omniture

Hubungan Jangka Panjang Bantu J-Connection Press Tingkatkan Produktiviti sebanyak 30 peratus

Crown Equipment Corporation
2020-03-06 00:17 1111

SINGAPURA, 6 Mac 2020 /PRNewswire/ -- Crown Equipment Corporation, salah sebuah syarikat pengendalian bahan yang terbesar di dunia, dipuji kerana membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan mencapai 30 peratus peningkatan dalam produktiviti sejak kedua-dua syarikat mula bekerjasama pada tahun 2008.

Peter Ngan from J-Connection Press.
Peter Ngan from J-Connection Press.

 

J-Connection Press, sebuah syarikat perkhidmatan cetakan komersial yang utama dalam industri dan berpangkalan di Singapura yang bermula pada tahun 1998 sebagai sebuah kedai cetakan kecil-kecilan, kini berkembang pesat menjadi salah sebuah syarikat cetakan yang terbesar dan paling dipercayai di wilayah ini. Kumpulan pelanggan PKS termasuk beberapa jenama yang terbesar dan terbaik di dunia, yang kebanyakannya adalah daripada sektor-sektor perbankan dan korporat.

Selama bertahun-tahun, tatkala J-Connection Press mengembangkan perniagaannya, pelaksanaan peralatan pengendalian bahan (MHE) yang betul menjadi semakin penting untuk mengalihkan beban berat dengan berkesan dan selamat di gudang. Jelas bahawa dengan memberi tumpuan pada penyelesaian rantaian bekalan yang betul merupakan asas penting bagi mencapai produktiviti tinggi, memaksimumkan kecekapan dan meningkatkan semangat kakitangan serta mengekalkan piawaian keselamatan.

Ini berlaku apabila J-Connection Press memilih penyelesaian Crown lantaran reputasi jenama yang amat positif daripada syarikat pengendalian bahan tersebut dalam industri ini dan hubungan yang dimulakan pada tahun 2008 dengan pemerolehan pertama penyusun Crown, yang masih beroperasi dengan mantap 15 tahun kemudian.

"Model ini mudah digunakan dan dikendalikan. Ia benar-benar membantu mengalihkan item berat kami ke kawasan sekitar dan kualitinya amat bagus dan kami masih menggunakannya lebih daripada sedekad kemudian," kata En. Peter Ngan, Pengarah J-Connection Press.

Memandangkan keperluan perniagaan syarikat menjadi lebih rumit selama bertahun-tahun, J-Connection Press turut melabur dalam mesin pencetakan berkualiti tinggi dan terbaik dalam kelas bagi memenuhi dan melangkaui kehendak pelanggan.

"Kami banyak melabur dalam penerimaan teknologi pencetakan bagi meningkatkan kualiti, keupayaan, kepantasan dan akhirnya membolehkan kemajuan rintis dicapai apabila melibatkan produk boleh serah pelanggan. Peralatan yang canggih ini menjamin salah satu masa pusing balik yang paling pantas dalam industri ini dan memastikan agar kami hanya memerlukan masa sesingkat mungkin dalam setiap peringkat proses pencetakan," kongsi En. Ngan.

Atas sebab inilah J-Connection Press mula melaksanakan penyelesaian Crown MHE tambahan selama bertahun-tahun untuk mengekalkan kelebihan daya saing. Hari ini, penyelesaian peralatan Crown suit penuh yang disesuaikan telahpun disediakan bermula dengan trak palet tangan dan trak palet elektrik kepada kenderaan pungutan stok dan Wave Work Assist Vehicles.

"Hasil daripada hubungan kerja kami yang positif, saya tidak pernah terfikir untuk mencuba jenama-jenama lain. Saya kagum dengan peralatan berkualiti tinggi daripada Crown. Bilamana kami memerlukan perkhidmatan atau alat ganti, kami boleh bergantung pada Crown untuk memenuhi keperluan kami dengan pantas dan melaksanakan penyelenggaraan yang diperlukan sambil memastikan mesin beroperasi secara proaktif," sambung En. Ngan.

Meskipun En. Ngan menghargai penyusun Crown pertama beliau yang masih lagi beroperasi, beliau berasa kagum dengan pembelian MHE beliau yang paling terkini. Sebagai contoh, Wave membolehkan pekerja untuk mencapai rak-rak tinggi dengan selamat, walaupun di tempat terbatas yang sibuk.

"Ia amat kompak dan boleh gerak. Ia amat sesuai untuk bergerak melalui lorong kami yang sempit dan ia membantu kakitangan kami mencapai beban pada rak-rak tinggi dengan selamat. Memandangkan ia sangat kompak, ia juga mudah disimpan tanpa menyekat laluan. Ia juga agak serba guna. Pekerja kami menggunakannya untuk mencapai tempat tinggi, seperti tangga, malah sebagai pengambil pesanan," kata En. Ngan.

En. Ngan juga menambah bahawa memandangkan mesin tersebut sangat mudah digunakan, kakitangan beliau dapat menyesuaikan diri secara pantas dengan kawalannya.

"Peralatan Crown adalah sofistikated, namun amat mesra pengguna. Kami hanya perlu menggunakannya beberapa kali kemudian kami dengan cepat dapat membiasakannya. Ia mudah digunakan dan tidak rumit sama sekali."

Memberi tumpuan pada peningkatan operasi menandakan penjimatan kos pada tenaga buruh manual. En. Ngan percaya bahawa faktor di sebalik kejayaan syarikat adalah hasil daripada pelaburan mereka dalam penyelesaian teknologi yang betul yang dapat membantu menyokong proses-proses berkesan yang memberi kesan positif langsung kepada pelanggan J-Connection Press.

"Terdapat 30 peratus peningkatan dalam produktiviti sejak kami mula menggunakan produk dan penyelesaian Crown. Atas sebab inilah mengapa saya sentiasa mengesyorkan Crown Equipment kepada mereka yang mengunjungi gudang saya. Sepanjang hubungan kami, kami berasa kagum dengan peralatan dan khidmat pelanggan Crown," kata En. Ngan.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200302/2735321-1?lang=0
Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20181002/2253114-1logo?lang=0

Source: Crown Equipment Corporation
Keywords: Machinery Mining/Metals Publishing/Information Service Transportation Small Business Services