omniture

Entiti Venture Capital PLMP Fintech peroleh lesen Pengurusan Dana bawakan rantaian blok kepada lebih 10,000 PKS dalam 10 tahun

PLMP Fintech
2020-02-28 15:56 4089

PHNOM PENH, Kemboja, 28 Februari 2020 /PRNewswire/ -- Cabang pelaburan tempatan firma rantaian blok Singapura PLMP Fintech, PLMP Venture Capital, hari ini telah dianugerahkan lesen Pengurusan Aset dan Dana oleh Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SECC) Kemboja. Langkah berkenaan merupakan sebahagian daripada sasaran sepuluh tahun syarikat berkenaan untuk menginkubasi lebih daripada 10,000 PKS melalui penyelesaian rantaian blok dan peluang perangkaian.

"Kami mempunyai portfolio yang pelbagai dengan projek-projek teknologi, hartanah dan kewangan yang sudahpun diusahakan," kata Pengasas Bersama PLMP Fintech Dato' Sri Dr Peter Lim memetik contoh-contoh Creatanium Smart City dan integrasi berterusan sektor logistik Indonesia dengan protokol rantaian blok milik firma itu sendiri.

Memetik kata-kata Kym Kee, Pengarah Urusan PLMP Venture Capital, "Lesen berkenaan akan membuka pintu kepada pelaburan institusi dan bernilai bersih tinggi sebagaimana yang kami rancangkan untuk Creatanium Silicon Valley." Dengan unjuran nilai sebanyak US$5 Bilion yang bakal dicapai dalam tempoh sepuluh tahun, sebaik sahaja siap, projek ini akan menjadi Taman Teknologi pertama Kemboja yang menempatkan PKS dan syarikat-syarikat baharu dalam teknologi baru muncul seperti AI, robotik dan keselamatan siber melalui rantaian blok.

Pengurusan Aset dan Dana hanyalah langkah pertama daripada visi PLMP Fintech untuk memainkan peranan utama dalam pembangunan sektor PKS Kemboja. Firma berkenaan sedang berada dalam situasi untuk memperoleh lesen Bank Khusus bagi melancarkan perkhidmatan awam, persendirian dan dalam talian serta menyediakan pinjaman perniagaan dan pinjaman mikro melalui cagaran digital. Mengharapkan agar ketiga-tiga segmen akan memberi kefleksibelan bagi menampung keperluan syarikat-syarikat dan institusi-institusi yang mantap sambil membangunkan produk-produk baharu untuk sejumlah besar usahawan tempatan yang masih tidak mempunyai akaun bank.

Dalam rangka kerja yang sama, PLMP Venture Capital bersama-sama rakan kongsinya CSME akan menganjurkan acara-acara tetap bagi mempamerkan PKS yang inovatif dari wilayah ini dan memberi peluang kepada mereka untuk meningkatkan keterlihatan mereka di hadapan pemimpin-pemimpin industri yang utama serta pelabur-pelabur berpotensi. Kedua-dua firma ini akan menjadi penaja di sebalik edisi April di Phnom Penh ini sempena Startup World Cup, sebuah pertandingan global yang akan menganugerahkan geran pendanaan sebanyak US$ 1,000,000 kepada projek yang terbaik.

Untuk Pertanyaan Media, sila hubungi: media.comms@creataniumblockchain.com 

Source: PLMP Fintech
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Venture Capital Blockchain Financial Technology