omniture

Huawei Lancar Huawei ICT Academy Program 2.0, Bakal Bangunkan 2 Juta Ahli Profesional ICT Sepanjang Lima Tahun Akan Datang

Huawei
2020-03-02 09:38 371

SHENZHEN, China, 2 Mac 2020 /PRNewswire/ -- Di Persidangan Transformasi Digital Perindustrian-Secara Langsung, Huawei secara rasminya melancarkan Huawei ICT Academy Program 2.0. Melalui program ini, Huawei bermatlamat untuk membangunkan 2 juta ahli profesional ICT dan mempopularkan kemahiran digital sepanjang lima tahun akan datang dengan berkolaborasi bersama universiti-universiti. Ini merupakan sebahagian daripada inisiatif keterangkuman digital Huawei, TECH4ALL, yang bertujuan untuk meluaskan faedah-faedah teknologi digital kepada semua orang, di merata tempat. Huawei akan menubuhkan Dana Insentif Pembangunan Akademi ICT Huawei (ADIF), dengan jumlah pelaburan sekurang-kurangnya sebanyak US$50 juta sepanjang lima tahun akan datang.

Tahun 2013 menyaksikan pewujudan Huawei ICT Academy Program, yang mana Huawei telah menyediakan kursus-kursus berkualiti dan perkhidmatan sokongan kepada universiti/kolej bagi membantu mereka melatih pensyarah, mewujudkan dan mengoptimumkan pengkhususan utama ICT, meningkatkan sistem kurikulum dan membina makmal standard. Huawei ICT Academy turut memperkenalkan teknologi dan produk ICT Huawei kepada pelajar di universiti seluruh dunia, menggalakkan mereka untuk mengambil bahagian dalam pensijilan Huawei dan membangunkan bakat teknikal inovatif dan berorientasi aplikasi untuk masyarakat dan industri ICT global. Sejak tahun 2015, Huawei bekerjasama dengan lebih 600 buah universiti antarabangsa bagi menubuhkan akademi ICT Huawei, membantu universiti meningkatkan kebolehan mengajar ICT mereka dan melatih lebih 1500 orang pensyarah.

Bagi memenuhi keperluan dan cabaran baharu, Huawei ICT Academy Program akan memasuki fasa 2.0 pada tahun 2020. Mengikut rancangan lima tahunnya, Huawei akan membangunkan 2 juta ahli profesional ICT dan terus mengemas kini penyelesaian kerjasama sekolah-perusahaannya dalam teknologi canggih seperti 5G dan Kecerdasan Buatan (AI).

Bagi mencapai matlamat ini, Huawei akan menubuhkan Dana Insentif Pembangunan Akademi ICT Huawei (ADIF), dengan jumlah pelaburan sekurang-kurangnya sebanyak US$50 juta sepanjang lima tahun akan datang. Dana ini bertujuan untuk membantu akademi-akademi ICT beroperasi dengan stabil mengikut empat tindakan yang berikut:

  • Menyediakan peralatan eksperimen mengajar kepada universiti-universiti yang bekerjasama untuk meningkatkan kemahiran praktikal pelajar.
  • Melatih pensyarah melalui ADIF, menyediakan baucar peperiksaan percuma bagi menggalakkan pelajar untuk menduduki peperiksaan pensijilan Huawei dan menubuhkan dana pendidikan bagi memberi ganjaran kepada pensyarah dan pelajar yang cemerlang.
  • Mengadakan Pertandingan ICT Huawei bagi menyediakan platform kepada pelajar untuk berkomunikasi dengan rakan setara dan menunjukkan bakat mereka.
  • Bekerjasama dengan rakan kongsi untuk ICT Talent Job Fairs (Pameran Kerjaya Bakat ICT) bagi membantu pelajar mencari pekerjaan dan menggalakkan pemadanan yang cekap antara bekalan dan permintaan bakat.
Hank Stokbroekx, Naib Presiden Perkhidmatan Perusahaan, Huawei Enterprise BG, mengumumkan Pelancaran Huawei ICT Academy 2.0
Hank Stokbroekx, Naib Presiden Perkhidmatan Perusahaan, Huawei Enterprise BG, mengumumkan Pelancaran Huawei ICT Academy 2.0

Hank Stokbroekx, Naib Presiden Perkhidmatan Perusahaan, Huawei Enterprise BG, berkata bahawa, Huawei akan terus menubuhkan lebih banyak Akademi ICT. Setiap tahun, kami akan membina 600-1000 Akademi ICT Huawei. Dengan berbuat demikian, kami menyasarkan untuk memberi manfaat kepada lebih ramai pensyarah dan pelajar universiti dalam dunia digital, membolehkan ramai orang untuk menikmati pendidikan yang sama dan berkualiti tinggi, meningkatkan kemahiran digital dan menyuntik dorongan baharu ke dalam industri.

Pelancaran Huawei ICT Academy Program 2.0 menandakan peringkat baharu pembangunan ekosistem bakat Huawei. Pada masa depan, Huawei akan mengukuhkan kerjasama dengan semua pihak dalam ekosistem ini, meningkatkan pelaburan dan mempercepatkan pembinaan ekosistem bakat mampan kitar-penuh yang versatil bagi mendorong transformasi digital industri-industri.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200227/2732734-1?lang=0

Source: Huawei
Related Links:
Keywords: Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment