omniture

Celgard Failkan Aduan Baharu ke atas Senior, Xiaomin (Steven) Zhang, Sun Town dan Global Venture atas Penyalahgunaan Rahsia Perdagangan dan Turut Failkan Aduan Pindaan dalam Kes Pelanggaran Paten

Polypore International, LP
2020-03-05 11:55 800

CHARLOTTE, Carolina Utara, 5 Mac 2020 /PRNewswire/ -- Celgard, LLC (Celgard), subsidiari Polypore International, LP (Polypore), memfailkan Aduan terhadap Defendan-defendan Shenzhen Senior Technology Material Co. Ltd. (Senior-China), Shenzhen Senior Technology Material Co. Ltd. (US) Research Institute (Senior-California), Xiaomin (Steven) Zhang (Dr. Zhang), Sun Town Technology, Inc. (Sun Town),  Global Venture Development, LLC, dan Global Venture Development, Inc. (secara keseluruhannya, Global Venture) (secara keseluruhannya, Defendan-defendan WDNC) di Mahkamah Daerah Amerika Syarikat (A.S.) untuk Daerah Barat California Utara (WDNC) atas penyalahgunaan rahsia perdagangan, amalan perdagangan yang tidak jujur dan mengelirukan serta persaingan tidak adil, konspirasi awam, pengayaan tak patut dan penukaran. Di samping itu, Celgard memfailkan Aduan Pindaan Kedua ke atas Defendan-defendan Shenzhen Senior Technology Material Co. Ltd. (US) Research Institute (Senior-California), Farasis Energy USA, Inc., Farasis Energy, Inc., Farasis Energy (Gan Zhou), Inc., dan Farasis Energy (Gan Zhou) Co., Ltd. (secara keseluruhannya, Farasis), Sun Town Technology, Inc. (Sun Town), Global Venture Development, LLC, dan Global Venture Development, Inc. (secara keseluruhannya, Global Venture) (secara keseluruhannya, Defendan-defendan NDCA) atas pelanggaran paten, kemungkiran kontrak dan kemungkiran waad tersirat berniat baik dan urusan yang adil di Mahkamah Daerah A.S. untuk Daerah Utara California (NDCA)

Celgard® coated and uncoated dry-process microporous membranes are used as separators that are a major component of lithium-ion batteries. Celgard’s battery separator technology is important to the performance of lithium-ion batteries for electric drive vehicles, energy storage systems and other applications.
Celgard® coated and uncoated dry-process microporous membranes are used as separators that are a major component of lithium-ion batteries. Celgard’s battery separator technology is important to the performance of lithium-ion batteries for electric drive vehicles, energy storage systems and other applications.

Aduan oleh WDNC mendakwa bahawa Defendan-defendan WDNC termasuk bekas pekerja Celgard, Xiaomin (Steven) Zhang, yang kini merupakan Ketua Pegawai Teknologi Senior-China yang menukar namanya kepada Bin Wang atas permintaan Senior-China, menyalahgunakan dengan sengaja dan menyalahi undang-undang rahsia perdagangan serta maklumat sulit Celgard dan terus berbuat demikian. Beberapa pencabulan undang-undang yang lain juga turut didakwa.

Aduan Pindaan Kedua NDCA mendakwa Defendan-defendan NDCA melanggar Paten Dikeluarkan Semula Amerika Syarikat Celgrad RE47,520 (paten '520), dahulunya Paten Amerika Syarikat 6,432,586 (paten '586), ke atas pemisah bersalut seramik dan Paten Amerika Syarikat Celgard No. 6,692,867 (paten '867), ke atas pemisah polipropilena serta beberapa pencabulan undang-undang dan pelanggaran lain.

Dalam setiap kes WDNC dan NDCA, Celgard telah meminta satu perbicaraan juri, satu injunksi dan relief lain termasuk ganti rugi kewangan. Injunksi berkenaan sekiranya dibenarkan di WDNC akan melarang Defendan-defendan WDNC (Senior-China, Senior-California, Dr. Zhang, Sun Town dan Global Venture) daripada: (1) menggunakan rahsia perdagangan dan/atau maklumat sulit Celgard, (2) meneruskan amalan perdagangan mereka yang tidak jujur dan mengelirukan serta persaingan yang tidak adil, dan (3) membuat, menguji, menggunakan, mempromosikan, menawarkan untuk menjual, memasarkan, mengkomersialkan atau menjual pemisah atau produk yang menggunakan, merangkumkan atau dibangunkan dengan faedah atau penggunaan mana-mana rahsia perdagangan dan/atau maklumat sulit Celgard di A.S. atau daripada mengimport ke A.S. pemisah atau produk berkenaan. Injunksi berkenaan sekiranya dibenarkan di NDCA akan menghalang Defendan-defendan NDCA (Senior-California, Farasis, Sun Town dan Global Venture) daripada: (1) melanggar paten '520 dan '867 Celgard, dan (2) membuat, menggunakan, menawarkan untuk menjual atau menjual di A.S. atau daripada mengeksport ke A.S., produk yang melanggar paten '520 dan '867 dan/atau mendorong atau menggalakkan pihak-pihak lain untuk melanggar paten '520 dan '867 dan mencabuli perintah injunksi pihak Mahkamah (kelakuan yang disuruh).

Pada Disember 2019, Celgard memfailkan Aduan Pindaan Pertama di NDCA yang menambah tindakan guaman ke atas Defendan-defendan Farasis, Sun Town, and Global Venture. Lihat Siaran.

Pada September 2019, Celgard memfailkan saman ke atas Senior yang menjual pemisah di seluruh dunia yang dihasilkan oleh mereka di Shenzhen, China. Aduan oleh Celgard mendakwa Senior telah melanggar paten '520 dan '867 A.S. Celgrad ke atas pemisah bersalut seramik dan pemisah polipropilena dan melesapkan dan menyalahgunakan rahsia perdagangan dan maklumat sulit Celgard secara menyalahi undang-undang, antara pencabulan lain dan menuntut ganti rugi terhadap kerosakan. Lihat Siaran.

Pada September 2019, Celgard berjaya menyelesaikan tuntutan mahkamah pelanggaran paten ke atas Targray International (Targray) atas pelanggaran paten '520 dan '867 Celgard. Lihat Siaran.

Pada Jun 2019, Celgard juga berjaya menyelesaikan dua saman ke atas MTI Corporation (MTI) kerana menjual pemisah yang melanggar paten '586 Celgard dan kerana menjual pemisah palsu dengan tanda dagangan berdaftar Celgard®. Lihat Siaran.

Keputusan yang berjaya dalam kes-kes Targray dan MTI mengukuhkan lagi integriti harta intelek (IP) Celgard berhubung pemisah bersalut dan tidak bersalut untuk bateri litium-ion. Celgard akan terus menghalang eksploitasi yang tidak adil terhadap teknologi dan IPnya bagi melindungi aset serta pelanggannya.

Latar Belakang Celgard dan Polypore

Celgard mengkhusus dalam membran mikroliang proses kering bersalut dan tidak bersalut yang digunakan sebagai pemisah yang merupakan komponen utama bateri litium-ion. Teknologi pemisah bateri Celgard adalah penting untuk prestasi bateri litium-ion untuk kenderaan pemanduan elektrik, sistem penyimpanan tenaga dan aplikasi lain.

Celgard, LLC ialah subsidiari milik penuh Polypore International, LP, sebuah Syarikat Asahi Kasei.

Polypore ialah syarikat bertaraf global yang mempunyai kemudahan di sembilan buah negara yang mengkhusus dalam membran mikroliang yang digunakan dalam kenderaan pemanduan elektrik dan bukan elektrik, sistem penyimpanan tenaga dan aplikasi khusus. Kunjungi www.celgard.com dan www.polypore.com.

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/1098195/Polypore_International_Celgard_product.jpg
Logo - https://mma.prnewswire.com/media/798399/PolyPore_Logo.jpg

Source: Polypore International, LP
Keywords: Chemical Mining/Metals Oil/Energy Utilities Patent Law Attorney/Lawsuit Investigation Legal Services