omniture

Sojern Kini Tawar Penyelesaian Pemasaran Pelancongan Dipacu-Data untuk Pelanggan Tempat Tarikan Seluruh Dunia

Sojern
2020-02-29 10:41 469

Pengendali Jelajah dan Aktiviti Kini Dapat Membina Dengan Lancar Kempen Pengiklanan Digital Berbilang Saluran, Sentiasa Boleh Diakses Yang Mendorong Jualan Dalam Talian

SAN FRANCISCO, 29 Februari 2020 /PRNewswire/ -- Sojern, penyedia yang terkemuka bagi penyelesaian pemasaran perjalanan digital, hari ini mengumumkan sokongan yang diperluas untuk pelanggan tempat tarikan di seluruh dunia bagi menyediakan alternatif kepada kadar komisen tinggi yang dikenakan oleh agensi-agensi pelancongan dalam talian (OTA). Dipakejkan sebagai langganan, Sojern kini membantu pelanggan tempat tarikan daripada semua saiz untuk mempromosikan jelajah, aktiviti dan pengalaman mereka melalui Facebook, Instagram, video programatik dan iklan paparan. Sokongan untuk pemasaran enjin gelintar kini sedang menjalani ujian beta bersama pelanggan A.S.

Permintaan pengguna untuk menempah lawatan, pengalaman dan tempat tarikan secara dalam talian semakin meningkat, namun pemasaran kepada pengguna berkenaan boleh menjadi sukar. Banyak perniagaan kesuntukan masa, kepakaran dan teknologi yang diperlukan untuk mengurus campuran pemasaran digital komprehensif yang akan membolehkan mereka mendekati pelanggan dalam talian.

Sojern mempunyai alatan, kepakaran dan teknologi untuk mengenal pasti, menyasarkan dan mempengaruhi orang ramai yang menjelajah ke pasaran tempatan, selain prospek tempatan yang aktif mencari sesuatu untuk dilakukan. Dengan penyelesaian pemasaran digital bertaraf dunia daripada Sojern, pengendali lawatan dan aktiviti boleh mencari dan mendekati pengembara yang mencari pengalaman dalam destinasi dengan mudah dan kemudian mempengaruhi mereka untuk melawat laman sesawang tempat tarikan tersebut. Sebagai sebahagian daripada langganan, Sojern turut menawarkan pembangunan kreatif iklan HTML5 pelengkap, metrik prestasi kempen dan tinjauan pasaran pada waktu sebenar—kesemuanya boleh diakses melalui papan pemuka yang terus dikemas kini.

"Bagi kebanyakan pelanggan kami, menjalankan sebuah perniagaan adalah cukup sukar. Mereka sedia maklum mereka perlu memikirkan tentang pemasaran digital, namun hal berkenaan telahpun dimasukkan ke dalam senarai tugasan yang sudahpun lengkap yang difikirkan oleh mereka untuk memastikan perniagaan mereka beroperasi. Mencari rakan kongsi yang dapat dipercayai oleh mereka untuk mendorong pemasaran digital dapat memulangkan kepada mereka masa selama berjam-jam setiap minggu untuk memberi tumpuan bagi memberi pelanggan mereka pengalaman yang hebat," kata Kurt Weinsheimer, Ketua Pegawai Penyelesaian Sojern. "Cuba mengoptimumkan kempen-kempen yang rumit melalui Instagram, Facebook dan Google secara sendiri tidak dapat diskalakan, namun ia dapat diskalakan sekiranya anda mempunyai rakan kongsi yang baik dan penyelesaian yang sesuai dengan bajet anda. Pakej pengiklanan langganan Sojern bermula hanya beberapa ratus dolar sebulan dan menggunakan data serta tinjauan pengembara pada waktu sebenar untuk membantu mendorong pengguna ke laman sesawang tempat tarikan dan meningkatkan jualan."

Untuk maklumat lanjut mengenai penyelesaian pemasaran digital Sojern untuk tempat tarikan, kunjungi www.sojern.com/attractions/

Latar Belakang Sojern
Penyelesaian pemasaran digital Sojern untuk perjalanan dibangunkan menerusi lebih sedekad kepakaran dalam menganalisis laluan pengembara yang lengkap untuk membeli. Syarikat tersebut membawa pengembara daripada impian ke destinasi dengan mengaktifkan penjenamaan berbilang saluran dan penyelesaian prestasi pada Sojern Traveler Platform untuk lebih 10,000 pelanggan di seluruh dunia. Diiktiraf sebagai syarikat Deloitte Technology Fast 500 selama enam tahun berturut-turut, ibu pejabat Sojern terletak di San Francisco dengan 600 kakitangan ditempatkan di Berlin, Dubai, Dublin, Hong Kong, Istanbul, London, Bandar Raya Mexico, New York, Omaha, Paris, São Paulo, Singapura dan Sydney.

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/249299/sojern_logo.jpg

Source: Sojern
Related Links:
Keywords: Advertising Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Travel New products/services