omniture

Daiichi, Jenama Tempat Duduk Kereta No. 1 Korea, Tembusi Kedai Luar Talian Malaysia

Daiichi
2020-03-02 17:07 519

SEOUL, Korea Selatan, 2 Mac 2020 /PRNewswire/ -- Jenama tempat duduk kereta wakil Korea, Daiichi, telah melancarkan pasaran global. Daiichi menjual produknya di pusat membeli belah utama di Malaysia, IPC Shopping Center dan Histo Point, laman penjagaan bayi. Daiichi, yang telah mengeluarkan dan menjual tempat duduk kereta selama 20 tahun dan berkedudukan No. 1 bagi tempat duduk kereta di Korea, telah menarik minat ramai ibu bapa bayi dan kanak-kanak sejak menembusi pasaran Malaysia.

Tempat Duduk Bayi Daiichi
Tempat Duduk Bayi Daiichi

Semua produk Daiichi yang mengeluarkan dan menjual produk bayi direka dengan mengutamakan keselamatan kanak-kanak. Kami telah membuat penyelidikan terhadap teknologi selama bertahun-tahun untuk membangunkan tempat duduk kereta yang boleh digunakan dengan selamat oleh kanak-kanak, seperti bahan-bahan dalaman untuk melindungi kanak-kanak daripada semua hentakan yang mungkin berlaku di dalam kereta, fabrik organik tanpa perengsaan kulit dan tali pinggang keledar lumba kereta.

Antaranya, produk tempat duduk kereta unggulan daripada Daiichi ialah First7 Plus, yang sangat menjimatkan kerana ia boleh digunakan bermula dengan bayi baru lahir hinggalah kanak-kanak 7 tahun dengan mengubah suai tempat duduk kereta apabila anak-anak membesar. Kestabilan telah ditambah memandangkan ketiga-tiga tahap telah melepasi ujian keselamatan sejak kemunculan Baby Mode (Mod Bayi), yang boleh digunakan sehingga 13kg, Toddler Mode (Mod Anak Kecil), yang boleh digunakan dari 9 hingga 18kg serta Child Mode (Mod Kanak-kanak), yang boleh digunakan dari 15 hingga 25kg.

Di samping itu, Daichi telah mengukuhkan kedudukannya sebagai salah satu tempat duduk kereta yang terkemuka di Korea dengan membawakan produk-produk mengikut pelbagai peringkat usia bermula dengan tempat duduk kereta bayi baru lahir hinggalah tempat duduk kereta kanak-kanak seperti 'First Seven TouchPix', 'One-Fix 360', 'V-Guard Toddler' dan 'V-Guard Junior'. Bermula pada tahun 2018, syarikat melancarkan produk-produk baharu seperti 'Louis 3in1 All-in-One Baby Carrier' Daiichi, 'Louis Sports Hip seat Carrier' dan kereta sorong eklektik, Ally.

Kedai Luar Talian

  • Pusat beli belah : IPC Shopping Centre
  • Alamat : NO.1, Jalan PJU 7/2, Mutiara Damansara, 47800 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
  • Nama Kedai : Happi Kiddo
  • Lokasi Kedai : L2 09&10

Kedai Dalam Talian: https://histopoint.com.my/shop-now/daiichi/

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200227/2732484-1?lang=0

Source: Daiichi
Keywords: Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail