KUALA LUMPUR, Malaysia, 4 Mac 2020 /PRNewswire/ -- DoctorOnCall telah menandatangani Memorandum Perjanjian baru-baru ini dengan Merchantrade Asia Sdn Bhd (Merchantrade). Perkongsian ini akan membolehkan pengguna aplikasi Merchantrade Money mendapatkan perkhidmatan konsultasi dalam talian dengan doktor yang diiktiraf serta kemudahan membeli ubat melalui e-farmasi dengan selamat dan penghantaran yang mudah. Para pengguna Merchantrade Money hanya perlu klik ikon "bercakap dengan doktor" dan "e-farmasi" selepas selesai sesi konsultasi dengan Doktor.
Perkongsian ini akan memastikan penjagaan kesihatan digital berkualiti dan dengan harga berpatutan untuk kemudahan pengguna Merchantrade Money oleh DoctorOnCall. Pengguna Merchantrade Money merangkumi pelancong yang sering mengembara serta golongan 'unbanked' yang mengalami kesukaran untuk mendapatkan perkhidmatan kewangan konvensional daripada institusi-institusi kewangan. Mereka juga kerap menggunakan aplikasi ini untuk urusan pembayaran dalam mata wang asing, pengiriman wang dan pengeluaran mata wang asing di mana-mana mesin juruwang automatik (ATM).
DoctorOnCall.com.my merupakan platform kesihatan digital terbesar di Malaysia yang menghubungkan pesakit dengan rangkaian doktor dan farmasi yang meluas. Pesakit dapat berhubung terus dengan doktor melalui pesanan teks, panggilan telefon dan panggilan video, tidak kira di mana mereka berada. Di samping itu, selepas sesi konsultasi dengan doktor, mereka juga boleh memesan dan menerima ubat-ubatan preskripsi dengan cepat and selamat.
Ramasamy K. Veeran, Pengasas dan Pengarah Urusan, Merchantrade Asia Sdn Bhd berkata, "Kami benar-benar percaya inisiatif ini akan menyediakan akses yang lebih baik kepada pelanggan-pelanggan kami untuk mendapatkan perkhidmatan penjagaan kesihatan. Ia juga akan menangani apa-apa keperluan perubatan mereka dengan segera dan mudah."
"Pengguna kami mungkin berada di luar negara atau di kawasan terpencil di Malaysia. Oleh kerana itu, kemudahan DoctorOnCall ini akan memberi mereka akses dan rawatan perubatan yang tepat pada masanya, di mana sahaja mereka berada," katanya.
"Dengan kerjasama ini, kami percaya DoctorOnCall adalah pengusaha platform perubatan digital pertama yang bekerjasama dengan perkhidmatan 'e-wallet'. Pada masa ini, DoctorOnCall mempunyai lebih dari satu juta pengguna aktif bulanan, dan perkongsian baru ini akan membolehkan 'Klinik Dalam Talian' digunakan oleh pelanggan Merchantrade Money. Justeru, kami dapat memberikan pengalaman penjagaan kesihatan yang baru dan inovatif, terutamanya bagi membantu golongan yang mengalami kesulitan untuk mendapat perkhidmatan nasihat kesihatan," kata Maran Virumandi, Pengasas DoctorOnCall.
Perjanjian itu ditandatangani oleh Ramasamy K. Veeran, Pengasas dan Pengarah Urusan, Merchantrade Asia Sdn Bhd dan Maran Virumandi, Pengasas bersama dan Pengarah Urusan, DoctorOnCall, disaksikan oleh Ravi Vamathevan, Pengarah, Merchantrade Asia Sdn Bhd (Merchantrade) dan Chiak Tang, Ketua Pegawai Operasi, DoctorOnCall.
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200304/2738064-1?lang=0