omniture

Comviva Berhenti Labur Kepentingan dalam TerraPay kepada Prime Ventures, Partech Partners dan International Finance Corporation (IFC)

Comviva
2020-03-05 22:34 1114

TerraPay kumpul dana sebanyak $9.6 juta untuk pengembangan syarikat

NEW DELHI, 5 Mac 2020 /PRNewswire/ -- Comviva, peneraju global bagi penyelesaian mobiliti, telah mengumumkan pemberhentian pelaburan kepentingannya dalam TerraPay, untuk jumlah yang tidak didedahkan kepada konsortium pelabur global.

Prime Ventures dan Partech Partners melabur bersama-sama dalam TerraPay, berserta IFC, ahli World Bank Group. Selain daripada memperoleh saham Comviva, pelabur-pelabur tersebut melabur lagi sebanyak $9.6 juta dalam TerraPay untuk membiayai pengembangan syarikat.

TerraPay, sebuah syarikat yang diinkubasikan oleh Comviva pada tahun 2015, menyediakan Perkhidmatan Infrastruktur Pembayaran yang membantu orang ramai di seluruh dunia untuk memindahkan wang dengan pantas, selamat dan berpatutan. Syarikat berkenaan melakukan perkara ini dengan mendayakan penyedia perkhidmatan pembayaran seperti bank, pengendali wang mudah alih, pengendali pemindahan wang atau penyedia pembayaran lain untuk berhubung serta merta antara satu sama lain pada kos yang rendah. Sejak permulaannya pada tahun 2015, TerraPay telah memperoleh lebih 25 lesen untuk beroperasi di lebih 60 buah negara di Afrika, Asia dan Eropah serta berkembang di peringkat global.

Ambar Sur, Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif TerraPay, berkata: "Kami percaya dengan misi kami untuk menumpukan perhatian pada rangkuman kewangan dengan menjadikan pembayaran nasional, serantau dan global pada waktu sebenar boleh diakses oleh semua orang. Kami berasa teruja dengan pengesahan ini daripada pelabur terkemuka kami dan berharap agar dapat berkembang pesat dan mendekati kebanyakan mereka yang kurang mendapat perkhidmatan di dunia pada tahun-tahun akan datang."

Konsortium pelabur baharu ini akan membolehkan TerraPay untuk melaksanakan strateginya bagi meluaskan operasi sebagai sebuah hab yang mendayakan urus niaga saling beroperasi, pada waktu sebenar dan rentas sempadan antara pengendali telekomunikasi dan wang bergerak. Ini akan membantu TerraPay meluaskan perkhidmatan infrastruktur pembayarannya untuk menjelaskan dan menyelesaikan pembayaran antarabangsa dengan lebih pantas, membolehkan pembayaran segera dibuat merentas rangkaian saling beroperasi milik pengendali serta menghapuskan halangan penting untuk pemindahan ke akaun wang bergerak. Dengan mendayakan pemindahan dana berkos rendah elektronik, projek tersebut akan memperoleh bahagian yang lebih besar daripada bayaran kiriman wang formal.

Manoranjan Mohapatra, Ketua Pegawai Eksekutif, Comviva mengulas, "Kami berdedikasi untuk menginkubasikan model permulaan baharu sebagai bahagian penting dalam strategi perniagaan Korporat kami. Kami berbangga dapat menjadi sebahagian daripada kemajuan yang telah dibuat oleh TerraPay sejak lima tahun yang lalu. Falsafah pendorong untuk semua inkubasi kami adalah untuk mencipta nilai yang penting buat pelanggan, komuniti, pemegang saham dan kakitangan kami. Melalui inisiatif TerraPay, kami telah menunjukkan keupayaan kami untuk menginkubasikan dengan jayanya dan menarik minat pelabur yang terkemuka. Penyelesaian yang dilabur oleh kami harus mencipta nilai dalam perusahaan Comviva, atau berkembang dengan sendirinya bagi mencapai visi produk mereka; di samping menjana nilai yang bermanfaat untuk pemegang saham. Laluan ke hadapan oleh TerraPay sejajar dengan tujuan yang mendasarinya."

"Pasaran untuk urus niaga wang antarabangsa telah berubah dengan pantas sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Rangka kerja kawal selia yang berkembang telah mengekang pertumbuhan TerraPay dan menjadikannya penting untuk keluar daripada kumpulan Comviva. Kami telah mengambil keputusan yang strategik untuk berhenti melabur dalam perniagaan TerraPay dan yakin bahawa perubahan ini adalah demi kepentingan terbaik semua pemegang kepentingan. Kami akan terus mengambil inisiatif strategik sedemikian dan memanfaatkan kilang baharu kami untuk mendorong pertumbuhan masa depan," selanjutnya ditambah oleh Manoranjan Mohapatra.

Pieter Welten, Rakan Kongsi di Prime Ventures berkata: "Kami mengenal pasti TerraPay sebagai peluang pelaburan yang menarik. Dipimpin oleh pasukan pengurusan yang mantap dan berpengalaman, TerraPay memiliki kedudukan pasaran yang unik dan parit ekonomi kukuh yang melibatkan lesen serta kelulusan kawal selia, platform pembayaran digital bertaraf dunia dan jaringan rakan kongsi global. Pelaburan kami seharusnya membolehkan syarikat untuk mengembangkan dan meluaskan lagi operasinya."

Paulo de Bolle, Pengarah Global IFC, Financial Institutions Group, berkata: "Dengan menambah TerraPay kepada portfolio pelaburan teknologi kewangan IFC yang semakin berkembang, kami menyokong syarikat untuk tumbuh dan berkembang, di samping membantu untuk mengurangkan kos dan menyelaraskan proses menghantar wang ke negara asal. Teknologi Kewangan seperti TerraPay memainkan peranan penting bagi meningkatkan rangkuman kewangan dalam pasaran-pasaran baru muncul."

"Kami berasa teruja untuk berganding bahu dengan kumpulan pelabur yang luar biasa dan pasukan yang hebat untuk bahagian perjalanan TerraPay yang seterusnya," kata Cyril Collon, Rakan Kongsi Umum di Partech Africa. "Kami berasa kagum dengan platform canggih yang dibangunkan oleh pasukan TerraPay. Platform ini akan memainkan peranan penting dalam mencapai matlamat kebolehoperasian yang diperlukan untuk rangkuman kewangan yang sebenar. Impak untuk pelanggan akhir sudahpun besar dari segi kualiti perkhidmatan, keandalan dan kepantasan."

Kisah TerraPay merupakan satu gambaran falsafah orang ramai yang utama dalam Comviva. Syarikat berkenaan terus menggalakkan kakitangannya untuk menginkubasikan idea baharu yang menarik dan menyalakan semangat kepimpinan dan keusahawanan di dalam diri mereka. Sebagai peneraju global, ia menjadi sebahagian daripada visi lebih besar Comviva untuk membawa pengalaman digital yang inovatif ke seluruh dunia.

TerraPay dinasihatkan oleh pasukan M&A Teknologi Kewangan yang terdiri daripada bank pelaburan khusus Kempen & Co dan Van Doorne, sebuah firma guaman yang berpangkalan di Belanda.

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi: 

Sundeep Mehta 
Perhubungan Awam & Komunikasi Korporat 
Hubungi: +91-124-481-9000
Emel: pr@comviva.com

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/995982/Comviva_Logo.jpg

Source: Comviva
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Entertainment Mobile Entertainment Multimedia/Online/Internet Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Acquisitions, mergers, takeovers Corporate Expansion Financing agreements Financial Technology