omniture

Quectel Berkolaborasi dengan Microsoft dan Qualcomm Technologies Percepat Penyelesaian Internet Pelbagai Benda

Quectel
2020-02-27 13:21 2690

NUREMBERG, Jerman, 27 Februari 2020 /PRNewswire/ -- Quectel Wireless Solutions, pembekal global yang terkemuka bagi modul-modul selular dan GNSS, hari ini mengumumkan bahawa ia berkolaborasi dengan Microsoft dan Qualcomm Technologies untuk mengintegrasikan modul LPWA baharu BG95 dengan Azure Device SDK Microsoft bagi menyediakan sambungan terus dan selamat ke Azure IoT Hub serta untuk menawarkan sokongan penuh kepada keupayaan pengurusan peranti Azure.

BG95 ialah modul selular yang pertama dalam industri, berdasarkan modem Qualcomm® 9205 LTE yang canggih, untuk diintegrasikan dengan Azure Device SDK Microsoft. Hasilnya, pelanggan boleh menghubungkan dengan mudah peranti BG95 mereka dengan awan Microsoft Azure yang mana mereka boleh membina, mengurus dan menggunakan penyelesaian IoT secara meluas, mempercepatkan dengan ketara masa dibawa ke pasaran.

Menyasarkan pasaran global, modul BG95 ialah varian yang dioptimumkan kosnya dan amat disepadukan yang menyokong Cat M1, Cat NB2, EGPRS dan GNSS bersepadu. Modul ini mematuhi 3GPP Release 14 dan membawakan keupayaan yang lebih baik dari segi penggunaan kuasa, kadar data dan keselamatan berasaskan perkakasan.

Dengan mengintegrasikan RAM/kilat, pemproses ARM Cortex A7 yang menyokong ThreadX, BG95 direkayasa untuk mengurangkan penggunaan kuasa dengan ketara dalam mod melahu. Dengan melakukan cara ini, BG95 berpotensi untuk menyokong hayat bateri dekad-tambahan, yang kritikal untuk peranti IoT yang menyediakan perkhidmatan untuk jangka hayat yang panjang seperti penjejak aset, meter pintar, sensor bandar pintar, keselamatan rumah dan pengesan boleh pakai.

Di samping itu, Azure IoT dibina bagi tujuan keselamatan. Ia memudahkan kerumitan dalam penyelesaian keselamatan IoT dengan perlindungan terbina dalam pada setiap tahap penggunaan (termasuk perkhidmatan awan dan peranti) serta meminimumkan kelemahan keselamatan di mana-mana jua ia didapati. Memanfaatkan ciri-ciri keselamatan Azure IoT, Quectel BG95 akan menawarkan peranti IoT dengan keupayaan keselamatan hujung-ke-hujung bagi mencegah risiko-risiko yang berpotensi.

Teks penuh disediakan di laman sesawang Quectel: https://www.quectel.com/infocenter/news/632.htm 

Latar Belakang Quectel

Quectel Wireless Solutions (603236.SS) ialah pembekal global yang terkemuka bagi modul-modul selular dan GNSS, dengan portfolio produk yang luas merangkumi teknologi tanpa wayar yang paling terkini iaitu 5G, LTE/LTE-A, NB-IoT/LTE-M, UMTS/HSPA(+), GSM/GPRS dan GNSS. Sebagai pembangun teknologi IoT dan pembekal modul selular yang profesional, Quectel berupaya untuk menyediakan perkhidmatan sehenti kepada modul selular IoT. Produk-produk Quectel telah digunakan secara meluas dalam bidang IoT/M2M termasuk pembayaran pintar, telematik dan pengangkutan, tenaga pintar, bandar pintar, keselamatan, gerbang tanpa wayar, industri, penjagaan kesihatan, pertanian dan pemantauan persekitaran. Untuk maklumat lanjut, kunjungi laman sesawang Quectel, halaman LinkedIn, Facebook dan Twitter, atau hubungi kami melalui marketing@quectel.com.

Ashley Liu
ashley.liu@quectel.com
+86-551-6586 9386*8016

Source: Quectel
Related Stocks:
Shanghai:603236
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Licensing/marketing agreements