baharu. Huawei percaya jenis ketersambungan, pengkomputeran, platform dan ekosistem baharu akan membina asas kukuh untuk dunia pintar bagi tahun 2030. Perangkaian ultra jalur lebar dan berkelajuan tinggi yang dibina menggunakan 5G, Wi-Fi 6 dan komunikasi kuantum akan menghubungkan antara dunia fizikal dan digital, yang meletakkan asas untuk dunia pintar."

En. Ma menyambung: "Pengkomputeran baharu akan menawarkan penyelesaian semua-senario tindanan penuh yang meliputi cip lapisan bawah, sehinggalah kepada algoritma lapisan atas, mencakupi pengguna hingga perniagaan dan menjadi teras bagi transformasi pintar. Platform bertumpu, berkongsi dan digital menampilkan kecekapan tinggi dan keterbukaan, membolehkan pengguna untuk memberi tumpuan pada kelebihan unik mereka sendiri dan inovasi perkhidmatan, yang memainkan peranan penting dalam mendayakan transformasi digital dalam industri-industri. Berdasarkan kepada Strategi, Seni Bina, Dasar dan Operasi (Strategy, Architecture, Policy, and Operations - SAPO) perniagaan perusahaan, ekosistem baharu yang menyediakan satu bidang kepakaran yang bergabung dengan pelbagai kemahiran dan disepadukan secara mendalam, dapat menawarkan penyelesaian perniagaan berorientasi pelanggan yang lebih komprehensif."

Dunia pintar bagi tahun 2030 tidak boleh wujud tanpa transformasi digital dalam industri-industri merentas spektrum. Huawei telah mengumpul pengalaman luas bagi membantu industri-industri seperti kerajaan, pengangkutan, kewangan dan kuasa elektrik mencapai transformasi digital untuk masa kini dan masa akan datang, melalui ketersambungan, pengkomputeran, platform dan ekosistem baharu. Kini, sebanyak lebih 700 buah bandar di seluruh dunia dan 228 syarikat Fortune Global 500 termasuk 58 syarikat Fortune Global 100 telah memilih Huawei sebagai rakan kongsi mereka untuk transformasi digital.

Dr. Aladdin D. Rillo, Timbalan Setiausaha Agung bagi ASEAN Economic Community mengulas:

"Ekonomi digital ASEAN melonjak kepada USD 100 bilion buat julung kalinya pada tahun 2019 dan dijangka meningkat kepada lebih USD 300 bilion menjelang tahun 2025. Bagi kerajaan, perniagaan dan masyarakat, transformasi digital bukan lagi suatu pilihan tetapi laluan yang penting bagi memperkasa ekonomi dan perniagaan. Untuk terus menggalakkan transformasi digital di ASEAN, inisiatif baharu kini sedang dijalankan seperti pembangunan ekosistem 5G, rangka kerja berhubung perayauan mudah alih antarabangsa, pembuatan pintar dan rangkaian inovasi ASEAN. Namun demikian, untuk berjaya, kami juga memerlukan sokongan daripada sektor swasta dan pengusaha pasaran seperti Huawei khususnya bagi membina ekosistem mesra inovasi dan menangani isu-isu yang berkaitan dengan idea besar dan juga privasi data."

Zhang Lixuan, Pengurus Besar Pendigitalan, Shenzhen Airport Group (SAG), bercakap mengenai bagaimana kumpulan tersebut membawa transformasi digital dan membina lapangan terbang pintar. Transformasi digital sebuah lapangan terbang ialah projek yang rumit namun dengan visinya iaitu "Satu Lapangan Terbang, Satu Impian", SAG mencipta pendekatan yang sistematik bagi membina sebuah lapangan terbang digital-sepenuhnya dengan pengalaman pengguna yang luar biasa. Kumpulan berkenaan memilih Huawei sebagai rakan kongsi strategiknya untuk transformasi digital, menggunakan Huawei Horizon Digital Platform dengan sinergi rangkaian-awan.

Platform tersebut mengintegrasikan enam sumber ICT – IoT, data raya, AI, awan video, GIS dan ICP – bagi membina empat sistem perkhidmatan yang komprehensif: keselamatan, kawalan operasi, perkhidmatan dan pengurusan. Pandangan tunggal operasi lapangan terbang mempunyai faedah-faedah penting termasuk meningkatkan ketepatan waktu penerbangan kepada 87% dan peruntukan dirian pintar yang dapat disiapkan dalam beberapa saat, mengurangkan bilangan penumpang bas ulang alik sebanyak 4 juta setiap tahun. Ini menjadikan Lapangan Terbang Shenzhen sebagai organisasi pertama di dunia yang menyiarkan kes-kes pada platform New Experience in Travel and Technologies (NEXTT). Dari sudut pandangan keselamatan, sistem baharu ini menyediakan kawalan yang lebih tepat dan pintar terhadap kawasan terminal, lapangan terbang kecil, kawasan awam dan kawasan kargo. Penyelesaian pengecaman wajah meningkatkan kecekapan semakan keselamatan sebanyak 60%, mengurangkan risiko kehilangan kad ID penumpang dengan mengeluarkannya untuk diperiksa, dan memenuhi keperluan berbeza penumpang perniagaan.

Chen Kunte, bekas Ketua Pegawai Maklumat China Merchants Bank dan kini Ketua Pegawai Transformasi Digital Perkhidmatan Kewangan Global di  Enterprise Business Group Huawei, mengulas mengenai perubahan besar dalam industri perbankan Cina. Pada masa depan, 'aplikasi' ini akan menjadi sebuah ekosistem yang mengintegrasikan pelanggan runcit dan korporat serta berperanan sebagai platform teknologi bagi membawa perkhidmatan perbankan ke dunia digital. Konsep tradisional transformasi digital bank-bank hanyalah sebagai transformasi teknologi untuk menggantikan sistem aplikasi teras. Walau bagaimanapun, beliau percaya bahawa transformasi digital sebenar merupakan satu proses mengintegrasikan pasukan IT dan perniagaan dan penggunaan langkah-demi-langkah yang pesat, lelaran pantas, serta ketangkasan teknologi akan mendorong ketangkasan perniagaan.

Pada masa depan, 5G akan mendorong penambahbaikan penting dalam keupayaan aplikasi yang akan membantu membawa perkhidmatan perbankan ke dunia digital, membantu cawangan dan pengurus akaun mendapatkan penglibatan dengan pelanggan runcit dan korporat secara lebih kerap. Beliau memetik China Merchants Bank sebagai satu contoh. Bank ini mewujudkan platform awan persendirian dan mudah alih serta membuka fungsi-fungsi hos bagi mengurus peranti dan pengguna serta mengawal keselamatan rangkaian mudah alih. Ia turut membina platform data raya dengan seni bina nyahganding dan mengaplikasikan AI dan juga pembelajaran mesin kepada seluruh rantaian perniagaan bagi meningkatkan kawalan risiko kredit. Di samping itu, ia menggunakan awan transaksi kewangan dan memindahkan aplikasi dari hos ke awan, meningkatkan pengalaman pelanggan serta menyokong inovasi perkhidmatan secara berterusan.

Liu Jianming, Pengarah Jawatankuasa Pakar bagi "Teknologi dan Peralatan Grid Pintar", Pusat Promosi Pembangunan Industri, Kementerian Industri dan Teknologi Maklumat (MIIT) China, percaya bahawa sistem kuasa masa depan akan mengintegrasikan teknologi digital secara meluas dengan kuasa tradisional. Tatkala penggunaan teknologi digital terus berkembang dalam bidang kuasa elektrik, sistem kuasa masa depan akan berevolusi ke arah "ketersambungan sejagat, interaksi pintar, kefleksibelan tinggi serta kawalan dan keselamatan mantap."

Dalam ucapan beliau, Pengarah Liu memperkenalkan beberapa keadaan amalan transformasi digital dalam industri kuasa elektrik China. Pada tahun 2019, Qinhai Green Energy Cloud Network Control Platform dan Big Data Center menyokong Wilayah Qinhai, China selama 15 hari berturut-turut menggunakan tenaga bersih 100%. Apabila diaplikasikan kepada perkhidmatan penghantaran dan pengedaran kuasa, teknologi AI menambah baik kecekapan pemeriksaan, dan meningkatkan kebolehan pintar operasi pengenalpastian peralatan sebanyak 90%. ICT kini menyokong operasi harian infrastruktur pengecasan awam, menyediakan perkhidmatan kepada lebih 500,000 kenderaan elektrik di China dengan sasaran 6.18 juta menjelang penghujung tahun ini.

Baru-baru ini, wabak coronavirus telah menarik perhatian global. Subsidiari-subsidiari State Grid Corporation of China (SGCC) Zhejiang, Jiangsu dan Sichuan menganalisis indeks kuasa penyambungan perusahaan berdasarkan data raya daripada grid kuasa elektrik. Hal ini telah membantu menyediakan pihak-pihak berkuasa kerajaan tempatan dengan gambaran keseluruhan penyambungan pengeluaran perusahaan tempatan.

Kami berbesar hati untuk turut serta dalam era pembangunan pintar yang mengagumkan ini. Strategi "Platform + AI + Ekosistem" Huawei Enterprise Group memberi tumpuan pada kerjasama dengan rakan kongsi ekosistem, kerajaan dan perusahaan bagi membina asas kukuh untuk dunia pintar menerusi jenis ketersambungan, pengkomputeran, platform dan ekosistem baharu serta bersama-sama menunaikan janji era pintar.

Untuk maklumat lanjut mengenai Persidangan Transformasi Digital Perindustrian Huawei, kunjungi: https://e.huawei.com/topic/mwc2020/en/index.html?ic_medium=hwdc&ic_source=ebg_EEBGHQ205001G&source=ebg_banner&ic_content=mwc2020_cn 

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200224/2728357-1?lang=0

Source: Huawei
Related Links:
Keywords: Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment Trade show news