SINGAPURA, 11 Mac 2020 /PRNewswire/ -- Les Amis di Singapura ialah pemenang tahun 2020 bagi Anugerah Seni Hospitaliti Gin Mare. Ditentukan oleh Akademi pengundian Asia's 50 Best Restaurants, Anugerah Seni Hospitaliti Gin Mare mengiktiraf restoran yang menonjolkan perkhidmatan cemerlang dan hospitaliti yang luar biasa.
William Drew, Pengarah Kandungan di Asia's 50 Best Restaurants, berkata: "Sebuah institusi sajian mewah di Singapura sejak tahun 1994, Les Amis telah mendapat pujian yang wajar diterima atas operasi bahagian-depan yang sempurna dan diiktiraf kerana mempunyai salah satu senarai wain yang terbaik di wilayah ini."
Sebagai sebahagian daripada komitmen restoran ini terhadap kecemerlangan bahagian-depan, cef eksekutif Perancis Sebastien Lepinoy telah memulakan program residensi bagi menghantar kakitangan berbakat untuk melawat pengeluar berpangkalan di Perancis bagi tujuan latihan semasa-kerja. Pengalaman ini membolehkan kakitangan mengkhusus dalam bidang tertentu dan menyediakan restoran dengan pakar dalaman dalam bidang tertentu.
Cef Lepinoy, Pengarah Kulinari dan Operasi di Les Amis, berkata: "Saya dan pasukan saya amat berbesar hati untuk menerima Anugerah Seni Hospitaliti Gin Mare. Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada pasukan Asia's 50 Best kerana mengurniakan anugerah berprestij ini kepada kami dan hasilnya membolehkan kami untuk membanggakan Singapura. Dalam restoran dengan sajian mewah, makanan yang lazat dan perkhidmatan diperibadikan sama penting bagi mewujudkan pengalaman menjamu selera yang unik buat tetamu kami. Ia benar-benar satu usaha berpasukan."
Les Amis ialah restoran Singapura yang pertama merangkul Anugerah Seni Hospitaliti Gin Mare.
Joaquín Villanueva, Pengarah Pemasaran Global untuk Gin Mare, berkata: "Salah satu perkara yang dapat kami lakukan dengan baik selaku warga Mediterranean ialah merangkumkan Seni Hospitaliti. Atas sebab inilah ia menjadi penghormatan besar buat Gin Mare untuk menjadi sebahagian daripada Anugerah ini dan mengucapkan tahniah kepada Les Amis kerana dapat menghidupkan pengalaman luar biasa melangkaui tawaran gastronomi hebat mereka. Sebagai sebuah jenama, kami benar-benar percaya bahawa penyediaan pengalaman yang tidak dapat dilupakan kepada pelanggan kami ialah satu-satunya cara agar relevan dan dapat memperkukuh hubungan emosi kami bersama mereka."
Cef Lepinoy akan menerima trofi beliau sebagai sebahagian daripada anugerah Asia's 50 Best Restaurants tahunan kali kelapan, ditaja oleh S.Pellegrino & Acqua Panna. Acara tahun ini diadakan dalam bentuk upacara penyampaian anugerah maya yang distrim melalui halaman Facebook dan saluran YouTube Asia's 50 Best Restaurants pada hari Selasa, 24 Mac mulai jam 4 petang (HK/SG; 5 petang JPN). Log masuk untuk mengikuti kiraan detik.
Foto: https://mma.prnewswire.com/media/1122098/Les_Amis_in_Singapore_Wins_Award.jpg
Logo: https://mma.prnewswire.com/media/1085423/50_Best_Asia_Restaurants_Logo.jpg