![]() |
RICHMOND, Virginia, 29 Februari 2020 /PRNewswire/ -- Liquibox, sebuah syarikat portfolio Olympus Partners, telah menyelesaikan pemerolehan Bahagian Plastik DS Smith plc. Bahagian yang diambil alih itu melibatkan perniagaan pempakejan tegar dan fleksibel. Syarikat-syarikat yang bergabung itu akan mempunyai 35 kemudahan pembuatan dan tenaga kerja global seramai hampir 3,000 pekerja.
Perniagaan pempakejan fleksibel bahagian yang diambil alih dan Worldwide Dispensers akan digabungkan ke dalam jenama Liquibox. Penggabungan ini menghimpunkan dua pasukan pengurusan yang mantap dan tenaga kerja mahir bagi membantu syarikat merealisasikan visi dan tujuan yang dikongsi bersama – One Liquibox. Sebagai peneraju global dalam pempakejan dan pendispensan cecair, Liquibox akan dikhususkan untuk menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan melalui komitmen terhadap kualiti, kemampanan, perkongsian dan inovasi.
Pemerolehan perniagaan pempakejan fleksibel DS Smith menyediakan platform yang kukuh untuk meluaskan lagi proposisi nilai utama Liquibox ke dalam pasaran-pasaran yang mengalami pertumbuhan baru muncul seperti pempakejan kopi, teh, air dan asepsis. Selain itu, melalui jenama Worldwide Dispensers dengan perlengkapan direkayasa tersuai, syarikat kini akan mengambil alih kedudukan utama secara global dalam teknologi pendispensan untuk pempakejan tegar dan fleksibel.
Perniagaan tegar bahagian yang diambil alih untuk produk semperit, produk terbentuk suntikan dan produk busa akan dibahagikan kepada tiga perniagaan yang baru dijenamakan dan dikendalikan secara bebas, yang akan beroperasi masing-masing sebagai Corplex, DW Reusables dan Engineered Foam Products. Setiap satu daripada unit perniagaan ini bersiap sedia untuk melaksanakan rancangan pertumbuhan baharu di bawah struktur pemilikan baharu.
"Kami berasa teruja untuk menyelesaikan pemerolehan transformasi ini dan mengalu-alukan kakitangan DS Smith Plastics ke dalam pasukan kami," kata Ken Swanson, Ketua Pegawai Eksekutif Liquibox. "Struktur baharu dan identiti jenama perniagaan ini menyokong lagi strategi dan komitmen kami untuk meneraju jalan menerusi penyelesaian pempakejan mampan. Peralatan penukaran dan pembentukan kami yang terbaik dalam kelas, digandingkan dengan kemajuan selanjutnya dalam bahan-bahan dan reka bentuk akan menjadi faedah yang besar buat pelanggan kami. Kami berasa teruja untuk menyerlahkan nilai tambahan melalui rangkaian filem, beg dan perlengkapan pendispensan yang diperluas, penyelesaian pengisi kami yang terbaik dalam kelas dan jangkauan global yang diperluas."
Manu Bettegowda, Rakan Kongsi di Olympus Partners menambah: "Liquibox ialah pemegangan teras untuk Olympus Partners. Pemerolehan DS Smith Plastics ialah langkah penting bagi mencapai rancangan jangka lebih panjang kami dan kami merancang untuk terus melabur dalam perniagaan bagi menyokong strategi pertumbuhannya."
Latar Belakang Liquibox
Liquibox telah menerajui jalan dalam inovasi pempakejan dan pendispensan cecair fleksibel selama 60 tahun. Hari ini, Liquibox memajukan era baharu prestasi yang mampan dengan komitmen yang semakin meningkat untuk meminimumkan kesan alam sekitar tanpa mengorbankan kualiti untuk menyediakan penyelesaian yang dapat melindungi produk dan dunia yang didiami oleh kita. Beribu pejabat di Richmond, Virginia, Liquibox ialah sebuah syarikat portfolio Olympus Partners yang mempunyai kemudahan di 23 lokasi di seluruh dunia. Maklumat lanjut di liquibox.com.
Latar Belakang Olympus Partners
Ditubuhkan pada tahun 1988, Olympus Partners ialah firma ekuiti persendirian yang memberi tumpuan untuk menyediakan modal ekuiti kepada beli habis pengurusan pasaran pertengahan dan untuk syarikat-syarikat yang memerlukan modal untuk pengembangan. Olympus ialah pelabur jangka panjang yang aktif merentas pelbagai jenis industri termasuk perkhidmatan perniagaan, perkhidmatan makanan, produk pengguna, perkhidmatan penjagaan kesihatan, perkhidmatan kewangan, perkhidmatan perindustrian dan pembuatan. Olympus mengurus lebih daripada $8.5 bilion terutamanya bagi pihak dana pencen korporat, dana endowmen dan program persaraan tajaan kerajaan.
Penasihat
Barclays bertindak sebagai penasihat kewangan Liquibox, manakala Kirkland & Ellis LLP bertindak sebagai penasihat undang-undang.
Hubungan media:
Paul Kase
+1 (804) 433-3834
Logo - https://mma.prnewswire.com/media/1096462/Liquibox_Logo.jpg