omniture

Ruang Kerja Fleksibel Utama Arcc Spaces One Marina Boulevard Akan Datang

Pemandangan berpanorama 270 darjah yang mengagumkan ke Marina Bay, sambungan Raffles MRT
Arcc Spaces
2020-03-09 10:54 404

KUALA LUMPUR, Malaysia, 9 Mac 2020 /PRNewswire/ -- Arcc Spaces, pengendali ruang kerja fleksibel perintis yang berpangkalan di Singapura, mengumumkan pelancaran akan datang untuk projek ruang kerja fleksibel utamanya yang diwujudkan di tengah-tengah daerah pusat perniagaan Singapura di One Marina Boulevard. Pembukaannya dijadualkan pada April 2020. Projek berkenaan menempati kawasan berkeluasan 19,000 kaki persegi di tingkat 20, dengan pemandangan berpanorama 270 darjah yang memukau ke Marina Bay dan kawasan utama CBD, yang mempunyai bilik pejabat persendirian, bilik mesyuarat serta ruang acara berbilang fungsi yang boleh ditukar.

Arrival Lounge of Arcc Spaces One Marina Boulevard flagship flexible workplace
Arrival Lounge of Arcc Spaces One Marina Boulevard flagship flexible workplace

Arcc Spaces mempunyai hampir 20 tahun pengalaman di wilayah tersebut dengan ibu pejabat di Singapura dan jejak yang mencakupi Malaysia, Yangon, Shanghai, Beijing dan Hong Kong. Arcc Spaces di Kuala Lumpur, Malaysia kini mempunyai empat pusat yang terletak di Centrepoint South, Garden North Tower, Integra Tower dan The Pavilion Tower. Ahli-ahli boleh menikmati akses ke kemudahan perniagaan dan bilik mesyuarat di pusat-pusat kami yang lain di wilayah tersebut termasuk Arcc Spaces One Marina Boulevard di Singapura, bagi memudahkan aktiviti-aktiviti perniagaan luar negara mereka.

Justin Chen, Ketua Pegawai Eksekutif Arcc Spaces berkata: "Lebih banyak syarikat semakin menerima pakai strategi ruang kerja yang fleksibel, jangkaan mereka terhadap perkhidmatan dan produk tersebut juga menjadi lebih sofistikated dan unik. Bukan sahaja untuk terma dan ruang pajakan yang fleksibel, tetapi juga untuk kualiti kemudahan, ketelitian pertimbangan terhadap keperluan perniagaan mereka, perkhidmatan berkongsi bernilai tambah serta jenis komuniti dan rangkaian yang boleh diakses oleh mereka. Selain itu, alamat premium dan kebolehcapaian di tengah-tengah CBD terus menjadi pertimbangan utama, berserta pelbagai acara komuniti yang menggalakkan inovasi perniagaan, perkongsian dan pengekalan bakat."

Arcc Spaces One Marina Boulevard menyediakan persekitaran berbeza dalam seluruh ruang bagi membolehkan ahli-ahli memilih bagaimana mereka bekerja, bermula daripada persekitaran sosial yang dinamik di ruang istirehat perniagaan ke ruang perpustakaan yang mesra untuk kerja yang memerlukan tumpuan atau mesyuarat tidak rasmi di ruang kolaborasi. Studio Rekaan Tempahan Khas Arcc Spaces menumpukan perhatian pada keperluan pelanggan perusahaan dengan menawarkan ruang khusus yang disesuaikan mengikut keperluan tertentu mereka.

Terletak di tengah-tengah Singapura, Arcc Spaces One Marina Boulevard disambungkan terus ke Raffles Place MRT dengan akses bawah tanah dan cuma beberapa langkah sahaja ke Downtown MRT.

Untuk maklumat lanjut mengenai Arcc Spaces One Marina Boulevard, sila kunjungi: https://www.arccspaces.com/singapore-serviced-offices/one-marina-boulevard/

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi https://www.arccspaces.com

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200306/2742810-1?lang=0

 

Source: Arcc Spaces
Keywords: Construction/Building Workforce Management/Human Resources New products/services