omniture

La Casa del Habano Sambut Ulang Tahun ke-30

HABANOS SA
2020-02-26 23:39 606

La Casa del Habano, jaringan antarabangsa Habanos, S.A. bagi kedai-kedai pakar francais yang terdapat di lebih 60 negara, sambut Ulang Tahun ke-30nya

Juan López Selección Especial, ialah vitola yang dipilih oleh Habanos, S.A. pada tahun 2020 bersempena dengan tahun ke-150 jenama tersebut dan ulang tahun ke-30 penciptaan La Casa del Habano

Festival Habanos capai titik tengahnya dan mempersembahkan Montecristo Herederos sempena ulang tahun ke-85 jenama berkenaan

HAVANA, 26 Februari 2020 /PRNewswire/ -- Edisi XXII Festival Habanos memperingati tarikh yang sangat istimewa: ulang tahun ke-30 penciptaan La Casa del Habano, rangkaian kedai antarabangsa yang amat khusus bagi penjualan, pemeliharaan dan promosi Habanos serta budaya mereka. Atas sebab ini, malam luar biasa kedua Festival ini, menandakan titik tengah acara berkenaan, dikhususkan untuk sambutan ini. Dewan Protokol Laguito akan menganjurkan makan malam gala ini dengan gastronomi Cuba terbaik dan persembahan daripada artis-artis antarabangsa yang terkenal.

La Casa del Habano celebrates its 30th Anniversary
La Casa del Habano celebrates its 30th Anniversary

Untuk melihat Hebahan Berita Multimedia, sila klik:
https://www.multivu.com/players/uk/8696851-la-casa-del-habano-30th-anniversary/

Bagi menyambut ulang tahun ini, hadiah Habanos, S.A. Juan López Selección Especial (tolok gelang 52 x 170 mm panjang) telahpun dilancarkan khas dengan 25 Habanos yang mempunyai dimensi unik dan asap yang menyenangkan. Semuanya "Totalmente a Mano con Tripa Larga" - Buatan Tangan Sepenuhnya dengan Isian Panjang, selepas pemilihan teliti kertas pembungkus, isian dan daun pengikat daripada vega terkenal di kawasan yang paling berprestij di Vuelta Abajo*, di wilayah Pinar del Río*, Cuba* dan dihasilkan oleh pakar torcedor Cuba - penggulung cerut. Juan López Selección Especial hanya akan diedarkan dalam rangkaian Francais La Casa del Habano.

Di samping itu, semasa berlangsungnya acara sebelah malam ini, kami akan turut memberi penghormatan kepada jenama Montecristo, salah satu jenama yang paling diiktiraf dalam portfolio Habanos, bersempena ulang tahunnya yang ke-85, dengan penyampaian vitola Herederos baharu (tolok gelang 47 x 162 mm panjang), yang dipersembahkan dalam kotak khas dengan 20 Habanos secara eksklusif untuk rangkaian kedai-kedai La Casa del Habano dan Habanos Specialists khas ini.

La Casa del Habano ialah jaringan antarabangsa kedai-kedai khusus di bawah francais, dikhususkan untuk kenikmatan dan budaya Habanos. Jaringan tersebut, yang terdapat di lebih 60 buah negara, mempunyai 155 buah kedai yang membentuk satu platform bagi melancarkan produk-produk baharu dan memainkan peranan penting dalam pembangunan pasaran-pasaran baru muncul.

*(P.A.O.) Apelasi Asal Terpelihara

Bahan grafik: Pautan

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/1094292/La_Casa_del_Habano_30th_Anniversary.jpg

Hubungi: 
BCW: press.habanos@yr.com
Izaskun Martinez, Tel: +34-670-09-40-74
Carla Lladó, Tel: +34-669-54-69-09

Source: HABANOS SA
Keywords: Art Entertainment Retail Tobacco Broadcast feed announcements MultiVu Photo New products/services Trade show news MAT (Mature Audience)