omniture

Kluster AI Atlas 900 Huawei Menang Anugerah Teknologi Masa Depan GSMA GLOMO

Huawei
2020-02-28 08:51 786

LONDON, 28 Februari 2020 /PRNewswire/ -- Hari ini, GSMA menganugerahi kluster AI Atlas 900 Huawei dengan Global Mobile Awards 2020 (GLOMO Awards) – Anugerah Teknologi Masa Depan. Atlas 900 menonjol dengan kuasa pengkomputeran AI yang utama di dunia, sistem pelesapan haba yang hebat dan rangkaian kluster yang terbaik dalam kelasnya. Atlas 900 mempercepatkan penyelidikan AI asas global dan pantas membawa aplikasi AI kepada industri-industri bagi memajukan era AI dengan kuasa pengkomputeran AI yang tiada tandingan.

Atlas 900 Huawei menang Anugerah Teknologi Masa Depan GSMA GLOMO
Atlas 900 Huawei menang Anugerah Teknologi Masa Depan GSMA GLOMO

Teknologi yang inovatif telah mendorong industri mudah alih jauh melebihi jangkaan yang tidak pernah dibayangkan daripada pelopor teknologi awal. GSMA menganugerahkan GLOMO Award – Anugerah Teknologi Masa Depan bagi mengiktiraf teknologi yang mendahului masanya dan membentuk semula dunia. Anugerah berkenaan melambangkan pengiktirafan oleh industri terhadap kluster AI Atlas 900 Huawei sebagai sebuah produk yang mendaki ketinggian baharu dalam inovasi AI.

Atlas 900 ialah kluster latihan AI yang terpantas di dunia. Ia merupakan penjana yang menggabungkan beribu-ribu pemproses Huawei Ascend 910 AI untuk 256 hingga 1024 petaFLOPS (PFLOPS) FP16, menyediakan kuasa pengkomputeran 500,000 PC. Semasa ujian penanda aras latihan model ResNet-50, Atlas 900 memecah rekod dunia dengan menyempurnakan latihan dalam 59.8 saat. Ia merupakan satu-satunya produk dalam industri ini yang berupaya menyempurnakan latihan sedemikian kurang daripada seminit.

Atlas 900 mempunyai aplikasi yang pelbagai untuk penyelesaian saintifik dan inovasi perniagaan, membolehkan penyelidik melatih model AI dengan imej dan video dengan lebih pantas. Ini bukan sahaja memberi manfaat kepada penyelidikan saintifik dengan ramalan astronomi, petrokimia dan cuaca yang lebih cekap dan tepat, namun ia juga memberi faedah perniagaan seperti masa dibawa ke pasaran yang lebih pantas untuk pemanduan berautonomi.

Kluster AI Atlas 900 mempunyai tiga mod saling hubung berkelajuan tinggi: Huawei Cache Coherent System (HCCS), PCIe 4.0 dan 100GE. Atlas 900 menggunakan suis pusat data daripada siri Huawei CloudEngine bagi menyokong rangkaian penyegerakan parameter jejaring-penuh untuk latihan model AI yang mempunyai lebih 100 TB (10^12)/saat. Ini dapat mengurangkan kependaman penyegerakan sebanyak 10% hingga 70% untuk lonjakan yang besar dalam kecekapan latihan.

Kuasa pengkomputeran tertinggi boleh mengakibatkan sistem menjadi terlampau panas. Kluster AI Atlas 900 mempunyai sistem pelesapan haba yang utama dalam industri bagi menghadapi isu ini. Penyelesaian penyejukan cecair hibridnya dapat menyokong nisbah penyejukan cecair melebih 95% dengan teknologi adiabatik tertutup peringkat-kabinet. Keberkesanan penggunaan kuasa (PUE) yang ideal untuk pusat data ialah 1.0. Satu kabinet dengan Atlas 900 memberi pelesapan haba sehingga 50 kW untuk PUE di bawah 1.1. Selain itu, Atlas 900 adalah lebih cekap ruang berbanding kabinet dingin udara 8 kW, lalu dapat mengurangkan jejak peralatan sebanyak 79%. Sistem penyejukan cecair inovatif mengurangkan dengan banyak TCO pelanggan dengan kuasa yang tinggi, kepadatan tinggi dan PUE yang rendah.

Ulasan daripada hakim, "Penyertaan ini mencipta sebuah platform demi kemajuan merentas pelbagai aplikasi dalam industri mudah alih dan selanjutnya, memanfaatkan teknologi yang terkini bagi memberikan kepantasan dan prestasi yang luar biasa dengan jejak karbon minimum."

- tamat -

Latar Belakang Huawei 

Huawei ialah penyedia global yang terkemuka bagi infrastruktur teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta peranti pintar. Menerusi penyelesaian bersepadu merentas empat domain utama – rangkaian telekomunikasi, IT, peranti pintar dan perkhidmatan awan – kami komited untuk membawa ciri digital kepada setiap individu, kediaman dan organisasi demi dunia pintar yang terhubung sepenuhnya.

Portfolio produk, penyelesaian dan perkhidmatan hujung-ke-hujung Huawei adalah bersifat kompetitif dan terjamin. Melalui kolaborasi terbuka bersama rakan-rakan kongsi ekosistem, kami mencipta nilai yang berkekalan buat pelanggan kami, berusaha untuk memperkasa orang ramai, memperkayakan kehidupan rumah dan menginspirasikan inovasi dalam organisasi-organisasi mencakupi semua bentuk dan saiz.

Di Huawei, inovasi memberi tumpuan pada keperluan pelanggan. Kami melabur banyak dalam penyelidikan asas, menumpu pada penemuan ulung teknologi yang memacu dunia ke hadapan. Kami mempunyai lebih daripada 188,000 kakitangan menjelang penghujung tahun 2018 dan kami beroperasi di lebih 170 buah negara dan wilayah. Ditubuhkan pada tahun 1987, Huawei ialah sebuah syarikat swasta yang dimiliki sepenuhnya oleh kakitangannya.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi Huawei dalam talian di www.huawei.com atau ikuti kami di:

http://www.linkedin.com/company/Huawei 
http://www.twitter.com/Huawei 
http://www.facebook.com/Huawei
http://www.youtube.com/Huawei

GSMA GLOMO 

Global Mobile Awards (GLOMO) dimulakan oleh GSMA pada tahun 1996 dan telah menjadi salah satu anugerah yang paling berprestij dalam industri. Mereka mengiktiraf sumbangan penting yang memajukan industri komunikasi mudah alih.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200226/2728338-1-b?lang=0

Source: Huawei
Related Links:
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Awards