omniture

Mereka Bentuk Kediaman Masa Depan

Setiap rekaan mempunyai fungsi tersendiri dalam ruang kontemporari terkini, IJM Land Seremban 2
IJM Land
2020-02-28 09:30 750

SEREMBAN, Malaysia, 28 Februari 2020 /PRNewswire/ -- Di bandar Seremban 2 - 60 kilometer dari Kuala Lumpur, terletaknya projek perumahan terbaru IJM Land iaitu Rimbun Impian yang akan mendefinisikan semula konsep kontemporari menerusi hiasan dalamannya. Ia secara rasminya melancarkan rumah contoh terbarunya yang menonjolkan kemasan premium, susun atur praktikal dan ruang bergaya.

Ruang Makan Type B Rimbun Impian
Ruang Makan Type B Rimbun Impian

Dengan harga dari hanya RM600,578,Rimbun Impian menawarkan 345 unit yang terdiri daripada Jenis A dan Jenis B. Dalam menampilkan setiap rumah contoh, cabaran IJM adalah untuk memberikan sentuhan tersendiri dalam gaya kontemporari mereka.

Untuk hiasan dalaman rumah contoh Jenis A, konsep Terracotta mendominasi kemasan dinding dengan tekstur dan tona tanah bagi menonjolkan suasana kontemporari. Inti pati rekaan tersebut memberikan lebih tumpuan pada setiap inci yang dihias dengan teliti dan setiap ruang digunakan secara optimum. Maka, terhasillah sebuah rumah yang direka sesuai dengan cita rasa dan gaya hidup moden.

Diinspirasikan untuk kediaman yang lebih bermakna kepada penghuni, setiap bilik di rumah contoh ini mempunyai karakter dan cerita di sebaliknya. Ruang tamu, contohnya, dihiasi dengan dinding pemisah kayu 3D yang menjadi titik tumpu utama ruang berkenaan. Di ruang keluarga pula, keseimbangan visual jelas kelihatan dengan kombinasi kemasan jalur menegak dan warna-warna Terracota. Panel dinding 3D di bilik tidur utama pula menonjolkan personaliti dalam kelas tersendiri. Lebih lengkap dengan elemen geometri lain seperti permaidani dan rangka katil yang lebih unik sekali gus mengubahnya menjadi ruang mewah.

Hiasan dalaman untuk rumah contoh Jenis B pula memaksimumkan penggunaan skema warna monokromatik di ruang tamu dan ruang makan. Manakala ruangan dapur dicipta menggunakan konsep terbuka yang dihiasi lapisan dinding khas untuk mewujudkan sentuhan moden pada sudut tersebut. Perabot dan dekorasi geometri yang digunakan, seperti meja makan, sofa lengkung dan meja kopi ibarat magnet yang memukau perhatian di ruang rumah utama berkenaan. Permukaan pintu yang berkilat, kemasan marmar yang elegan, lapisan kaca pada panel dinding televisyen dan meja kaunter dapur yang ekspresif adalah antara gaya material moden yang digunakan.

Beralih pada tingkat pertama unit Jenis B, menggabungkan reka bentuk yang lebih dinamik untuk melengkapi hiasan di tingkat bawah. Kepala katil asimetrik di bilik tidur utama dilengkapi dengan cahaya lampu yang mewujudkan persekitaran romantik dan luas di samping keunikan ruang khas yang dicipta untuk almari pakaian. Reka bentuk bilik tidur memanfaatkan sepenuhnya cahaya semula jadi untuk menonjolkan elemen-elemen rekabentuk seperti kombinasi warna lembut dan garang, bersama-sama dengan tekstur yang menjadi titik tumpu bilik berkenaan.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200227/2732755-1?lang=0

Source: IJM Land
Keywords: Overseas Real Estate (non-US) Real Estate Residential Real Estate New products/services