omniture

Clé de Peau Beauté Umum Penerima Anugerah 'Power of Radiance' 2020

Memberi penghormatan wanita menginspirasikan yang mendedikasikan diri mereka untuk memperbaiki kehidupan kanak-kanak perempuan dan wanita melalui pendidikan
Clé de Peau Beauté
2020-03-09 08:15 631

TOKYO, 9 Mac 2020 /PRNewswire/ -- Clé de Peau Beauté, jenama penjagaan kulit dan alat solek mewah, dengan bangganya mengumumkan 'Power of Radiance Awards' kedua sebagai sebahagian daripada komitmen amal kebajikan jangka panjangnya bagi menyokong pendidikan kanak-kanak perempuan sebagai kunci untuk memperkasa masa depan yang lebih cerah. Hal ini berikutan perkongsian selama berbilang tahun bersama UNICEF untuk menyokong pendidikan dan pemerkasaan kanak-kanak perempuan. 'Power of Radiance Awards' memberi penghormatan kepada wanita yang menginspirasikan yang telah bertindak untuk memacu perubahan positif melalui ilmu pengetahuan. 'Power of Radiance Awards' 2020 akan mengiktiraf Binita Shrestha dan Pratiksha Pandey dari Nepal, yang telah membuat sumbangan luar biasa terhadap pendidikan dan pemerkasaan kanak-kanak perempuan dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM). Wanita yang luar biasa ini akan dianugerahkan geran yang boleh disumbangkan kepada badan kebajikan pilihan mereka untuk meneruskan kerja-kerja mereka yang berharga. 'Power of Radiance Awards', bersama-sama inisiatif berterusan Clé de Peau Beauté's, bertujuan untuk memperkasa kanak-kanak perempuan dan wanita agar mengambil sikap proaktif bagi mencetuskan perubahan yang positif kepada dunia.

Cik Pratiksha Pandey (Kiri) dan Cik Binita Shrestha (Kanan), Penerima Anugerah 2020 bagi ‘Power of Radiance Awards’
Cik Pratiksha Pandey (Kiri) dan Cik Binita Shrestha (Kanan), Penerima Anugerah 2020 bagi ‘Power of Radiance Awards’

 

‘Power of Radiance Awards’ Clé de Peau Beauté
‘Power of Radiance Awards’ Clé de Peau Beauté

 

Pendidikan ialah salah satu tangga untuk keluar daripada belenggu kemiskinan. Namun begitu, ramai kanak-kanak perempuan di seluruh dunia masih dinafikan peluang untuk menyambung belajar ke sekolah menengah disebabkan oleh halangan seperti kahwin muda, kemiskinan, diskriminasi dan berat sebelah jantina. Lantaran kekurangan akses untuk melanjutkan pengajian, kanak-kanak dan wanita muda bergelut untuk memajukan kerjaya mereka. Memperkasa kanak-kanak perempuan untuk memasuki bidang pengajian STEM dapat membantu melengkapi mereka dengan kemahiran bagi mendapatkan pekerjaan masa depan, memperbaiki agensi kewangan dan mampu diri."

"Clé de Peau Beauté ditubuhkan atas kepercayaan bahawa wanita mempunyai seri dalaman yang membuatkan mereka benar-benar cantik. Apabila ia diserlahkan dan diizinkan untuk bersinar, ia dapat mengubah kecantikan, kehidupan dan dunianya. Di Clé de Peau Beauté, kami percaya bahawa kunci kepada masa depan yang lebih cerah adalah untuk menyerlahkan potensi kanak-kanak perempuan melalui pendidikan dan pemerkasaan, membolehkan mereka untuk bangkit dan memancarkan cahaya bersama mereka terhadap dunia. 'Power of Radiance Awards' berperanan sebagai tonggak penting yang menyokong visi korporat kami untuk penciptaan nilai sosial. Saya berbesar hati untuk meraikan penerima anugerah tahun ini kerana mendedikasikan diri mereka bagi mencipta masa depan yang lebih berseri buat kanak-kanak perempuan dan wanita lain melalui pendidikan STEM," kata Cik Yukari Suzuki, Ketua Pegawai Jenama Clé de Peau Beauté.

"Pendidikan dapat membuka peluang tak berkesudahan dan ia merupakan kunci kepada perubahan yang positif," kata Cik Shrestha. "Di negara-negara yang sedang membangun di seluruh dunia, seramai 600 juta orang kanak-kanak perempuan akan memasuki bidang kerja dalam dekad akan datang. Kebanyakan daripada mereka akan bekerja dalam sektor tidak rasmi yang mana mereka akan menghadapi kesukaran dan cabaran."

Cik Pandey menyambung: "Penting agar kita sebagai wanita dan pendidik mengajar mereka dengan pengajaran yang tidak ternilai harganya mengenai keyakinan dan kepentingan diri. Dalam masa yang sama, kita perlu memperkasa mereka dengan ilmu pengetahun dan kebolehan untuk mengawal masa depan mereka serta memilih haluan mereka dalam kehidupan. Setiap langkah yang kita ambil, tidak kira betapa besar atau kecil, ialah kemajuan yang penting dan bermakna ke arah peningkatan peluang-peluang buat kanak-kanak perempuan di dunia ini."

'Power of Radiance Awards' akan dibiayai oleh satu peratus daripada jualan global Clé de Peau Beauté's The Serum. Direka untuk membangkitkan Kecerdasan Kulit (Skin Intelligence) - kebolehan kulit untuk membezakan antara rangsangan yang baik dan buruk, Serum ini juga mengaktifkan sumber kecergasan dan keserian.

Sebagai pengarah WiSTEM Nepal (Women in STEM Nepal), baik Binita Shrestha mahupun Pratiksha Pandey diiktiraf atas peranan penting mereka dalam memimpin projek-projek pendidikan STEM dan pempelbagaian di Nepal, yang telah memperkasa kanak-kanak perempuan dan wanita untuk mengejar minat mereka dalam bidang sains dan teknologi. Sebagai seorang Jurutera IT dan Pendidik, Cik Shrestha telah menyelia beberapa usaha niaga amal yang berjaya, termasuk perkongsian antara WiSTEM Nepal, UNICEF dan Pihak Berkuasa Telekomunikasi Nepal untuk #InternationalGirlsinICT, sebuah gerakan global yang menggalakkan kanak-kanak perempuan untuk mempertimbangkan pengajian dan kerjaya dalam bidang ICT yang semakin berkembang, serta #Net4Good, satu kempen keselamatan dalam talian buat kanak-kanak. Sementara itu, Cik Pandey telah menumpukan kerjaya beliau untuk menghapuskan stereotaip gender dan menggalakkan wanita untuk duduk di barisan depan dalam bilik darjah dan mengejar minat mereka dengan penuh rasa bangga untuk belajar dan mendapat ilmu pengetahuan. Melalui WiSTEM, Cik Pandey menjalankan bengkel pengekodan, elektronik dan reka bentuk yang membantu menginspirasikan generasi kanak-kanak perempuan akan datang untuk mengejar kerjaya dalam bidang STEM.

WiSTEM Nepal ialah sebuah organisasi yang mendidik dan memperkasa kanak-kanak perempuan dan wanita muda berusia antara 10-25 tahun, menggalakkan pemikiran pengiraan, pemikiran logik, perkembangan minda dan penyelesaian masalah. Organisasi ini ditubuhkan pada bulan September 2016 oleh sepasukan lima orang, termasuk Cik Shreshta dan Cik Pandey. Sehingga kini, WiSTEM Nepal telah membantu lebih 370 orang kanak-kanak perempuan dan wanita muda untuk belajar mengenai dunia STEM yang hebat, memperkasa mereka dengan keyakinan bagi menuntut hak mereka untuk menjalani kehidupan dalam dunia yang sama rata.

Kuasa untuk menerangi dunia terdapat dalam diri setiap individu dan melalui 'Power of Radiance Awards', Clé de Peau Beauté berdiri bersama-sama kanak-kanak perempuan dan wanita di seluruh dunia tatkala mereka mengubah dunia buat diri mereka sendiri, keluarga dan masyarakat mereka.

Upacara penyampaian 'Power of Radiance Awards' 2020 akan berlangsung di Thailand.

*Sumber Maklumat: Investing in Girls' STEM Education in Developing Countries (https://www.cfr.org/report/investing-girls-stem-education-developing-countries)

Latar Belakang Clé de Peau Beauté

Clé de Peau Beauté, jenama mewah bertaraf global daripada Shiseido Cosmetics, ditubuhkan pada tahun 1982 sebagai ekspresi unggul bagi keanggunan dan juga sains. Clé de Peau Beauté bermaksud kunci kepada kecantikan kulit. Falsafah jenama ini adalah untuk menyerlahkan kuasa keserian pada wanita dengan memanfaatkan teknologi alat solek dan penjagaan kulit yang canggih dari serata dunia. Sentiasa dibimbing oleh kepekaan dan kebijaksanaan estetik yang hebat, Clé de Peau Beauté telah menerapkan produk-produknya dengan nilai kemodenan, kepesonaan dan kedinamikan untuk muncul sebagai peneraju industri dalam memberi keserian yang begitu luar biasa, yang terpancar dari dalam. Boleh didapati di 18 buah negara dan wilayah seluruh dunia.  

Laman Sesawang Rasmi Clé de Peau Beauté: www.cledepeau-beaute.com
Instagram Rasmi Clé de Peau Beauté: https://www.instagram.com/cledepeaubeaute/

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200221/2725814-1-a?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200221/2725814-1-b?lang=0
Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20190924/2589910-1LOGO?lang=0

Source: Clé de Peau Beauté
Keywords: Computer/Electronics Cosmetics & Personal Care Education Fashion Household/Consumer/Cosmetics Retail Awards Corporate Social Responsibility Women-related news STEM (Science,Technology,Engineering,Mathematics) Future Events